Showing posts with label Teknologi. Show all posts
Showing posts with label Teknologi. Show all posts

Wednesday, June 16, 2021

PAKEJ INTERNET UNIFI HOME FIBRE & UNIFI LITE DARI TM 2021


Anda sering bermasalah dengan internet slow, atau internet selalu habis kuota..? Kini anda tidak perlu risau lagi dengan adanya Unifi Unlimited berkelajuan tinggi

💪💪💪
Percuma 30 hari
Percuma semakan coverage.
Percuma pertanyaan.
Kami menawarkan servis pendaftaran untuk seluruh Malaysia, bagi pakej Unifi Home, Unifi Lite (Streamyx) & pakej Unifi Business. Pemasangan akan dilakukan oleh installer Unifi kawasan masing2. Pemasangan tetap berjalan semasa PKP ni.
Unifi Lite
RM89/bulan = 4Mbps ke 8Mbps
Unifi Home
RM89/bulan = 30Mbps
RM129/bulan = 100Mbps
RM199/bulan = 300Mbps & Unifi TV Plus box
RM249/bulan = 500Mbps & Unifi TV Plus box
RM349/bulan = 800Mbps & Unifi TV Plus box
WhatsApp kami di
@ 0192595019
Daftar segera sebelum PORT PENUH

PAKEJ INTERNET UNIFI HOME FIBRE 2021



Pakej Internet Unifi Home Fibre menawarkan beberapa pilihan menarik bermula pada harga RM 89 sebulan dengan kelajuan 30 Mbps sehingga RM 349 sebulan dengan kelajuan 800 Mbps. Persoalan yang selalu membuatkan orang tertanya-tanya adalah pakej manakah yang sesuai untuk mereka langgani ?

Dalam post ini saya akan cuba jelaskan kelebihan dan kekurangan bagi setiap pakej yang ditawarkan supaya anda dapat faham dan buat keputusan mengenai pakej internet yang bersesuaian dengan keperluan harian anda.
Dalam perbandingan ini, saya akan abaikan pakej paling murah iaitu RM 79 dengan kelajuan 30 Mbps dan kuota 60 GB. Pada pendapat saya pakej ini tidak relevan pada masa sekarang kerana kuota 60 GB untuk internet rumah sangat tidak sesuai.
RM 89 Kelajuan 30 Mbps, Kuota Unlimited
Pertama sekali mari kita lihat pakej yang berharga RM 89 kuota Unlimited dengan kelajuan 30 Mbps. Pakej ini baru sahaja diperkenalkan oleh Unifi pada September 2019 dan ia merupakan pakej unlimited dengan harga terendah yang ditawarkan oleh Unifi.
Pakej ini sangat sesuai bagi pengguna yang sekadar menggunakan internet untuk melayari laman web, buka emel, media sosial, chatting, permainan daripada telefon pintar, dan strim video di youtube dan netflix. Jika isi rumah yang menggunakan internet tidak melebihi 4 orang dan kesemuanya bukan jenis kaki download, jadi pakej ini sudah mencukupi untuk anda.
Ramai yang masih ragu dengan tahap kelajuan 30 Mbps ini. Ada yang risau takut strim video dekat youtube, twitch, dan netflix akan ada gangguan apabila menggunakan pakej ini. Servis strim video HD dekat youtube, twitch, dan netflix hanya menggunakan kelajuan dalam 5 Mbps hingga 10 Mbps sahaja. Baki selebihnya dalam 20 atau 15 Mbps boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti melayari laman web.
Jadi biasanya anda tidak akan hadapi gangguan strim video melainkan ada pengguna lain yang sedang muat turun menggunakan perkhidmatan torrent.
Antara kekurangan pakej ini adalah anda ditawarkan 14 siaran unifi tv dan boleh ditonton melalui aplikasi Unifi PlayTV. Jika anda langsung tidak peduli mengenai perkhidmatan unifi tv ni, maka pakej 30 Mbps ini sesuai untuk rumah anda.
Manakala kalau anda berminat untuk melanggan pakej unifi tv ultimate pack, jumlah bayaran ditambah RM 60 sebulan menjadikan jumlah bulanan RM 149. Pakej ini didatangkan sekali bersama kotak media tv atau dikenali sebagai Unifi Plus Box yang baru.
RM 129 Kelajuan 100 Mbps
Seterusnya kita tengok pula pada pakej dengan kelajuan lebih pantas iaitu 100 Mbps pada harga RM 129 sebulan. Pakej ni sesuai untuk isi rumah yang menggunakan servis internet seramai 6 orang.
Kelajuan ni sangat sesuai untuk pengguna yang suka muat turun dan juga yang suka bermain permainan online serta strim video resolusi Full HD atau 4K.
Kelebihan lain pakej ini adalah anda ditawarkan dengan servis Unifi Tv yang mana anda boleh pilih pakej yang disediakan antaranya Aneka, Ruby, Varnam, ataupun anda boleh melanggan Ultimate Pack pada harga RM 189 sebulan.
Rumah saya langgan pakej ini.Saya langgan pakej ini kerana rumah saya tidak melanggan Astro jadi dengan adanya Unifi Tv Aneka, ada sedikit sebanyak hiburan yang boleh ditonton di tv terutama sekali hiburan untuk anak dan juga di Aplikasi telefon pintar.
Dari segi penggunaan internet pula, saya bukan seorang yang suka bermain online game dan kebanyakan masa guna internet dipenuhi dengan tonton video online di youtube dan netflix.
Kelajuan 100 Mbps sebenarnya sudah mencukupi bagi kebanyakan pengguna. Kalau ada yang rasa kelajuan ni masih x cukup, jom kita sambung tengok pakej di bawah pula.
Untuk tahu lebih lanjut mengenai pakej Unifi Tv dan siaran yang ditawarkan, anda boleh baca lebih lanjut di lamn web unifi tv.
RM 199 Kelajuan 300 Mbps
Pada asalnya ini pakej paling laju yang ditawarkan oleh pihak Unifi sebelum wujudnya pakej 500 Mbps dan juga 800 Mbps. Yang suka muat turun, suka main game online, suka tengok movie atau video 4K, dan bermacam jenis suka lagi pasti sesuai menggunakan pakej 300 Mbps ni.
Selain mempunyai kelajuan 3 kali lebih pantas berbanding pakej 100 Mbps diatas, pakej ini juga menawarkan Unifi Tv Ultimate. Maksudnya korang bukan saja dapat kelajuan internet yang pantas tetapi dapat sekali hiburan tv yang menarik.
Kelajuan 300 Mbps ni sesuai kalau isi rumah yang gunakan internet dalam 8 orang dan keatas. Rasanya 10 orang pun boleh guna lagi tapi bergantung pada jenis router dan tahap penggunaan aplikasi.
Kalau nak internet stabil, saya cadangkan beli router yang berkualiti. Router yang disediakan pihak Unifi cukup kalau korang guna untuk kegunaan ringan seperti melayari laman web, emel, dan tonton youtube. Kalau rumah besar dan capaian wifi tak cukup, nanti akan ada gangguan semasa guna internet.
Lupa pula saya nak beritahu untuk pakej 100 dan 300 Mbps tu korang ditawarkan panggilan telefon percuma selama 600 minit setiap bulan. Ramai yang tak peduli pasal telefon ni sebab sekarang semua dah ada telefon pintar tapi disebabkan Unifi dah bagi 600 minit percuma tu lebih baik guna daripada membazir tak guna langsung.
RM 249 Kelajuan 500 Mbps & RM 349 Kelajuan 800 Mbps
Pakej 500 Mbps dan juga 800 Mbps berbeza berbanding pakej 300 Mbps dan ke bawah kerana bukan sahaja menawarkan kelajuan yang lebih pantas, malah turut ditawarkan Mesh Wifi Deco M9 Plus secara percuma.
Bagi yang tak tahu apa itu Mesh Wifi, ia berfungsi seperti router juga tetapi lebih pintar dan lebih sesuai untuk meliputi wifi di dalam rumah kediaman.
Dua pakej ini harganya agak mahal berbanding apa yang ditawarkan oleh pesaing penyedia internet syarikat lain. Bagi pendapat saya, agak tidak berbaloi untuk langgan pakej ini tetapi jika memang perlukan kelajuan yang tinggi dan juga pakej tv, mungkin ini pakej yang sesuai untuk anda.
Semakan pendaftaran adalah percuma. Hanya perlu share alamat lengkap rumah anda.

Check Streamyx or UNIFI Coverage :
Percuma Tolong Semak Liputan:
Untuk maklumat lanjut, sila klik link https://PakejInternetUnlimited.wasap.my
0192595019(Call / SMS / Whatsapp / Inbox)
Kredit : Firdaus Life Blog

Saturday, January 2, 2021

WiFi Rumah Anda Ada Sambungan 2.4GHz Dan 5GHz? Ini Perbezaannya....

 


Anda mungkin menerima router baru selepas menaik taraf perkhidmatan internet. Selesai proses pemasangan dan tetapan, anda perasan terdapat dua sambungan WiFi yang boleh dipilih, 2.4GHz dan 5Ghz.

Mengapa ada dua? Yang mana satu lebih laju dan sesuai digunakan? Mungkin ini antara persoalan yang bermain difikiran.

Kenapa router rumah anda mempunyai 2.4GHz dan 5GHz, tetapi rumah rakan anda hanya mempunyai satu sambungan sahaja? Ia adalah kerana anda menggunakan router dual band, dan router milik rakan anda adalah single band. Kebanyakkan router dipasaran mempunyai sokongan dua band.

2.4GHz dan 5GHz merupakan jalur frekuensi yang terdiri daripada gelombang radio, berfungsi menghantar data dari router kepada peranti mudah alih.

Dua perbezaan utama antara kedua-duanya adalah dari segi capaian (jarak) dan bandwith(kelajuan). 2.4GHz tawarkan capaian yang lebih luas tetapi kadar pemindahan datanya perlahan. Satu lagi frekuensi, iaitu 5GHz lebih laju memindahkan data tetapi capaiannya tidak jauh/besar.


Diatas merupakan gambaran panjang gelombang kedua-dua frekuensi. Gelombang 2.4GHz lebih panjang dan sesuai untuk diakses dari jarak jauh serta transmisinya mampu menembusi dinding dan objek halangan yang lain.

Jalur 2.4GHz digunakan secara meluas, oleh itu ia terdapat sedikit masalah kerana terdapat lain-lain peranti yang menggunakannya. Seperti contoh perkakasan rumah, konsol permainan, pencetak, sistem audio telefon wayar dan banyak lagi.

Ini menjadikan frekuensi ini lebih cepat sibuk akibat terpaksa berkongsi dengan peranti serta perkakasan yang lain.

Bayangkan frekuensi ini sebagai jalanraya, semua kenderaan nak lalu disitu, pasti anda lambat sampai ke destinasi.

Berbeza pula dengan 5GHz, ia kurang sesak kerana tidak banyak peranti dan perkakasan menggunakan frekuensi ini. Oleh kerana gelombangnya pendek, isyarat yang dipancarkan kurang berupaya menembusi dinding dan halangan yang lain, jadi capaiannya lebih agak terhad daripada 2.4GHz. Walaubagaimanapun, ia mampu menghantar data lebih laju.

Seperkara lagi yang perlu anda tahu, kedua-dua frekuensi mempunyai satu jalur kecil yang dipanggil sebagai saluran WiFi. Saluran ini merupakan medium data dihantar dan diterima.

Kapsyen: Kredit foto: How To Geek


Kebiasaannya frekuensi 2.4Ghz mempunyai 11 saluran dan 5GHz mempunyai 45 saluran. Tidak semua saluran sesuai digunakan kerana ia terdapat gangguan.

Gangguan ini kita bahagikan kepada dua iaitu, gangguan Co-Channel dan gangguan Adjacent.

  • C0-Channel – Gangguan terhasil apabila terlalu banyak peranti bersaing untuk berkomunikasi dalam saluran yang sama.

  • Adjacent – Gangguan terjadi apabila peranti dari saluran bertindih cuba "bercakap" antara satu sama lain.


Kapsyen: Kredit foto: Metageek


Saluran yang mempunyai gangguan dari peranti yang lain dikelaskan sebagai sesak. Penghantaran data akan menjadi lebih lama dan itulah sebab masa anda mengakses sambungan menjadi lambat.

Kebanyakkan router memilih saluran WiFi secara automatik dan ia bergantung kepada perkakasan yang anda gunakan.

Jika anda sering mengalami masalah sambungan WiFi, ia mungkin bukan disebabkan router anda rosak tetapi saluran yang sesak.

Untuk pengetahuan, setiap kali anda reboot router, saluran WiFi yang digunakan akan berubah. Itulah antara sebab jika sambungan WiFi perlahan, anda akan disarankan supaya reboot router.

2.4GHz

  • Kelebihan

    • Capaian yang lebih jauh

    • Mampu tembus objek serta halangan dengan lebih baik



  • Keburukan

    • Mudah terdedah kepada gangguan

    • Perlahan dalam penghantaran data




5GHz

  • Kelebihan

    • Lebih laju dalam penghantaran data

    • Kurang terdedah kepada gangguan



  • Kekurangan

    • Jarak capaian yang tidak jauh/besar.

    • Agak sukar menembusi halangan seperti dinding dan lain-lain.

Jadi mana satu yang lebih baik digunakan? Ia bergantung kepada situasi anda disebabkan kedua-duanya mempunyai kelebihan serta kekurang yang tersendiri.

Kredit : Helmi Samsuri

Wednesday, May 29, 2019

7 Tips Mudah Untuk Ambil Gambar Makanan Setaraf Pro Di Bulan Ramadan

7 tips mudah untuk ambil gambar makanan setaraf pro di bulan ramadan
Kredit: Huawei P30 and Huawei P30 Pro/Facebook
Bila time bulan puasa je, mesti banyak makanan-makanan menarik yang takde atau jarang ada di bulan-bulan lain, contohnya macam bubur lambuk, kuih pelita, lompat tikam, atau nekbat. Semua makanan ni berwarna-warni dan bukan je sedap untuk dimakan, malah menarik untuk dilihat juga!
Sementara tunggu waktu berbuka ataupun masa anda tengah hidangkan makanan untuk berbuka, apa kata anda ambil gambar-gambar makanan yang best dan sharedengan followers anda kat IG? Ni tujuh trik untuk ambil gambar makanan di bulan Ramadan ni:

#1 Mana satu nak guna: angle dari depan atau atas?

Menurut pakar psikologi, angle gambar yang kita guna boleh memberikan kesan emosi dan perspektif yang berbeza kepada orang yang melihatnya. Kalau angle dari depan, ia bermaksud gambar tersebut mempunyai ciri-ciri yang telus dan penuh kejujuran. Manakala angle dari atas pula bermaksud terdapat sesuatu kekurangan yang ada pada subjek yang jurugambar ingin sorokkan.
7 tips mudah untuk ambil gambar makanan setaraf pro di bulan ramadan
Tapi kalau gambar makanan pula, angle dari depan selalunya digunakan untuk memberi lebih fokus kepada makanan tertentu, manakala angle dari atas pula bagi menunjukkan semua makanan serta elemen lain yang ada pada permukaan. Terpulang anda nak guna yang mana, ikut kesesuaian.

#2 Jadikan makanan sebagai fokus – guna aperture untuk kaburkan background

7 tips mudah untuk ambil gambar makanan setaraf pro di bulan ramadan
Aperture sangat membantu kalau anda nak kaburkan background dan fokus seratus peratus pada subjek, terutamanya kalau background anda tu nampak serabut dan tak kena dengan tema gambar. Contoh macam gambar di bawah ni, cuma betik dan croissant je yang tak nampak kabur:

#3 Guna ‘rule of thirds’ untuk cipta gambar dengan komposisi yang baik

‘Rule of thirds’ ialah benda basic yang sering diajar dalam kelas fotografi. Ia merujuk kepada sebuah imej yang dipecahkan kepada tiga bahagian (secara mendatar dan menegak) untuk dapatkan 9 bahagian. Contohnya macam ni:
 7 tips mudah untuk ambil gambar makanan setaraf pro di bulan ramadan
Dengan grid ni, senanglah anda nak pilih 4 subjek atau elemen utama yang terbaik untuk anda tangkap dalam gambar. Selain tu, ia memberikan keseimbangan kepada gambar. Tengok contoh di bawah (gambar dalam phone), ada banyak elemen tapi tak semuanya ditangkap dalam gambar namun gambar masih kelihatan seimbang dan tak serabut:
7 tips mudah untuk ambil gambar makanan setaraf pro di bulan ramadan
Kredit: Huawei P30 and Huawei P30 Pro/Facebook

#4 Ambil gambar makanan dengan dekat – guna Super Macro untuk zoom in

Nak bagi tekstur makanan jelas kelihatan? Gunakan mode khas seperti Super Macro untuk zoom in. Segala lekukan, urat-urat, biji, dan lubang yang ada pada permukaan makanan terlihat jelas!

#5 Gunakan props sebagai elemen yang menarik

Kalau setakat nampak makanan je macam kurang menyerlah lah gambar. So, anda boleh gunakan props sebagai elemen tambahan yang menarik. Contoh props yang anda boleh gunakan ialah pasu bunga, cawan atau pinggan mangkuk berwarna-warni, alas pinggan, ataupun phone dengan casing yang berkilat-kilat macam Huawei P30 dan nova!
7 tips mudah untuk ambil gambar makanan setaraf pro di bulan ramadan

#6 Masukkan elemen orang bagi ‘menghidupkan’ gambar

Nak bagi gambar nampak lebih hidup, masukkan elemen orang. Contohnya tangan yang sedang memotong makanan atau mencucuk makanan, macam dalam contoh di bawah ni:
7 tips mudah untuk ambil gambar makanan setaraf pro di bulan ramadan

#7 Setkan meja makan dan gunakan Ultrawide bagi menangkap setiap elemen yang ada di meja

Dah susah-payah hidangkan makanan tu, ambillah gambar untuk dikongsi dengan yang lain! Gunakan Ultrawide supaya anda boleh tangkap setiap elemen yang ada pada meja makan. Dengan mode macam ni, takkan ada benda yang tercropped atau tak nampak dalam gambar.
7 tips mudah untuk ambil gambar makanan setaraf pro di bulan ramadan
Ultrawide mode ni sangat sesuai kalau meja makan anda besar atau anda nak ambil gambar buffet masa berbuka di hotel. Confirm semua akan masuk dalam gambar!

Guna Huawei P30 atau nova untuk gambar yang secantik pro

7 tips mudah untuk ambil gambar makanan setaraf pro di bulan ramadan
Anda yang kaki ambil gambar makanan tu better gunakan phone yang ada fungsi khas seperti Aperture, Super Macro, dan Ultrawide; yang semuanya ada pada phone Huawei P30 dan nova. Selain design dan warna dia yang cantik gila, ni beberapa kelebihan P30 yang mesti anda suka:
  • 50x Zoom – Objek atau subjek yang jauh gila pun boleh nampak tau. Tak caya? Baca artikel ni!
  • AI Calorie Counter – Feature ni boleh kira pengambilan kalori anda masa makan supaya anda tak terlebih makan masa buka puasa nanti.
  • AR Measure – Boleh ukur panjang badan anda dengan tepat so anda boleh pilih baju mana yang paling sesuai dan padan dengan anda! Cool kan?
  • Super Charge 2.0 – Baru charge 30 minit je bateri dah hampir penuh iaitu sebanyak 70%.
  • Bateri yang tahan lama – Nak ambil gambar makanan atau video call dengan member-member sehari suntuk pun takpe, sebab bateri P30 yang tahan lama.
  • OneHop Sharing – Nak terus kongsi gambar makanan anda dengan member-member? ‘Scan’kan phone anda kat Matebook 13 dan gambar-gambar tu akan dikongsi immediately! Tengok betapa canggihnya feature ni:

Tuesday, April 3, 2018

Tutorial Guna Kahoot! Sebagai Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran


Kali ini saya nak kongsikan satu aplikasi online yang sangat menarik untuk dicuba. Mungkin ramai yang dah pernah cuba. Tapi saya percaya, lebih ramai lagi yang belum pernah jumpa sebenarnya. Maka saya nak kenalkan tuan puan dengan Kahoot!. Aplikasi online bagi kuiz yang sangat interaktif dan menarik. Sangat membantu sesi pembelajaran supaya lebih fresh dan paling penting, klien kita, iaitu murid-murid pasti akan sangat suka!



Tutorial Guna Kahoot! Sebagai Strategi P&P




Kenapa Kahoot!?
1. Sangat interaktif. Murid dapat peluang menguruskan sendiri jawapan mereka di pc/smartphone/tablet masing-masing. Bila murid sendiri yang dapat tekan, dapat terlibat dengan aktif, maka mereka akan lebih tertarik.

2. Ada sistem ranking. Setiap kali selepas soalan dijawab, akan keluar satu ranking, 5 pelajar dengan markah paling besar. Top 5 lah kiranya. Pelajar yang menjawab paling cepat dan paling tepat daripada pilihan jawapan, akan berada di ranking paling atas. Dah tentu lah, mereka akan berlumba-lumba untuk menjawab dengan paling betul, dan paling cepat.



Tutorial Guna Kahoot! Sebagai Strategi P&P




3. Soalan yang boleh diset. Kahoot! juga memberi kebebasan untuk guru menetapkan bilangan soalan, bilangan jawapan, lama tempoh menunggu jawapan murid, bentuk soalan (teks/bergambar/video) dan beberapa lagi setting.

4. Soalan boleh save dalam akaun masing-masing. Ini juga satu kelebihan untuk para guru. Sebab tak perlu nak bawak pendrive. Kalau terlupa, boleh terus dapatkan daripada akaun masing-masing. Susunkan dalam bentuk format yang tertentu mengikut bab / subtopik supaya mudah bila nak guna dengan pelajar nanti.

5. Online. Boleh diakses di mana-mana selagi ada capaian internet.

6. Multipurpose. Boleh digunakan semasa pdp, set induksi, kuiz, pengukuhan, ulangkaji, bincang soalan exam dan lain-lain lagi mengikut kreativiti cikgu.



Tutorial Guna Kahoot! Sebagai Strategi P&P




7. Cuba bayangkan apa perasaan pelajar bila nampak nama rakan dia terpampang kat depan skrin, nama dia plak tak ada? Tentu dia lagi bersemangat kan nak jawab dengan lebih baik, dengan lebih cepat untuk soalan seterusnya. Persaingan sehat!



Untuk dapatkan idea dan keseronokan nya, jemput tonton terlebih dahulu video pengalaman saya dan pelajar menggunakan Kahoot!. Jangan lupa juga tengok keterujaan murid, setiap kali menjawab, dan setiap kali mendapat jawapan.








Best kan? Nampak sangat murid bersungguh-sungguh ambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran ini. Pelajar bersaing sesama rakan bagi mendapatkan markah yang paling tinggi. Kalau berminat, jom kita sambung baca dengan langkah-langkah menggunakan Kahoot! dalam kelas.


Langkah-Langkah
1. Guru perlu ke https://getkahoot.com/ untuk membina akaun. Kat akaun tu nanti akan tersimpan segala set-set soalan yang telah dibina. 



Tutorial Guna Kahoot! Sebagai Strategi P&P




2. Seterusnya, mula lah membina set soalan anda masing-masing. Gunakan kreativiti semasa membina soalan. Boleh masukkan teks / gambar / video. Soalan KBAT juga boleh soal jika guru bijak menggunakan kreativiti masing-masing.



Tutorial Guna Kahoot! Sebagai Strategi P&P


Tutorial Guna Kahoot! Sebagai Strategi P&P




3. Pada hari kejadian, mohon pelajar log in Kahoot! di https://kahoot.it/#/. Boleh guna pc, boleh guna laptop, boleh juga guna smartphone (download apps khusus - percuma). Paparan untuk murid lebih ringkas. 



Tutorial Guna Kahoot! Sebagai Strategi P&P




4. Minta pelajar tunggu untuk Game PIN bagi kuiz kali ini. Ingat yer! Game PIN tu akan berubah-ubah setiap kali kita bermain dalam tu. Maka tak perlu nak salin dalam buku bagai. Tunggu jer yang keluar kat skrin depan. 

5. Sebaik saja, guru mulakan kuiz, Game PIN akan dikeluarkan di skrin. Maka pelajar perlu berlumba-lumba memasukkan Game PIN tu melalui komputer masing-masing. 



Tutorial Guna Kahoot! Sebagai Strategi P&P




6. Kemudian, pelajar perlu masukkan Nickname mereka bagi tujuan identifikasi. Bilangan dan nama pelajar yang sudah menyertai kuiz, akan terpampang di skrin.



Tutorial Guna Kahoot! Sebagai Strategi P&P




7. Tunggu sehingga selesai semua pelajar log in dalam kuiz, maka guru boleh mulakan sesi. Sebaiknya maklumkan pelajar beberapa syarat kuiz. Sebagai contoh, masa yang diperuntukkan untuk setiap soalan dan lain-lain yang berkenaan.


8. Soalan akan terpampang di skrin depan. 


Tutorial Guna Kahoot! Sebagai Strategi P&P




9. Murid akan menjawab di komputer masing-masing dengan hanya memilih pilihan jawapan yang betul. Semua pelajar memasukkan jawapan masing-masing. 



Tutorial Guna Kahoot! Sebagai Strategi P&P




10. Selesai masa menjawab yang diberikan, jawapan sebenar akan keluar. 

11. Setiap pelajar akan mendapat keputusan samada BETUL atau SALAH di skrin masing-masing. 



Tutorial Guna Kahoot! Sebagai Strategi P&P




12. Manakala di skrin depan pula, terpapar senarai Top 5 pelajar dengan markah tertinggi. Markah tertinggi diberikan kepada pelajar dengan jawapan yang betul dan jawapan yang paling cepat dimasukkan.



Tutorial Guna Kahoot! Sebagai Strategi P&P




13. Teruskan dengan soalan seterusnya sehingga selesai menjawab semua soalan.

14. Selesai soalan terakhir, markah penuh dengan nama pelajar Top Scorer akan dipaparkan. Mesti bangga sungguh siapa yang namanya terpampang di akhir kuiz. Hebat aih.


Tutorial Guna Kahoot! Sebagai Strategi P&P




Menarik kan? InshaAllah murid-murid akan sangat suka dengan aktiviti macam nih. Kalau nak bagi budak suka lagi, minta pelajar gunakan smartphone / tablet mereka masing-masing. Dapatkan kebenaran daripada pihak pentadbir sekolah, kemudian ambil langkah-langkah proaktif, seperti guru yang menyimpan untuk pelajar semasa sesi sekolah. Takpun, buat sahaja untuk sesi selepas waktu pdp. Macam untuk kelas tambahan atau kelas semasa cuti sekolah.

Semoga perkongsian saya ini mampu memberi pengetahuan baharu kepada rakan guru yang berminat untuk mencuba pendekatan ICT dalam pdp. Semoga membantu!

Kredit : Cikgu hailmi

Nak mula jana income pasif dengan Honeygain?

       Baru nak mula dengan Honeygain? 1️⃣ Install Honeygain di phone / laptop 2️⃣ Login → biarkan app running di background 3️⃣...