Monday, August 1, 2011

Cara Promosi Blog dan Tingkatkan Trafik : Online


how to socialize your blog
Hari ni feel nak update datang lagi. Tip blogging kali ni masih lagi dalam usaha untuk mendapatkan aliran trafik terbaik selain setting di webmaster search engine iaitu promosi online. Penting untuk kita tahu cara promosi blog kalau tidak dilakukan maka orang tak tahu kewujudan blog kita. Kalau blog yang dibuat tu untuk dikongsi, jangan tunggu lama untuk mulakan promosi online. Pembaca takkan datang dengan sendiri kalau korang duduk diam je melainkan korang #retis ( artis ) yang hot!
1. Melawat Blog Lain Secara Efektif ( Blogwalking a.k.a BW )
Blogwalking cara yang sangat basic untuk sesiapa yang masuk dalam dunia blogging. Dunia blog macam satu komuniti maya yang besar, macam satu kawasan perumahan. Penting untuk kita berjalan-jalan dan menegur jiran sebelah, dua belah atau jiran 1km dari rumah kita. Kelebihan blogwalking ada dua, kita dapat belajar sesuatu dari tuan blog dan yang kedua kita boleh tinggalkan URL blog kita di sana.
Meninggalkan jejak atau URL ni boleh dibuat sama ada dengan meninggalkan komen di entri penulis atau menegur di shoutbox. Aku dulu suka cari shoutbox,ini satu kesilapan sebab kita hanya cari shoutbox nak trafik tapi entri tuan blog baca ke? Jadi aku tukar dari style itu kepada memberi komen di entri. Memberi komen lebih berkesan dan efektif sebab jika komen kita menarik perhatian penulis atau pembaca lain, peratusan orang singgah ke blog kita tu tinggi. Memberi komen juga membolehkan link blog kita terpapar di ruang komen bagi yang memasang CommentLuv, kalau takde CommentLuv pun URL korang masih ada kat bahagian nama. Memberi komen juga membolehkan korang berpeluang dapat do-follow backlink percuma (sesetengah) kalau tuan blog ada widget top commentator.
Berbanding dengan blogwalking shoutbox, paparan shoutbox sangat kecil di bahagian sidebar dan kalau tuan blog buat hidden shoutbox,kena klik dulu baru keluar siapa nak tengok jejak korang kat situ? Kalau shoutbox itu laju timelinenya, kebarangkalian jejak korang akan hilang di muka depan shoutbox amat tinggi, tinggal jejak lepas tu refresh dah hilang. Siapa yang rugi? Namun ada masih lagi releven meletakkan shoutbox untuk sapaan yang ringkas dan kalau komen dua-dua di entri dan shoutbox itu lagi baik!
2. Social Network Sebagai Medium Pemasaran Blog
Social Network, rangkaian atau medium anda di alam maya. Facebook, Friendster, Tumblr, Google +, Twitter dan banyak lagi. Potensi yang menonjol sekarang ialah Facebook dan mungkin selepas ini Google + bakal mendominasi. Selepas buat satu entri, kongsikan entri tersebut di wall facebook sendiri. Tak payah nak segan-segan,kalau tak cuba beritahu orang lain macamana nak nilai kualiti entri kita tu berada pada tahap yang mana. Kita tak boleh menilai diri sendiri dengan baik, jadi kongsikan dan tengok respon orang lain.
Masih lagi dalam skop Facebook iaitu sertai blogging group atau like page yang membolehkan anda berkongsi URL anda. Contoh kalau sertai Denaihati Network, di fan page Denaihati Network ada lebih kurang 6 ribu fans dan boleh berkongsi entri di sana serta twitter dalam 15 ribu followers. Denaihati menawarkan khidmat retweet yang mana entri korang akan di retweet dan dilihat oleh 15 ribu followers, cara sertainya rujuk Denaihati Network. Antara group lain yang boleh kita kongsikan entri ialah Sahabat Blogger, Blogger Malaya, UBM Official Ping Group, Blogging Itu Seni dan Kami Si Blogger ( KSB ). Page blogging yang ada pula seperti Kelab Blogger Ben Ashaari, Kaki Blogger & WordPress, GengBlogger, Geng Blogger, Kelab Blogger, Blogger Malaysia dan macam-macam lagi. Search saja di Facebook.
Twitter merupakan satu laman setanding Facebook untuk berkongsi entri. Lepas buat entri baru kongsikan di Twitter. Kalau masih baru buat akaun twitter, follow rakan-rakan blog twitter blogger yang anda kenal dan beramah mesra dengan mereka. Kalau tak aktif di twitter atau sekadar ping blog saja orang tak tahu akaun anda wujud (pesanan dari LomoTech). Kalau dah kenal ramai orang di twitter dan entri blog pula menarik jadi ada la yang akan retweet semula nanti. Tambahan pula hampir setiap blog sediakan button retweet kat entri, so memang korang wajib ada twitter la! Leceh-leceh plak nak celoteh.. Haha..
3. Daftar di Laman Web Komuniti Blogger
Pendaftaran ke laman komuniti blogger membolehkan korang ping blog secara manual mahupun automatik. Selain itu kat sana juga tersedia berpuluh ribu blog untuk korang blogwalking. Bagi yang masih baru buat blog boleh daftar ke GengBlogger, Komuniti-Blogger, Apesal.com, Undi.ME serta Bloggerd.my yang mana ini diantara platform blogging terbaik. Tapi kena rajin sikit la mane yang memerlukan korang ping secara manual tu buat la. Kena hantar URL, upload gambar dan ping. Lagi sekali diingatkan kita bukan #retis ya, so kena ringan-ringankan diri buat macam ni. Hehe.. Ada banyak lagi web dan yang aku sertakan tadi sebahagian daripadanya. Ya, panjang kan entri ni dan tak habis lagi. Pergi ke point seterusnya.
4. Anjur dan Sertai Contest
Penganjuran dan menyertai contest di blog merupakan cara yang cepat untuk kita promosikan blog. Untuk menganjurkan contest idea boleh dipelbagaikan seperti blog review, gambar tercantik, entri kelakar dan apa saja yang terlintas difikiran korang yang efektif dan relevan untuk semua. Bagi yang target untuk menambah bilangan follower di fan facebook atau Google Friend Connect boleh meletakkan salah satu sebagai alternatif dalam syarat tetapi bukan diwajibkan. Kadang-kadang orang malas nak join contest mudah sebab syarat yang diletakkan tak releven dengan nilai hadiah. Seeloknya syarat setimpal dengan hadiah yang ditawarkan. Menyertai contest juga membolehkan kita menambah backlink sebab tuan blog mesti ada senarai peserta-peserta yang join contest dia. Dapat backlink tu kan promosi tak langsung pengajur terhadap blog kita.
Sebenarnya banyak lagi cara untuk korang promosikan blog secara online. Melalui Yahoo Messenger, join forum-forum internet dan sebagainya. Blog punya kuasa tersendiri dalam dunia internet dan jangan pandang rendah akan pengaruh blog dalam kehidupan. Sekarang internet boleh dikatakan keperluan untuk semua orang jadi tinggal kita saja nak cari jalannya. Cara kat atas ni biasa dilakukan oleh semua orang dan kalau korang ada cara lain boleh kongsikan sekali. Terima kasih kerana membaca.

Kaedah mempromosikan blog secara online dah diceritakan dan seterusnya entri bersambung ke tip blogging untuk promosikan blog bahagian 2 iaitu offline. Cara-cara yang akan diceritakan ini aku buat sebagai kaedah untuk promosikan blog selain daripada menggunakan social network dan sebagainya. Agak segan juga sebab aku ni kan pendiam. Hehehe..
1. Ada idea tulis kat blog, ada mulut cerita kat orang
Penggunaan domain [dot]com telah menimbulkan beberapa pertanyaan dalam kalangan rakan-rakan aku kat kampus. Ramai yang tanya berapa bajet aku buat blog ni, dot sane dot sini itu website ke dan lain-lain. Jadi bila ada yang bertanya tentang blog, anda sebagai tuan blog mulakan langkah bercerita dengan rakan-rakan, saudara atau sesiapa yang berminat tentang blog tersebut. Tekankan sekali sekala nama blog anda dan jemput masuk ke blog supaya bila mereka balik rumah boleh klik domain anda dan dapat 1 unique visitor. Hehe.. Kalau dengan member rapat tu boleh pesan terus jangan lupa buka blog atau wajibkan diorang buka. Agak segan tapi dengan member rapat ape ada hal.
2. Tulis Nama Domain di Setiap Buku
Cara ni aku buat untuk cover page buku nota Calculus 4 sebab covernya tak cantik. Cover page tu aku susun nama subjek,nama aku secara typography dan kat bawah tu aku letak nama blog ni. Buat sikit mirror reflection effect lepas tu print colour. Haa, bila ada member nak pinjam buku mesti dia tengok cover dulu kan jadi ada kebarangkalian dia akan tanya pasal blog kita. Bila dia mula tanya balik semula kepada point pertama kat atas ni. Lakukan kat buku-buku lain juga dan kalau tahap berani hati kering tu, cuba tulis kat skrip jawapan peperiksaan korang mana tau boleh dapat klik dari cikgu atau lecturer.
3. Buat Baju dan Badge Sendiri
Buat baju yang ada nama domain sendiri pun agak efektif sebagai cara promosikan blog offline. Buat dalam 2 atau 3 baju dan kemudian letak nama domain di tempat yang sesuai dan mudah dibaca. Kalau boleh design tu biar catchy sikit dan lebih minimalist. Badge yang bulat tu pun agak berkesan juga dan konsepnya sama dengan baju iaitu lebih simple dan minimalist. Aku tak buat baju, badge je ada satu aku buat dan letak kat beg laptop ni. Jadi kalau bawak beg ni ada la kebarangkalian orang pandang nama domain kita. Badge ni aku buat satu je berharga RM 5 kat Pasar Seni, itupun ada yang mintak kat aku satu. Wah, tak sangka ada orang minat. Minat kat badge okey bukan minat kat aku. Huh!
4. Domain Sebagai Dekstop Wallpaper
Cara ni pun aku guna untuk promosikan blog secara offline yang mana header blog aku yang lama dulu yang ada pokok buluh tu aku design balik resolusi besar buat wallpaper dekstop. Dulu waktu kelas Mechatronics Workshop selalu bawa laptop sebab nak buat robot kecik yang rumit tu. Bila buka dekstop tengah buat – buat kerja mesti ada member perasan wallpaper tu dan tanya. So ape lagi berbalik la kepada point yang pertama.
Nampak macam tip blogging kali ni seperti gila glamour tapi hakikatnya bukanlah begitu. Aku nak orang tahu blog aku je, siapa penulisnya tak payah tahu pun takpe. Hehe. Cara-cara diatas ni takkan dianggap annoying oleh member kalau korang tak over reaction dengan promosi sebegini. Kan itu semua secara tak langsung. Bila ada orang perasan baru dia tanya,kalau takde yang perasan takde yang nak tanya. Boleh cuba kalau berminat. Dan lagi satu cara paling berkesan oleh ‘seseorang’ ni ialah buat flyers atau pamplet print banyak-banyak, lepas tu buka satu booth kat pasar malam atau tempat hotspot dan bagi flyers tu kat orang awam. Nak buat banner atau bunting pun boleh. Hahaha. Selamat Mencuba !
*update : join gathering-gathering blogger juga satu medium yang sangat berkesan untuk promosikan blog. sayangnya aku masih belum berkesempatan nak join apa-apa gath.

No comments:

Post a Comment

Nak mula jana income pasif dengan Honeygain?

       Baru nak mula dengan Honeygain? 1️⃣ Install Honeygain di phone / laptop 2️⃣ Login → biarkan app running di background 3️⃣...