Kredit: Huawei P30 and Huawei P30 Pro/Facebook
Bila time bulan puasa je, mesti banyak makanan-makanan menarik yang takde atau jarang ada di bulan-bulan lain, contohnya macam bubur lambuk, kuih pelita, lompat tikam, atau nekbat. Semua makanan ni berwarna-warni dan bukan je sedap untuk dimakan, malah menarik untuk dilihat juga!
Sementara tunggu waktu berbuka ataupun masa anda tengah hidangkan makanan untuk berbuka, apa kata anda ambil gambar-gambar makanan yang best dan sharedengan followers anda kat IG? Ni tujuh trik untuk ambil gambar makanan di bulan Ramadan ni:
#1 Mana satu nak guna: angle dari depan atau atas?
Menurut pakar psikologi, angle gambar yang kita guna boleh memberikan kesan emosi dan perspektif yang berbeza kepada orang yang melihatnya. Kalau angle dari depan, ia bermaksud gambar tersebut mempunyai ciri-ciri yang telus dan penuh kejujuran. Manakala angle dari atas pula bermaksud terdapat sesuatu kekurangan yang ada pada subjek yang jurugambar ingin sorokkan.
Tapi kalau gambar makanan pula, angle dari depan selalunya digunakan untuk memberi lebih fokus kepada makanan tertentu, manakala angle dari atas pula bagi menunjukkan semua makanan serta elemen lain yang ada pada permukaan. Terpulang anda nak guna yang mana, ikut kesesuaian.
#2 Jadikan makanan sebagai fokus – guna aperture untuk kaburkan background
Aperture sangat membantu kalau anda nak kaburkan background dan fokus seratus peratus pada subjek, terutamanya kalau background anda tu nampak serabut dan tak kena dengan tema gambar. Contoh macam gambar di bawah ni, cuma betik dan croissant je yang tak nampak kabur:
#3 Guna ‘rule of thirds’ untuk cipta gambar dengan komposisi yang baik
‘Rule of thirds’ ialah benda basic yang sering diajar dalam kelas fotografi. Ia merujuk kepada sebuah imej yang dipecahkan kepada tiga bahagian (secara mendatar dan menegak) untuk dapatkan 9 bahagian. Contohnya macam ni:
Dengan grid ni, senanglah anda nak pilih 4 subjek atau elemen utama yang terbaik untuk anda tangkap dalam gambar. Selain tu, ia memberikan keseimbangan kepada gambar. Tengok contoh di bawah (gambar dalam phone), ada banyak elemen tapi tak semuanya ditangkap dalam gambar namun gambar masih kelihatan seimbang dan tak serabut:
Kredit: Huawei P30 and Huawei P30 Pro/Facebook
#4 Ambil gambar makanan dengan dekat – guna Super Macro untuk zoom in
Nak bagi tekstur makanan jelas kelihatan? Gunakan mode khas seperti Super Macro untuk zoom in. Segala lekukan, urat-urat, biji, dan lubang yang ada pada permukaan makanan terlihat jelas!
#5 Gunakan props sebagai elemen yang menarik
Kalau setakat nampak makanan je macam kurang menyerlah lah gambar. So, anda boleh gunakan props sebagai elemen tambahan yang menarik. Contoh props yang anda boleh gunakan ialah pasu bunga, cawan atau pinggan mangkuk berwarna-warni, alas pinggan, ataupun phone dengan casing yang berkilat-kilat macam Huawei P30 dan nova!
#6 Masukkan elemen orang bagi ‘menghidupkan’ gambar
Nak bagi gambar nampak lebih hidup, masukkan elemen orang. Contohnya tangan yang sedang memotong makanan atau mencucuk makanan, macam dalam contoh di bawah ni:
#7 Setkan meja makan dan gunakan Ultrawide bagi menangkap setiap elemen yang ada di meja
Dah susah-payah hidangkan makanan tu, ambillah gambar untuk dikongsi dengan yang lain! Gunakan Ultrawide supaya anda boleh tangkap setiap elemen yang ada pada meja makan. Dengan mode macam ni, takkan ada benda yang tercropped atau tak nampak dalam gambar.
Ultrawide mode ni sangat sesuai kalau meja makan anda besar atau anda nak ambil gambar buffet masa berbuka di hotel. Confirm semua akan masuk dalam gambar!
Guna Huawei P30 atau nova untuk gambar yang secantik pro
Anda yang kaki ambil gambar makanan tu better gunakan phone yang ada fungsi khas seperti Aperture, Super Macro, dan Ultrawide; yang semuanya ada pada phone Huawei P30 dan nova. Selain design dan warna dia yang cantik gila, ni beberapa kelebihan P30 yang mesti anda suka:
- 50x Zoom – Objek atau subjek yang jauh gila pun boleh nampak tau. Tak caya? Baca artikel ni!
- AI Calorie Counter – Feature ni boleh kira pengambilan kalori anda masa makan supaya anda tak terlebih makan masa buka puasa nanti.
- AR Measure – Boleh ukur panjang badan anda dengan tepat so anda boleh pilih baju mana yang paling sesuai dan padan dengan anda! Cool kan?
- Super Charge 2.0 – Baru charge 30 minit je bateri dah hampir penuh iaitu sebanyak 70%.
- Bateri yang tahan lama – Nak ambil gambar makanan atau video call dengan member-member sehari suntuk pun takpe, sebab bateri P30 yang tahan lama.
- OneHop Sharing – Nak terus kongsi gambar makanan anda dengan member-member? ‘Scan’kan phone anda kat Matebook 13 dan gambar-gambar tu akan dikongsi immediately! Tengok betapa canggihnya feature ni:
No comments:
Post a Comment