Thursday, April 19, 2018

Tips Travel Bagi Mengelak Ditipu Oleh Agensi Pelancongan Haram

Bagi anda yang ingin bercuti serta ingin mendapatkan servis dari agensi pelancongan, berikut kami kongsikan kepada anda cara untuk menyemak agensi pelancongan yang berdaftar agar anda tidak ditipu oleh agensi pelancongan yang tidak bertanggungjawab serta tidak terkandas ketika bercuti. Tips ini dikongsikan oleh Heavenly Escape Holiday melalui laman Facebook mereka. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.
TIPS TRAVEL BAGI MENGELAK DITIPU AGENCY HARAM!!!
Jangan baca tips ni kalau duit korang tu dah menggunung setinggi gunung kinabalu..

Sejak dua menjak ni ramai guest yang terkandas akibat ditipu oleh ulat agensi pelancongan. Ada yang guna nama agency ada pulak yang mengaku agensi berdaftar walaupon syarikat enterprise je.
Meh habang share sikit tips cara nak mengenal agensi berdaftar atau pon tidak. Senang ja, xsampai 5 minit kita dah boleh tau. 
Buka AppStore atau playstore kat hp korang, download app MyMotac, key in nama syarikat yang korang nak pilih tu then click enter. 
.
Jika syarikat tu berdaftar dengan kementerian pelancongan, semua detail berkenaan syarikat tu akan terpapar di screen. Jika no record tu maknanya x berdaftar la.
.
Kenapa perlu pilih agency pelancongan yang berdaftar dengan kementerian pelancongan? 
Bila berlaku kes kes penipuan, senang korang nak dakwa dye org kat mahkamah. 
.
Habang x cakap semua yang berdaftar ni bagus, at least kalau korang ditipu, ada la jugak cara korang nak dptkan balik duit korang.
Bercuti ni kita nak relax, tapi kalau terkandas tu namanya tension. Mana nak keluarkan cost lagi sekali. Hilang gitu ja mood nak bercuti.
.
Jadilah pengguna yang bijak dan buat pilihan yang bijak. Ramai ja agency berdaftar yang buat pakej murah sekarang, so korang janganlah terpedaya dgn skim percutian bajet ni ya.
.
Kalau korang rasa info yang habang kasi ni menarik, mohon ler tag kengakawan dan family members korang supaya x mnjadi mangsa pakej penipuan untuk melancong.

tips travel bagi mengelak ditipu oleh agensi pelancongan haram
tips travel bagi mengelak ditipu oleh agensi pelancongan haram
#HeavenlyEscapeHoliday
#GroundHandlerOfLangkawiIsland
#YourTravelEngineer

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...