Rasanya yang lembut dan lazat juga merupakan salah satu faktor utama kek coklat sering dijadikan kek hantaran dan hadiah, tetapi, untuk bulan Ramadhan yang mulia ini apa kata anda cuba terlebih dahulu resipi kek coklat ini dan siapa tahu seandainya cubaan anda ini mampu membuahkan hasil yang lumayan? Jadi, anda bolehlah bersedia menerima tempahan-tempahan rakan-rakan, saudara mara dan jiran tetangga. Itupun boleh dikira sebagai rezeki Ramadhan juga kan? $$$
Bahan-bahan kek :
- 2 cawan tepung gandum
- 1 3/4 cawan gula
- 1 cawan serbuk koko (jenama van houten dicadangkan) jenama lain juga boleh digunakan
- 3-4 biji telur
- 1 cawan susu segar/ full cream (panas)
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh esen vanilla
- 250g butter
- 3/4 bungkus coklat masakan
- 1/3 daripada 250g butter
- 1 cawan atau lebih susu
- Chocolate rice (warna-warni nampak lebih cantik) Cara masakan untuk kek :
01.Masukkan tepung, butter, gula dan telur ke dalam sebuah bekas. Pukul adunan sehingga kembang dan sebati.
02.Setelah adunan kembang dan sebati, teruskan memukul adunan tersebut dengan kelajuan yang perlahan. Sambil memukul adunan tuangkan susu panas ke dalam adunan sedikit demi sedikit sehingga habis.
03.Kemudian setelah adunan sebati dan kelihatan likat, masukkan sedikit demi sedikit serbuk koko ke dalam bekas adunan (sambil pukul adunan tersebut dengan kelajuan sederhana). Masukkan baking powder.
04.Setelah adunan kelihatan gebu, tuangkan esen vanilla dan pukul adunan selama 3-4 minit lagi. Sekiranya adunan kelihatan terlalu pekat, anda boleh tambahkan susu atau air sedikit sehingga kelihatan sempurna.
05.Bakar adunan di dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius dalam masa 40-50 minit. Saya nasihatkan anda check keadaan kek sebaik sahaja 40 minit berlalu. Cuba cucuk dengan garfu atau lidi satay. Sekiranya masih ada sisa-sisa kek terlekat di lidi atau garfu tersebut, tambahkan lagi masa pembakaran selama 5-10 minit.
Pesanan: Pastikan sebelum anda menuang adunan tersebut di dalam loyang, sapukan keseluruhan permukaan loyang tersebut dengan butter terlebih dahulu agar adunan tidak melekat setelah dibakar. Untuk mendapatkan bentuk yang cantik, gunakan pisau untuk potong di bahagian tepi kek (yang masih berada di dalam loyang) kemudian tangkupkan kek tersebut di atas pinggan besar. Hasilnya dapatlah kek yang berbentuk cantik dan rata!
Cara masakan untuk toping kek :01.Cairkan butter di dalam periuk kecil.
02.Masukkan coklat masakan sebungkus (potong awal-awal agar cepat cair) dan setelah itu terus tuangkan susu mengikut kesesuaian.
03.Gaulkan kesemua bahan sehingga kelihatan pekat (Pekat seperti chocolate syrup)
04.Setelah pekat terus tuangkan ke atas kek tadi menggunakan senduk besar. Sapukan dengan pisau butter atau sudu untuk kemaskan topping tersebut di bahagian tepi kek. Taburkan chocolate rice dan sejukkan di dalam peti ais dengan segera

No comments:
Post a Comment