Sunday, August 14, 2011

Ikan makanan terbaik!


Ikan makanan terbaik

14 August 2011


Setiap 300 gram ikan membekalkan kira-kira satu gram omega-3.
JIKA ada makanan yang boleh dipanggil makanan super, ia adalah ikan. Kajian saintifik membuktikan minyak ikan memberi banyak kebaikan, daripada sakit jantung ke artritis, hiperaktif dan gangguan tumpuan dalam kalangan kanak-kanak, senggugut bahkan kehilangan berat badan. Seorang doktor di Sydney, Australia, Dr. Ginni Mansberg, berkata kajian-kajian sebelum ini telah memberi keputusan yang memberangsangkan.
"Sekarang kita sedang mengkaji keupayaan minyak ikan dalam menurunkan kadar trigliserida iaitu lemak yang dikaitkan dengan kolesterol dan mencegah penyakit jantung. Tetapi ada banyak lagi kebaikannya," katanya.
Kulit merupakan organ terbesar tubuh dan salah satu petunjuk paling jelas terhadap kesihatan seseorang. Kebanyakan kita menggunakan krim yang mahal untuk melindungi kulit daripada rosak. Bagaimanapun, pakar berkata asid lemak ikan bermanfaat untuk kulit. Seorang pakar dermatologi dari Dermatologi Sydney Utara, Dr. Nina Wines, berkata banyak bukti menunjukkan minyak ikan juga baik untuk kulit.

Namun, sesetengah dakwaan masih dikaji. "Bukti minyak ikan sebagai pelindung terhadap sinaran ultra ungu masih memerlukan kajian lanjut. Kaitan minyak ikan dengan penyakit Alzheimer juga sedang dikaji," kata Wines.
Khasiat minyak ikan datangnya daripada asid lemak omega-3. "Apa yang menarik, tubuh manusia tidak menghasilkan omega-3," kata Mansberg. Omega-3 diketahui dapat mengurangkan rasa sakit selain menghalang darah daripada mudah beku.

Minyak ikan boleh diperoleh dengan makan ikan atau mengambil suplemen. Spesies ikan yang kaya omega-3 termasuk makerel, tuna, salmon, sturgeon, sardin, hering dan trout. Setiap 300 gram ikan membekalkan kira-kira satu gram omega-3. "Sangat sedikit orang yang makan ikan dengan cukup. Jadi saya cadangkan mereka mengambil suplemen," kata Mansberg.

kredit : kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...