Artikel ini diterima melalui email untuk dikongsi di sini, semoga kita berlumba-lumba mencari malam yang penuh berkat ini dengan amalan yang istiqamah. Jangan tunggu-tunggu, tahun depan belum tentu kita akan menemui Ramadhan lagi…
“Mencari Lailatul Qadar”Dari ‘Ubadah bin As-Samit r.a, dia berkata : Rasulullah saw keluar untuk mengkhabarkan (malam) lailatul qadar kepada orang ramai, kemudian terdapat dua orang dari kalangan muslimin yang saling berselisih. Lantas Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya aku keluar hendak mengkhabarkan (malam) lailatul qadar kepada kalian, namun aku mendapati perselisihan antara Fulan dan Fulan sehingga laitatul qadar diangkat kembali, boleh jadi hal itu adalah lebih baik buat kalian, maka carilah lailatul qadar pada hari kesembilan, ketujuh, dan kelima.” [5589] Sahih Bukhari[Beliau adalah Ubadah bin Ash Shamit bin Qais dan gelarannnya adalah Abu Al-Walid Al-Ansari. Beliau adalah salah seorang pejuang Badar dan semua peperangan yang diikuti oleh Rasulullah saw. Selain itu beliau juga adalah antara pemimpin kaum Ansar ‘Baiah al-Aqabah’ kedua (perjanjian setia keimanan dan taat setia kepada Rasulullah saw). Beliau meninggal di Ramallah Palestin pada 34 Hijrah. ]Beberapa pelajaran:1. Lailatul qadar adalah sesuatu hal yang besar yang perlu dicari oleh setiap orang yang beriman. Antara kelebihan malam ini disebutkan dalam sebuah hadis;Dari Abu Hurairah r.a, dia berkata : Ketika Ramadhan tiba, Rasulullah saw bersabda: “Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan bulan yang penuh berkah. Di dalamnya Allah mewajibkan kalian berpuasa; di dalamnya pintu-pintu syurga dibuka lebar dan pintu-pintu neraka ditutup rapat dan syaitan-syaitan dibelenggu. Pada bulan Ramadhan ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, dan barangsiapa tidak mendapati malam itu maka ia telah kehilangan pahala seribu bulan.” [9133] Sahih Riwayat Ahmad2. Rahmat dari Allah Subhana wa Ta’ala akan ditarik kembali jika kaum Muslimin saling berselisih apalagi apabila saling mencela dan melaknat sesama umat Islam. Perselisihan pendapat itu adalah perkara biasa, tetapi apabila berkaitan dengan agama, hendaklah kembali kepada Allah dan Rasul-Nya (Al-Quran dan Al-Sunnah).3. Namun setiap yang berlaku itu ada hikmahnya dan antara hikmah dalam hadis di atas adalah supaya umat Islam sentiasa berusaha (berdoa dan beramal) dalam pencarian malam lailatul qadar itu dan tidak hanya menunggu sahaja dan meninggalkan amalan lain. Sedangkan yang lebih baik adalah amal yang sedikit dan berterusan daripada amal yang setahun sekali sahaja dikerjakan.Selain itu hadis di atas juga menerangkan supaya umat Islam hendaklah saling bertolak ansur dan bersatu padu. Perselisihan hanya membuatkan umat Islam saling goyah dan lemah dan yang paling buruk adalah jauh dari rahmat Allah Subhana wa Ta’ala.4. Walaubagaimanapun, sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Rasulullah saw telah pun memberi beberapa ‘hint’ dalam pencarian malam lailatul qadar iaitu pada hari kesembilan, ketujuh dan kelima terakhir dalam bulan Ramadhan. Dalam sebuah hadis yang lain disebutkan;Dari ‘Aisyah r.ha : Rasulullah saw bersabda: “Carilah Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dalam sepuluh malam yang akhir dari Ramadhan”. [1878] Sahih BukhariTambahan :
Seeloknya solat terawih itu diadakan pada sepertiga malam yang terakhir dan jika ada masjid yang boleh membangunkan hal ini pada sepuluh malam yang terakhir Ramadhan adalah sangat baik.5. Memperbanyakkan amalan pada akhir Ramadhan. Kebanyakan umat Islam sekarang, apabila semakin berakhir Ramadhan maka mereka juga semakin jauh dari amal ibadat. Contohnya terawih pada hari pertama, seolah-olah seperti solat Jumaat. Tetapi semakin berkurangan apabila menghampiri Syawal, sedangkan pada malam terakhir itulah ‘kemungkinan’ malam lailatul qadar.Jika dilihat secara logik, seolah-olah kitalah yang tidak inginkan pahala seribu bulan itu dan membiarkannya berlalu kosong setiap tahun tanpa berusaha.Semoga hadis di atas sedikit sebanyak memberi motivasi dan kekuatan kepada kita agar dapat terus mencari lailatul qadar dan semoga Allah yang Maha Penyayang mengurniakan kepada kita nikmat lailatul qadar yang dicari-cari ini. Amin..
No comments:
Post a Comment