Sesekali berterima kasihlah
Pada payah pengalaman
Kerana ia adalah kuliah kehidupan
Dari kampus alam
Yang member ijazah berani
Bagi mendewasakan diri
Sesekali berterima kasihlah
Pada luka kekecewaan
Kerana parut hitamnya
Telah mengenalkan erti kesakitan
Untuk membuat diri
Jadi waspada diperjalanan
Sesekali dalam hidup
Kita perlu merenung
Dan berterima kasih
Pada sekian banyak perkara
Yang menemukan kita pada hakikat
Tak semua harapan itu
Menjadi kenyataan
Seperti juga tak semua yang nyata itu
Adalah harapan kita
No comments:
Post a Comment