Thursday, April 19, 2018

Hungry Ghost Festival / Perayaan Hantu Lapar

Salam Malam Jumaat,



Perayaan Hantu Lapar (Zhong Yuan Jie ataupun Yu Lan Jie), adalah perayaan yang disambut oleh masyarakat Cina di merata dunia. Di dalam kalender Cina (kalender Lunisolar), perayaan ini jatuh pada malam ke-15 bulan ke-7 manakala bagi Selatan China adalah pada Ke-14 bulan ke-7.

Mengikut adat resam Cina, pada ke-15 dalam kalender qamari bergelar Hari Hantu dan bulan ke-7 secara amnya dianggap sebagai Bulan Hantu, iaitu apabila hantu-hantu dan roh-roh termasuk juga roh-roh nenek moyang yang sudah lama meninggal dunia (ataupun mereka yang sudah meninggal dunia) akan keluar daripada alam kubur/ghaib.

Ketika perayaan QingMing ahli keluarga yang masih hidup, mereka akan mengunjungi si mati (ke kubur) dengan membuat penyembahan. Manakala pada perayaan Hantu Lapar pula dipercayai “mereka” yang sudah meninggal dunia datang mengunjungi mereka yang masih hidup.

Pada ke-15 dipercayai bahawa pintu alam Syurga, alam Neraka dan alam fana ini terbuka dan pada masa ini bagi penganut Tao dan Buddha akan melaksanakan upacara khas untuk mengubah mahupun membebaskan penderitaan “mereka” yang sudah meninggal dunia ini.
Selain itu, pada bulan Hantu ialah penyembahan nenek moyang yang mana ia menunjukkan ketaatan para keturunan dan adat yang harus disambungkan kepada generasi yang akan datang selain daripada itu generasi muda dapat mengenalinya seperti mana perayaan QingMing.

Aktiviti yang dilakukan adalah menyediakan makanan dalam upacara, membakar colok, membakar wang neraka, membakar barang-barang keperluan serta pakaian untuk hantu-hantu ini selain daripada memberikan penghormatan kepada “mereka” ini dimana dilayan seperti masih hidup lagi.

Apa yang membezakan perayaan QingMing dengan perayaan Hantu Lapar apabila satu memberikan fokus kepada membuat penyembahan kepada nenek moyang dan kaum kerabat sahaja manakala satu lagi memberikan penghormatan mahupun penyembahan kepada keseluruhannya.

Mereka akan mengadakan satu upacara istimewa untuk mengelak kemarahan daripada hantu dan roh dengan meletakkan tablet nama keluarga (papan tablet nama si mati) di atas meja, dibakarkan colok dan makanan disediakan 3 kali pada hari tersebut. Upacara tersebut dilaksanakan pada waktu terbitnya matahari. Meja makan diletakkan makanan dan kerusi akan dikosongkan sambil colok dibakar berdekatan untuk memberi makan kepada hantu.
Selepas ia selesai (colok) barulah mereka yang hidup memakan makanan yang ada seperti makan malam biasa. Ia boleh dikatakan memberikan hantu ini makan dahulu. Semasa hantu ini makan ada seorang akan berjaga sehingganya colok habis terbakar untuk mengenali apa-apa perubahan mahupun keadaan sama ada baik mahupun tidak.

Mereka yang nak memberi makan kepada hantu yang lapar yang bermula pada awal bulan hantu teramat digalakkan, apabila hantu lapar ini tidak mempunyai keluarga mahupun yang terabai. Memberikan makanan ataupun penyembahan dikira sebahai pahala dan dapat mengurangkan beban hantu lapar ini daripada menganggu mereka yang hidup.

Aktiviti yang lain seperti melepaskan perahu kertas kecil dan tanglung di atas air, yang menandakan tindakan membantu roh-roh sesat, roh nenek moyang dan dewa-dewi mencari jalan pulang.

Cahaya daripadda tanglung, menunjunkkan jalan pulang.

Pada hari pertama bulan Perayaan Hantu Lapar

Pembakaran wang neraka diluar rumah ataupun tempat perniagaan, sepanjang jalan ataupun di tanah lapang. Adakalanya ada mereka melakukannya di tokong. Ia menjadikan perkara biasa untuk memjumpai wang neraka dan abu di jalanan. Apa yang mereka lakukan ini dikirakan bersedekah kepada hantu ketika bulan hantu ini.

Menyalakan colok dan upacara penyembahan makanan diberikan pada hantu lapar yang ternyata yang ternyata tak gembira. Mereka percaya hantu-hantu ini tak akan mengapa-apakan mahupun menganggu ataupun menyumpah selepas hantu-hantu ini menerima penyembahan dan menerima wang yang diberikan.

Tanglung merah akan digantungkan dimana-mana sahaja termasuk di tempat perniagaan mahupun di tempat kediaman. 

Terdapat upacara yang dilakukan di jalanan, tempat perniagaan, pasar dan di tokong. Upacara di jalanan dan di pasar, orang ramai akan berkumpul untuk merayakannya. Manakala di tokong, sami-sami akan mengatur aktiviti perayaan dimana dipercayai ia penting sekali untuk menyenangkan hantu-hantu ini untuk mengelak daripada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Juadah yang kebiasanya disajikan buat hantu-hantu lapar yang bakal diletakkan berdekatan dengan tempat sembahyang. Manakala ada juga kuih-muih, gula-gula dan colok diletakkan diluar rumah mahupun tepi jalan, itu ada upacara persembahyang bagi hantu-hantu lapar yang tak mempunyai keluarga dengan kata nama lain bersedekah kepada hantu-hantu ini. 

Pada hari terakhir bulan Perayaan Hantu Lapar

Satu upacara perayaan akan diadakan, apabila ia adalah hari pintu neraka yang tertutup kembali. Masyarakat Cina akan merayakan dengan pelbagai cara yang tersendiri. Ramai akan membakar wang neraka dan pakaian buat hantu yang bakal digunakan di alam neraka kelak. Tablet nama (papan nama si mati) dan gambar (si mati) akan diletakkan semula ke tempatnya yang asal seperti biasa, dimana semasa upacara penyembahan ia dikeluarkan untuk digunakan.

Untuk memastikan hantu-hantu ini pergi, sami Tao dan Buddha akan membaca mantera ataupun dikir untuk memastikan hantu-hantu ini kembali ke alam kubur. Hantu ini dipercayai takut kepada bunyi-bunyian maka pengusiran itu diadakan dengan bunyian mercun, jeritan dan meratap.

Ramai keluarga akan menghanyutkan tanglung pada perahu kecil pada waktu malam. Mereka akan membuat tanglung berwarna-warni yang diperbuat daripada kayu dan kertas, serta ahli keluarga akan menulis nama “mereka” (nenek moyang dan kaum kerabat yang sudah meninggal dunia) pada tanglung tersebut. Dipercayai hantu itu akan mengikuti tanglung tersebut pergi.

Ia sudah menjadi kewajiban untuk membakar duit-duit neraka buat roh-roh keluarga dan juga hantu-hantu lapar yang lain dimana "mereka" dapat mengunakannya di alam baka ataupun alam neraka.


Sejarah Perayaan Hantu Lapar

Asal-usulnya tak dapat dipastikan apabila budaya / adat ini di Asia ke India sehinggakan di Kemboja dan di Jepun mempunyai perayaan yang serupa diraikan pada bulan berkenaan. Tradisi ini diamalkan sebelum kedatangan agama Buddha dan ia adalah lebih kepada kepercayaan kuno yang merangkui seluruh daerah.

Kepercayaan kuno ini diserapkan di agama Tao iaitu agama asal di China. Pintu neraka terbuka pada hari pertama bulan 7 dan hantu lapar akan bebas untuk mencari makanan ataupun membalas dendam kepada mereka yang berbuat jahat mengikuti kepada kepercayaan Tao. Bacaan mantera ataupun dikir Tao disertakan untuk membebaskan hantu ini.

Mengikut satu cerita Raja Yama (Raja Neraka) membuka pintu neraka dan membenarkan hantu liar untuk menikmati penyembahan  pada hari pertama pada bulan 7. Pintu akan ditutup pada hari terakhir pada bulan berkenaan agar hantu ini balik ke neraka. Masyarakat Cina percaya pintu syurga juga terbuka pada bulan berkenaan dan mereka menyembah nenek moyang serta dewa-dewi yang datang daripada syurga. 

Bagi penganut Buddha daripada China mengatakan perayaan ini berasal daripada kitab suci Buddha, akan tetapi semua bersependapat datang daripada kepercayaan Cina kuno. Selain itu pada Sutra Ullambana, pada hari ke-15 bulan ke-7 merupakan Hari Buddha bergembira (The Buddha's joyful day) Dipercayai semasa Buddha masih hidup, anak muridnya akan bertapa di dalam hutan di India semasa musim hujan pada musim panas. 3 bulan selepas itu pada hari ke-15 bulan ke-7, mereka keluar daripada hutan untuk menyambut selesainya pertapaan dan melaporkan perkembangan kepada Buddha. Disinilah sebuah cerita yang dikenali mengenai Buddha mengarahkan anak muridnya Maudgalyayana (ataupun dikenali dalam cerita lagenda cina Mulian Jiu Mu ataupun Mulian) bagaimana caranya menyelamatkan ibunya di alam neraka.

Gambaran Hantu Lapar, mereka kelihatan seperti mereka yang kebuluran dan perut "mereka" menjadi besar. "Mereka" sentiasa lapar dan harus diberikan makanan, jika tidak ia akan menganggu mereka yang masih hidup selain daripada nasib malang, kemalangan mahupun maut.


Maudgalyāyana and his mother

The Buddhist origins of the festival can be traced back to a story that originally came from India, but later took on culturally Chinese overtones, as the motifs "all appear in a tale that had already been translated into Chinese by the end of the fourth century".In the Ullambana Sutra, there is a descriptive account of a Buddhist monk named Maudgalyāyana, originally a Brahmin youth who later ordained, and later becoming one of the Buddha's chief disciples. Mahāmaudgalyāyana was also known for having clairvoyant powers, an uncommon trait amongst monks. "The tale is contained in...a canonical collection of short sutras translated into Chinese by Gautama Samghadeva between 397 and 398."

After he attained arhatship, he began to think deeply of his parents, and wondered what happened to them. He used his clairvoyance to see where they were reborn and found his father in the heavenly realms i.e. the realm of the gods. However, his mother had been reborn in a lower realm, known as Avīci, or the Realm of Hungry Ghosts. His mother took on the form of a hungry ghost (preta) – so called because it could not eat due to its highly thin and fragile throat in which no food could pass through, yet it was always hungry because it had a fat belly. His mother had been greedy with the money he left her. He had instructed her to kindly host any Buddhist monks that ever came her way, but instead she withheld her kindness and her money. It was for this reason she was reborn in the realm of hungry ghosts.

Maudgalyāyana eased his mother's suffering by receiving the instructions of feeding pretas from the Buddha. The Buddha instructed Maudgalyāyana to place pieces of food on a clean plate, reciting a mantra seven times to bless the food, snap his fingers to call out to the deceased and finally tip the food onto clean ground. By doing so, the preta's hunger would be relieved. Through these merits, his mother was able to be reborn as a dog under the care of a noble family.

Maudgalyāyana then sought the Buddha's advice to help his mother gain a human birth. The Buddha established a day after the traditional summer retreat (the 14th day of the seventh month in the lunar calendar, usually mid-to-late August) on which Maudgalyāyana was to offer food and robes to five hundred bhikkhus. Through the merits created, Maudgalyāyana's mother finally gained a human birth.

Maudgalyāyana cuba menyelamatkan ibunya daripada seksaan menadi Hantu Lapar.

Perayaan Hantu Lapar di Malaysia

Dimodenkan dengan persembahan pentas seolah-olah konsert dengan cara-cara tersendiri dan berbeza daripada kebiasanya dirayakan di negara lain. Pertunjukkan pentas yang dikenali sebagai “Koh-Tai” oleh penutur bahasa Hokkien ini dipersembahkan oleh kumpulan penyanyi, penari dan penghibur di atas sebuah pentas sementara yang dirikan di kawasan perumahan daripada dana sumbangan para penduduk. Secara tradisinya persembahan wayang ataupun opera Cina diadakan berdekatan dengan tokong mahupun perumahan. Dihadapan pentas akan disediakan sebaris kerusi yang disengajakan dikosongkan dan di bahagian belakang kerusi buat pengunjung. Sebab mengapa kerusi di bahagian dikosongkan apabila ia dikhaskan untuk hantu-hantu apabila persembahan pentas itu untuk hantu-hantu ini.

Ia menjadi tradisi untuk menghiburkan dengan opera cina klasik, dengan perbuahan masa. Konsert nyanyian digantikan untuk menghiburkan hantu-hantu ini. Sebaris kerusi di bahagian depan akan dikosongkan dimana hantu-hantu ini akan duduk, mengikut kepercayaan sesiapa sahaja yang duduk di tempat berkenaan akan membuatkan hantu ini marah dan orang itu akan menerima nasib yang teramat malang.

Larangan ketika berlangsungnya Perayaan Hantu Lapar

  • Baik mereka yang kecil mahupun dewasa, balik ke rumah sebelum hari menjadi gelap serta mengelak melakukan aktiviti waktu malam sepanjang bulan itu.
  •  Jangan terlalu taksub ataupun obsesi mengenai hantu pada mana-mana tarikh padan bulan ke-7 yang dianggap tidak baik ataupun tak digalakkan.
  •  Elakkan daripada berkahwin.
  • Elakkan daripada melakukan keramaian ataupun acara yang besar ataupun berpindah rumah.
  • Jangan menoleh ke belakang apabila kamu ditepuk dari belakang mahupun dipanggil nama terutamanya pada waktu malam, apabila ia adalah perbuatan hantu untuk merasuk kamu.
  • Walaupun ia agak menyeramkan akan tetapi ia adalah bulan untuk beribadah, menghormati dan belas kasihan.
  • Jangan menendang ataupun memijak juadah persembahan di tepi jalan apabila ia boleh membangkitkan kemarahan hantu, jika kamu tertendang ataupun terpijak secara tak sengaja maka dengan serta-merta meminta maaf.
  • Jangan menjenguk di bawah meja penyembahan di mana ia juga akan membangkitkan kemarahan hantu.
  • Jangan meletakkan anak kamu di atas tempat penyembahan apabila hantu lapar itu menyangka anak kamu adalah makanannya secara tak sengaja dan secara tak langsunng memendekkan umur anak kamu.
  • Elakkan daripada membuat perjalanan jauh tak kira menggunakan kereta, kapal, kereta api mahupun kapal terbang. Tunda masa ataupun tarikh perjalanan untuk mengelak daripada kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kemalangan jiwa.
  • Elakkan daripada berenang, apabila hantu akan menarik kamu sehinggakan kamu mati lepas. Pada masa itu hantu air memang kuat sekali.
  • Elakkan daripada memulakan perniagaan yang baru.
  •  Elakkan daripada pergi ke tempat-tempat yang “kotor”.
  • Elakkan daripada pergi ke tempat yang sunyi.
  •  Elakkan daripada mengunjungi hutan ataupun tempat  yang terbiar, berdiri di bawah pokok ataupun perhentian bus pada waktu malam ada kemungkinan tinggi kamu akan menjemput tetamu yang tak diundang.
  • Jangan memakai pakaian berwarna merah dan hitam pada waktu malam apabila ia adalah menarik perhantian hantu-hantu ini.
  • Jangan mewarnakan kuku kamu berwarna hitam apabila hantu ini beranggapan bahawa kamu adalah salah satu daripada bangsa “mereka” apabila hantu ini juga mempunyai kuku yang berwarna hitam.
  • Elakkan daripada bersiul pada waktu malam apabila ia boleh memanggil hantu-hantu ini kepada kamu.
  • Elakkan daripada menjemur pakaian diluar pada waktu malam.
  •  Jangan mengutip duit siling dan wang kertas di jalan pada waktu malam.
  • Jangan mendekati dinding apabila dipercayai hantu suka berada di dinding.
  • Bagi mereka yang dilahirkan pada bulan hantu, tidak digalakkan untuk menyambutnya pada waktu malam.


Ini adalah mata wang yang digunakan di alam baka/ alam neraka. wang ini akan dibakar pada malam Pesta Hantu Lapar bukan sahaja untuk kaum kerabat yang sudah meninggal dunia malah hantu-hantu yang tidak mempunyai keluarga. Pernah berlakunya kes dimana teksi dan mengantar makanan akan menerima wang ini pada Pesta Hantu Lapar ini, adakalanya ada yang sangsi ataupun penipuan jika mereka menerima wang ini. Tapi selepas mereka menerima wang ini, "dia" terus ghaib daripada pandangan. Jangan disangkakan yang orang itu betul-betul orang, apabila hantu-hantu ini masih lagi mengunakan perkhidmatan seperti mana "mereka" masih hidup lagi.

Date of Ghost Festival

The Ghost Festival falls on the 15th day of the 7th lunar month. In Gregorian calendar, 
it usually falls on August or September. The ghost month refers to the 7th lunar month. 
The following chart shows the exact date for the festival and the ghost 
month durations from 2017 to 2020:


YearDate of Ghost FestivalGhost Month
2017September 5thAugust 22nd - September 19th
2018August 25thAugust 11th - September 9th
2019August 15thAugust 1st - August 29th
2020September 2ndAugust 19th - September 16th

Perayaan Hantu Lapar ini merupakan tradisi yang harus dikekalkan sehinggakan kepada generasi yang akan datang apabila ia mengajar untuk menghormati nenek moyang yang sudah lama meninggal dunia serta hantu-hantu yang lain agar hantu-hantu ini boleh memberikan restu dan perlindungan kepada ahli keluarga. Tradisi juga mengajar untuk mengeratkan perhubungan sesama keluarga sama ada yang masih hidup mahupun sudah meninggal dunia. Perayaan Hantu Lapar, juga masanya mereka yang hidup untuk bersedekahkan colok, makanan, wang neraka dan barang keperluan kepada hantu-hantu ini untuk kegunaan di alam neraka kelak semata-mata mengelak daripada hantu-hantu menganggu mereka ataupun menyumpah mereka yang masih hidup lagi. Ia adalah tradisi yang harus diwarisi dan diperlihara untuk generasi yang akan datang.


Sumber: 

  • www.chinahighlights.com
  • wikipedia.org
  • www.themalaysiantimes.com
  • www.yourchineseastrology.com
  • http://salammalamjumaat.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...