Tuesday, April 3, 2018

Tutorial Guna Kahoot! Sebagai Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran


Kali ini saya nak kongsikan satu aplikasi online yang sangat menarik untuk dicuba. Mungkin ramai yang dah pernah cuba. Tapi saya percaya, lebih ramai lagi yang belum pernah jumpa sebenarnya. Maka saya nak kenalkan tuan puan dengan Kahoot!. Aplikasi online bagi kuiz yang sangat interaktif dan menarik. Sangat membantu sesi pembelajaran supaya lebih fresh dan paling penting, klien kita, iaitu murid-murid pasti akan sangat suka!



Tutorial Guna Kahoot! Sebagai Strategi P&P




Kenapa Kahoot!?
1. Sangat interaktif. Murid dapat peluang menguruskan sendiri jawapan mereka di pc/smartphone/tablet masing-masing. Bila murid sendiri yang dapat tekan, dapat terlibat dengan aktif, maka mereka akan lebih tertarik.

2. Ada sistem ranking. Setiap kali selepas soalan dijawab, akan keluar satu ranking, 5 pelajar dengan markah paling besar. Top 5 lah kiranya. Pelajar yang menjawab paling cepat dan paling tepat daripada pilihan jawapan, akan berada di ranking paling atas. Dah tentu lah, mereka akan berlumba-lumba untuk menjawab dengan paling betul, dan paling cepat.



Tutorial Guna Kahoot! Sebagai Strategi P&P




3. Soalan yang boleh diset. Kahoot! juga memberi kebebasan untuk guru menetapkan bilangan soalan, bilangan jawapan, lama tempoh menunggu jawapan murid, bentuk soalan (teks/bergambar/video) dan beberapa lagi setting.

4. Soalan boleh save dalam akaun masing-masing. Ini juga satu kelebihan untuk para guru. Sebab tak perlu nak bawak pendrive. Kalau terlupa, boleh terus dapatkan daripada akaun masing-masing. Susunkan dalam bentuk format yang tertentu mengikut bab / subtopik supaya mudah bila nak guna dengan pelajar nanti.

5. Online. Boleh diakses di mana-mana selagi ada capaian internet.

6. Multipurpose. Boleh digunakan semasa pdp, set induksi, kuiz, pengukuhan, ulangkaji, bincang soalan exam dan lain-lain lagi mengikut kreativiti cikgu.



Tutorial Guna Kahoot! Sebagai Strategi P&P




7. Cuba bayangkan apa perasaan pelajar bila nampak nama rakan dia terpampang kat depan skrin, nama dia plak tak ada? Tentu dia lagi bersemangat kan nak jawab dengan lebih baik, dengan lebih cepat untuk soalan seterusnya. Persaingan sehat!



Untuk dapatkan idea dan keseronokan nya, jemput tonton terlebih dahulu video pengalaman saya dan pelajar menggunakan Kahoot!. Jangan lupa juga tengok keterujaan murid, setiap kali menjawab, dan setiap kali mendapat jawapan.








Best kan? Nampak sangat murid bersungguh-sungguh ambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran ini. Pelajar bersaing sesama rakan bagi mendapatkan markah yang paling tinggi. Kalau berminat, jom kita sambung baca dengan langkah-langkah menggunakan Kahoot! dalam kelas.


Langkah-Langkah
1. Guru perlu ke https://getkahoot.com/ untuk membina akaun. Kat akaun tu nanti akan tersimpan segala set-set soalan yang telah dibina. 



Tutorial Guna Kahoot! Sebagai Strategi P&P




2. Seterusnya, mula lah membina set soalan anda masing-masing. Gunakan kreativiti semasa membina soalan. Boleh masukkan teks / gambar / video. Soalan KBAT juga boleh soal jika guru bijak menggunakan kreativiti masing-masing.



Tutorial Guna Kahoot! Sebagai Strategi P&P


Tutorial Guna Kahoot! Sebagai Strategi P&P




3. Pada hari kejadian, mohon pelajar log in Kahoot! di https://kahoot.it/#/. Boleh guna pc, boleh guna laptop, boleh juga guna smartphone (download apps khusus - percuma). Paparan untuk murid lebih ringkas. 



Tutorial Guna Kahoot! Sebagai Strategi P&P




4. Minta pelajar tunggu untuk Game PIN bagi kuiz kali ini. Ingat yer! Game PIN tu akan berubah-ubah setiap kali kita bermain dalam tu. Maka tak perlu nak salin dalam buku bagai. Tunggu jer yang keluar kat skrin depan. 

5. Sebaik saja, guru mulakan kuiz, Game PIN akan dikeluarkan di skrin. Maka pelajar perlu berlumba-lumba memasukkan Game PIN tu melalui komputer masing-masing. 



Tutorial Guna Kahoot! Sebagai Strategi P&P




6. Kemudian, pelajar perlu masukkan Nickname mereka bagi tujuan identifikasi. Bilangan dan nama pelajar yang sudah menyertai kuiz, akan terpampang di skrin.



Tutorial Guna Kahoot! Sebagai Strategi P&P




7. Tunggu sehingga selesai semua pelajar log in dalam kuiz, maka guru boleh mulakan sesi. Sebaiknya maklumkan pelajar beberapa syarat kuiz. Sebagai contoh, masa yang diperuntukkan untuk setiap soalan dan lain-lain yang berkenaan.


8. Soalan akan terpampang di skrin depan. 


Tutorial Guna Kahoot! Sebagai Strategi P&P




9. Murid akan menjawab di komputer masing-masing dengan hanya memilih pilihan jawapan yang betul. Semua pelajar memasukkan jawapan masing-masing. 



Tutorial Guna Kahoot! Sebagai Strategi P&P




10. Selesai masa menjawab yang diberikan, jawapan sebenar akan keluar. 

11. Setiap pelajar akan mendapat keputusan samada BETUL atau SALAH di skrin masing-masing. 



Tutorial Guna Kahoot! Sebagai Strategi P&P




12. Manakala di skrin depan pula, terpapar senarai Top 5 pelajar dengan markah tertinggi. Markah tertinggi diberikan kepada pelajar dengan jawapan yang betul dan jawapan yang paling cepat dimasukkan.



Tutorial Guna Kahoot! Sebagai Strategi P&P




13. Teruskan dengan soalan seterusnya sehingga selesai menjawab semua soalan.

14. Selesai soalan terakhir, markah penuh dengan nama pelajar Top Scorer akan dipaparkan. Mesti bangga sungguh siapa yang namanya terpampang di akhir kuiz. Hebat aih.


Tutorial Guna Kahoot! Sebagai Strategi P&P




Menarik kan? InshaAllah murid-murid akan sangat suka dengan aktiviti macam nih. Kalau nak bagi budak suka lagi, minta pelajar gunakan smartphone / tablet mereka masing-masing. Dapatkan kebenaran daripada pihak pentadbir sekolah, kemudian ambil langkah-langkah proaktif, seperti guru yang menyimpan untuk pelajar semasa sesi sekolah. Takpun, buat sahaja untuk sesi selepas waktu pdp. Macam untuk kelas tambahan atau kelas semasa cuti sekolah.

Semoga perkongsian saya ini mampu memberi pengetahuan baharu kepada rakan guru yang berminat untuk mencuba pendekatan ICT dalam pdp. Semoga membantu!

Kredit : Cikgu hailmi

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...