Sunday, August 7, 2011

"Memori Daun Pisang"



Bukannya nk ajak anda berdangdut ketika membaca, tapi nak ajak anda berdangdut di dapur. Bila teringat lagu dangdut Memori Daun Pisang yang sering diputarkan di radio suatu ketika dahulu teringin pula nk makan nasi lemak nasi daun pisang. Jarang ditemui dan kalau ada terjual kat mana-mana pun, belum tentu dapat rasa yang betul-betul ummmpphhh... Jadi apa kata kita cuba try test sendiri kepakaran yang kita ada. Mana nak tau, kemungkinan nasi lemak daun pisang kita buat sendiri lebih sedap dari yang ada di kedai. Apa lagi, jom kita share apa yang patut... selamat mencuba..:)
Bahan-Bahan Nasi :
  • 1 pot beras (rendam 1/2 jam)
  • 1 inci halia(kopek kulit dan ketuk pakai anak lesung biar pecah sikit
  • 1 sudu kecil halba (penambah rasa)
  • 1 cwn santan pekat
  • 1 cawan air
  • 2 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa
Bahan-Bahan Sambal :
  • 2 biji bawang besar(1 biji mayang, 1 biji lagi utk bahan kisar)
  • 10 - 15 btg cili kering
  • 2 ulas bawang putih
  • Belacan (besar ibu jari)
  • 50 gram ikan bilis
  • Gula & Garam
  • Minyak utk menumis
Cara masakan :
01.Basuh beras dan tos kan
02.Masuk ke dalam periuk bersama, santan, air, daun pandan, halia dan garam. Kacau rata dan masak seperti masak nasi biasa.
03.Bila air sudah kering, koyak sedikit daun pisang dan tutup atas nasi, kemudian tutup periuk dan biar nasi tanak (bau nyer harum..)
04.Untuk membuat sambal blend cili kering, ikan bilis,bwg putih,bwg besar & belacan. Mayang 1 biji bwg besar.
05.Tumis bwg besar yg dimayang tu hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar. Masak sampai sambal agak kering. Kemudian, perisakan dgn garam & gula.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...