Sesungguhnya gua tengah marah tatkala ini. Eh betul ke ayat gua. Ah. Lantaklah. Gua marah der. Gua marah. Grr. Boleh tak gua nak buat entri berbentuk surat, khas untuk pasangan yang sedang dilamun cinta (bukan gua). Bukan apa, benda benda macam ni adalah pengetahuan am. AM lah sangat. Kehkeh. Kadang kadang nak pilih pasangan ni kena tengok juga peribadinya. Lepas dah jenuh memikat bagai nak gila, bila dah dapat takkan nak buang gitu je bhai. Agak agak ah. Grr
Pandang muka gua sekarang. Lu bayangkan jelah wajah gua iras iras anjelina jolie. Cuma bibir gua merekah sikit. Lusa dah bulan puasa, pastinye bibir gua akan kering lebih kontang dari biasa. Tak cukup air. Kononnya.
Baik. Gua mulakan entri gua dengan ucapan keramat.
"Bismillah"
.Surat untuk kekasih terangku.
Kalaulah dunia cinta ini semanis kurma, sudah tentu dunia aku dan engkau akan menjadi indah belaka. Nak tidur senyum. Nak bangun tidur pun, masih senyum lagi. Dalam kurungan, gila.
Kekasihku,
Sekiranya engkau sedang berkasih kasihan dengan seseorang, seeloknya jagalah tingkah laku. Kalau sebelum ni engkau memang jenis "beruk" di mana setiap masa engkau akan terkinja kinja dengan air botol barbican yang tidak dapat dipastikan haram ke halal, tiba tiba ditakdirkan satu hari engkau terjatuh hati dengan wanita muslimah. Eh kejap, ada ke wanita muslimah nak dekat lu? Harhar. Abaikan. Seeloknya, tinggalkanlah dunia beruk engkau itu. Kalau nak jadi beruk jugak, masuklah dalam zoo. Kirim salam sekali dekat bestfriend gua, Encik Katak Puru.
Kekasihku,
Selepas engkau meninggalkan dunia beruk. Seeloknya mulalah berjinak jinak dengan dunia Islam kerana engkau adalah bakal pemimpin keluarga apabila kita berkahwin suatu hari nanti. Kalau hidup engkau juga tunggang langgang, main judi sana sini, bagaimanakah nasib anak anak kita nanti? Engkau baca paper ke tak ni? Mundur semacam je aku tengok. Zaman sekarang ni anak derhaka semakin berleluasa gamaknya. Dipukul. Diherdik. Dihina ibu bapa mereka sesuka hati. Tak fikir dah dosa ke pahala. Tak pasal pasal dapat gelaran Tanggang. Ni semua sebab didikan agama yang kurang. Ngertik?
"Amboi. Lemak betul anak aku ni. Setelah rabak aku punya "ehem" nak beranakkan kau. Yelah, mak kau ni bukan ada duit sangat nak beranak dalam air. Bila dah besar, tergamak kau pukul aku. Anak tak guna! "
(sedutan drama; anakku derhaka, 2009)
Kekasihku,
Dan apabila, cinta sudah mula mekar, janganlah pula engkau melakukan hubungan tersembunyi di belakang aku. Apatah lagi, hubungan antara sesama bekas. Janganlah pula engkau menge"poke", ataupun menghantar pesanan ringkas seperti:
"Hai, awak apa khabar? Macam mana hidup awak selepas saya tiada? Happy tak? Tidur malam awak kunci pintu tak? Saya risaulah. Saya harap awak bahagia."
Grrr.
Aku nasihatkan. Message seperti itu adalah TIDAK PERLU. Aku tak berani jamin, apa akan berlaku kalau gadis tercinta engkau terbaca message sebegitu rupa yang dihantar oleh lelaki tercintaiknya sendiri kepada "bekas"nya. What the heck. Untuk apa itu semua? Sigh.
Grr.
Kekasihku,
Satu pengetahuan yang harus engkau tahu. Kekasih dan bekas kekasih adalah dua perkara yang berbeza. Kalau engkau tak berapa nak fasih perbezaan antara kedua duanya, aku boleh sekolahkan engkau supaya engkau betul betul mahir mengenai kedua dua perkara itu sehingga mendapat A++, InsyaAllah. Sebagai seorang manusia normal, aku tak pernah lari dari perasaan hina yang dinamakan cemburu.
Fakta pertama mengatakan, semakin kita cemburu, semakin sayang kita kepada seseorang. #faktabukanauta
Fakta kedua mengatakan, pantang bagi seorang perempuan, beliau mempunyai saingan yang lain walaupun engkau dan gadis 'ketiga' itu hanya sekadar teman baik. Kawan sepejabat. Kawan biasa. Hatta kawan main lawan lawan pemadam sekalipun. Pantang. Aku cakap lagi sekali, pantang bhai. So, sila jangan buat. Sila jangan simpan. Sila jangan cari pasal.
"Sebenarnya siapa yang paling istimewa dalam hati engkau wahai lelaki? Akukah, atau dia yang cantik itu, atau dia yang mulut manis itu, ataupun dia teman baikmu?"Persoalan yang terlalu ingin Tijah bertanya kepada Abang Ramli, tunangnya yang montel itu.
Aku bukan naif. Tetapi cuma sekadar bertanya soalan cepucemas kepada pihak lelaki.Lelaki, bila terlalu banyak sangat perempuan yang dikenalinya, maka, beliau akan keliru membuat pilihan. Benarkah?
Lelaki, sila jawab.
:)
Tetapi bagi seorang perempuan yang setia (yang tak setia tolak tepi), kalau di hati yang satu sudah mempunyai pemilik yang abadi, datanglah handsome bak Shah Rukh Khan sekalipun, apatah lagi gemuk dan buncit, si kaya seperti Bill Gates juga. Perasaan si Gadis kepada lelaki yang ingin dikahwininya tak akan goyah. Aiceh!
Ah. Dahlah. Malas nak taip dah. Taip pun ayat berterabur. Aku tengah marah ni. Grr. Marah sebab aku tak mandi lagi dari tadi.
Nota kaki cagu:
1) Mari sama sama kita sedekahkan Alfatihah buat Allahyarham Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz@Aleesha Farhana yang meninggal dunia pada jam 4.50 pagi selepas dimasukkan ke wad ICU Hospital Sultanah Nur Zahirah, awal pagi tadi. Arwah dilaporkan mengalami tekanan darah rendah akibat kemurungan apabila permohonan pertukaran namanya ditolak oleh Makhamah Tinggi Kuala Terengganu. Semoga roh arwah tenang di sana.
Berita lain. Sini.
2) Sorrylah, aku dah sebulan tak taip entri, jadi aku sudah lupa tatacara yang betul untuk menaip entri yang memikat hati orang. Kau orang kisah ke?

No comments:
Post a Comment