Sunday, July 10, 2011

Demi masa


Ambil masa untuk berfikir – ia punca bagi kekuatan
Ambil masa untuk membaca – ia sumber utama pengetahuan
Ambil masa untuk merancang – ia jalan mencapai berbagai keinginan
Ambil masa untuk mendengar – ia kaedah penentu kebenaran
Ambil masa untuk membicara – ia strategi menghilang duka lara
Ambil masa untuk berunding – ia alternatif penghapus rungsing
Ambil masa untuk melihat – ia petua mengelak ralat
Ambil masa untuk menyentuh – ia cara kasih saying tumbuh
Ambil masa untuk bekerja – ia harga bagi kejayaan
Ambil masa untuk berehat – ia hadiah lelah bekerja
Ambil masa untuk beriadah – ia rahsia awet muda
Ambil masa untuk berkasih sayang – ia nikmat kebahagiaan
Ambil masa untuk berkawan – ia pintu kepada kegembiraan
Ambil masa untuk bersedekah – ia pengikat tali ukhwah
Ambil masa untuk bermuhasabah – ia tatacara menghadapi masalah
Ambil masa untuk beramal jariah – ia bekalan menghadap Allah
Ambil masa untuk berbicara dengan tuhan – ia pembuka syurga berkekalan

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...