Monday, August 1, 2011

Bukan semua orang suka kita.

Assalamualaikum.
Kalau nak jawab, jawab laa. Kalau tak nak jawab pun tak pe. Saya tak tanggung ek. :)
Menjalani kehidupan kat dunia yang fana ni bukannya semudah yang kita sangka. Kalau kita ingat ramai yang suka kita, kita salah. Semakin  ramai orang yang suka kita, semakin ramailah orang yang tak suka kita. Itulah hakikatnya. Terima atau tak, terpulang lah.

Entah kenapa, dalam diri saya ni ada sesuatu yang telah 'remuk'. Korang tau tak apa? Fikir-fikirlah sendiri. As I said, bukan semua orang suka kita. Kita semua ni manusia dan manusia sifatnya tidak sempurna. Seorang kawan yang baik dan sejati haruslah menerima ketidaksempurnaan masing-masing.

Kalau seseorang itu mudah melenting dengan apa yang kita buat atau cakap, itu tandanya orang tu tak suka sangat dengan kita. Jadi, apa yang perlu kita buat? Hurmm, pada saya, kita perlulah menjalani kehidupan ni dengan apa yang kita rasa betul. Ingat! Kita tak boleh memuaskan hati semua pihak. Kita tak akan mampu. Kerana sifat manusia memang begitu. Ada je yang tak betul.

Sekiranya kita tak berpuas hati dengan seseorang, kita perlulah slow talkdengan dia. Janganlah mengata atau mengutuk dia kat belakang. Perbuatan ni bukan sahaja dosa tetapi kalau orang yang dikutuk tu tahu, nescaya orang yang dikutuk tu akan patah hati dan menyebabkan kita berhutang dengan dia. Hutang apa? Permohonan maaf. Sekadar ucapkan "Sorry" sudah memadai.

Bukan niat saya untuk menghentam sesiapa. Tapi sejujurnya, saya tak nak diperlakukan sedemikian. Saya tahu saya tak sempurna. Saya tahu saya taklah sebagus dan sebaik Rasulullah kita. Baginda bersifat sempurna dan tiada sesiapa yang lebih sempurna jika dibandingkan dengan baginda kecuali Allat Ta'ala. Tapi at least, saya berusaha jadi baik. Saya berusaha menjadi kawan yang terbaik kepada kawan-kawan saya.


Saya seorang yang mementingkan kawan. Seburuk mana pun perangai kawan saya, saya akan terima kawan saya seadanya kerana saya tahu manusia sifatnya tak sempurna. Alangkah sedihnya, kawan yang selama ni kita sayang memburuk-burukkan kita kat belakang. Betul tak? Hati ni macam dihempas ke batu dan berkecai seperti kaca sekiranya kita berhadapan dengan situasi begitu kan?!

Akhir kata, hargailah kawan-kawan kita. Tanpa mereka, nescaya kita akan hidup kesunyian di dunia ni. Ingat tu! Lagi satu, terimalah kawan-kawan kita seadanya. Manusia itu sifatnya tidak sempurna. Seterusnya, saya minta maaf sekiranya perbuatan saya pernah menyinggung perasaan kawan-kawan saya. Sorry k?! :)

Sekian.
Terima kasih sebab sudi baca entry yang panjang lebar ni.

No comments:

Post a Comment

Nak mula jana income pasif dengan Honeygain?

       Baru nak mula dengan Honeygain? 1️⃣ Install Honeygain di phone / laptop 2️⃣ Login → biarkan app running di background 3️⃣...