Wednesday, June 15, 2011

Skim Cepat Kaya


Isu ni dah semakin sejuk, so disini saya cuma nak menghangatkan (baca: mengingatkan) kembali topik ini pada seluruh masyarakat. Khususnya pada mereka2 yg terkena dengan skim cepat kaya ini tapi sgt ego nak mengaku. Post ini adalah spoof daripada post di sabahan.com dengan tajuk Soal Jawab Skim Cepat Kaya. And please be informed that the answer is not from me, but from my friend here. Saya post sebab seonok membaca ayat jawapan dia. (Ayat jawapan dibiarkan dalam bentuk asal untuk efek yg lebih dramatik ;) )
Enjoy!

1. Kenapa rakyat Malaysia suka melabur dalam skim cepat kaya?
Sebab Malaysia ialah negara membangun, maka kebanyakan rakyat Malaysia ialah Rakyat yg baru nak bangun. So, macam budak kecik, mereka excited dengan mende baru yg mereka jumper. Apatah lagi skim2 cepat kaya yg menjanjikan pulangan yg sangat best pada mata budak2 kecik nih. Dan disebabkan mereka ini mentalitinya macam budak kecik, mereka tak dapat membezakan baik buruk dan betul-salah akan sesuatu perkara, khususnya pada peringkat sosial dan negara. Yg mereka mahu hanyalah keseronokan memiliki duit… macam budak kecik..
Just think that rakyat Malaysia kebanyakan memiliki otak macam budak kecik menyentuh isu2 personal finance and security. Nak fun jer memanjang

2. Kerajaan ingin mengharamkan skim cepat kaya kerana mereka tidak dapat mendapat keuntungan hasil cukai daripada operasi skim sebegini.

Anda betul! Tapi anda fikir kembali, adakah perniagaan yg sedia ada sekarang ini membayar cukai dengan taat setia? Tak mungkin. Cukai bukanlah masalah bagi kerajaan. Depa dah banyak duit dah kutip duit tol dan keuntungan jualan Minyak Petroleum. Yang jadi masalah ialah bila skim cepat kaya nih punah dan pelabur skim cepat kaya kang emo tak tentu pasal . Kerajaan mahu melindungi rakyatnya daripada ditipu. But for me, dah kalau rakyatnya carik pasal, biarkan je la. Bak kata cikgu BI saya masa sekolah rendah “Please Clean your Own mess”. Atau kata muda-mudi zaman ini: “Sendiri buat, sendiri tanggung la!”
 
3. Skim pelaburan Internet beroperasi secara sah dan tidak wujud unsur penipuan. Keuntungan aku mencecah [ isi tempat kosong ] ribu dollar Amerika sebulan dalam skim ini. Kalau tipu kenapa aku untung?
Sedangkan duit pon ader duit palsu, inikan pula mender2 maya nih. Tah2, duit yg dibayar adalah duit palsu …
Untuk soalan nih, mari kita berfikir sebagai seorang tokey skim cepat kaya: “Cara2 menipu rakyat Malaysia”

1- Buat satu website dan promote ayat2 e-commerce, “Duduk Diam Dapat Duit” dan yg sewaktu dengannya

2- Gunakan sistem e-payment sendiri ataupon e-gold supaya mudah untuk aku kontrol duit tuh. lagipon, kalau aku lari, e-gold takkan kejar aku dan aku boleh buat akaun baru dengan mudah!

3- Gunakan hosting luar dan register domain name melalui hoster tersebut supaya bila ada rakyat yg bijak sket check kat whois akan tuan punya website tersebut, bukan nama aku yg keluar. ;)

4- Selepas ader pelabur 2nd Batch, bayar keuntungan pelaburan pada 1st batch, dengan ini mereka akan percaya yg kononnya skim aku ini betul dan boleh dipercayai. Maka mereka dengan excitednya akan bagitau org lain dan mengajak orrg lain join skim aku… lagi banyak org join, lagi banyak duit masuk. Yay, aku kayo!!

5- Bila dah agak2 ahli yg baru join dah slow, aku pon bekukan akaun diorang dan aku cairkan duit depa dari akaun e-gold aku guna 3rd party punyer payment. Aku dah dapat duit diorang dan takder org boleh detect aku!! Hahaha!! Untuk, menyedapkan hati derang, aku cakap la sykt aku sedang disiasat oleh suruhanjaya skim cepat kaya malaysia, maka akaun dibekukan. Diorang pon pecaya bulat2, hahahaha!! Memang macam budak kecik la rakyat Malaysia kebanyakan nih

4. Daripada contoh yang kau berikan, nampaknya hampir semua pelabur dari A hingga W menerima bayaran, yang rugi cuma pelabur X, Y, Z. Jadi sebenarnya keuntungan pelabur yang menyertai skim-skim ini terjamin selagi mereka menyertainya dari peringkat awal lagi. 

2 soklan untuk ko:
1- adakah ko yakin ko org pertama??
2- Dan ko konfimker org pertama akan dibayar?? ;) 

5. Ini semua salah kerajaan kerana mengharamkan skim cepat kaya. Jika tidak lebih ramai yang bakal menikmati keuntungan. 

Yang sebenarnya, kalau kerajaan tak haramkan, lebih ramai yg rugi daripada untung. Mungkin nisbah mereka yg untung adalah 1 daripada 1000 . So, kemungkinan untuk anda rugi besar adalah 999 untuk setiap 1000 org. Sesungguhnya lebih ramai yg akan rugi kalau skim cepat kaya tak di haramkan… Eh, jap… kerajaan tak haramkan skim cepat kaya, hanya majlis fatwa kebangsaan sahaja yg mengharamkan skim cepat kaya… apa daaa …

6. Jika kerajaan beria-ia sangat nak haramkan skim cepat kaya di sisi undang-undang kenapa tak haramkan rokok, arak dan perjudian sekali? 

Sebab rokok, arak dan judi kerajaan dapat cukai. Lagipon rokok arak dan judi adalah alat2 yg bagus untuk mengawal populasi agar seimbang antara kelahiran dan kematian. Kalau ramai sangat yg lahir dan sikit yg mati, lama2 sempit la malaysia nih.
Ok, mungkin jawapan atas bunyi macam kasar sangat. Nih jawapan yg lembut sket:

Rokok: Kerajaan bagi amaran yg tertulis dengan jelas kat kotak rokok tuh. Situasi rokok sama jer dengan skim cepat kaya dimana kerajaan x haramkan tapi majlis fatwa jer yg haramkan. Lagipon cukai rokok adalah antara cukai yg terbesar disamping cukai kenderaan, dan cukai jalan. Cukai perniagaan x la banyak maner sangat.

Arak: Pon sama macam Rokok- Kerajaan x haramkan tapi majlis fatwa haramkan

Judi: Pon sama jer…

Bezanya adalah sebuah negara boleh lumpuh dengan skim cepat kaya tetapi sebuah negara boleh kaya dan meriah dengan Rokok, Arak dan Judi. Its a fact. COntohnyer: Filipina dan Republik Czech (Rasanyala.. cerita2 sejarah nih busan sket.)

8. Aku mula melabur sejak 2005 dalam skim cepat kaya dan pelaburan aku kini melebihi US100,000 dalam skim ini. Buat masa sekarang aku mendapat pulangan USD60 ribu sebulan. Gaji kau sampai tak sampai pun USD60 ribu sebulan. 

Memangla gaji aku x sampai USD 60 ribu sebulan tapi perniagaan aku membawa pulangan USD 100 000 sebulan. Cakap jer sumer org pon boleh. Atuk aku pon boleh cakap dia dapat RM100 000 sebulan daripada pelaburan dia dalam ASB semenjak mula2 zaman ASB start dlu. Lagipon Aku hidup selesa dengan gaji aku yg kecik nih ha. ingatkan balik ayat ko kat atas tuh: “Ko punya Duit ko punyer suka la” . Aku punya sukala gaji aku kecik. Aku bukan kejar duit sangat. Kebahagiaan x semestinya datang dengan duit. Banyak mender lagi yg bagi kebahgiaan kat dunia nih.

9. Yang kau menyibuk ni apasal? Aku punya duit suka hati akulah apa nak buat. Untung rugi aku tanggung sendirilah. Skim ini telah mengubah hidup aku. 

Pegi la tanggung sendiri. Aku pon tanak tolong org cam ko. Kalau ko nak berubah wat bisnes internet ke apa ker, leh la kontek aku. Aku x kisah ko marah2kan aku. Aku cuma nak share jer aper yg aku tau. Takat pelaburan yg balik pulangan sehingga 300% aku tak heran. Perniagaan aku memberi pulangan 3000%. Aku nak share tapi ko tanak. So, babai!

10. Selalunya orang yang memburukkan skim cepat kaya terdiri daripada mereka yang tidak pernah menyertai skim ini. Kalau takut rugi tak perlu melabur. 

Perlu ker aku jilat tahi untuk mengetahui bahawa itu adalah tahi? Takyah kan? tengok jer dah tahu tuh tahi. Samala cam skim cepat kaya nih, tgk pon dah tahu tak elok, wat per nak join. Mmg takut rugi. Sbb tahu mmg konfem rugi, tuh yg takut nak join tuh.
Sekian daripada sahabat saya

ps: Maaf kalau terkasar, tapi mmg tuh la ayat yg kawan saya tulis.. saya copy paste jer. :)

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...