Tuesday, August 9, 2011

Pizza Hawaiian Chicken



Bahan-bahan ( 3 biji pizza saiz 8" )

  • Bahan untuk doh :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 125 ml air suam
  • 1 paket yis segera(11 gm)
  • 2 camca besar mentega atau minyak zaitun
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1-2 sudu besar shortening
  • Bahan untuk topping :
  • Sedikit butter
  • 1/2 tin tomato puree atau secukupnya
  • 2 keping dada ayam.dipotong kecil,nipis
  • 1 sudu kecil dried oregano
  • 1 biji bawang besar(kuning)-dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih,dicincang
  • Parutan cheese mozarella
  • Parutan cheese cheddar
  • 1 biji capsicum hijau,1 biji capsicum merah,dipotong bulat
  • 1/2 tin cendawan butang dipotong nipis. boleh jugak gune yang fresh-dlm 6-7 biji
  • beberapa gelang nenas dalam tin,dipotong kecil
  • 3 sudu besar jus nenas
  • 1 sudu kecil maggi chicken granules

Cara-cara

  1. Panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  2. Masukkan ayam,oregano,jus nenas(dari tin),chicken granules dan sedikit garam.Kacau.Biarkan hingga ayam masak.Angkat dan ketepikan
  3. Cara membuat doh :
  4. Bancuh yis serta gula dengan 3 sudu air suam , kacau rata dan tunggu berbuih.
  5. Dalam mangkuk besar,gaul garam dengan tepung hingga rata kemudian buat lubang dibahagian tengah tepung,tuang bancuhan yis dan air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh
  6. Uli hingga lembut dan masukkan shortening kemudian masukkan mentega atau minyak zaitun dan uli hingga doh licin dan tidak melekat pada jari (uli anggaran 10-15 minit) .
  7. Doh yang dah cantik diuli menjadi bentuk bulat dibiarkan rehat di dalam bekas kemudian tutup dengan kitchen towel dan biarkan 40 minit atau hingga naik sekali ganda.
  8. Bila doh dah naik cantik , tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan udara dan uli sikit lagi kemudian doh ni boleh la di canai dalam anggaran setebal 0.5 cm dan masukkan dalam pizza pan ,gune jari untuk leperkan doh dan tekan sampai doh menutupi seluruh pemukaan pizza pan.Cucuk pemukaan doh dengan garfu dan bakar doh pada suhu 180`C selama 10-15 minit . Bila doh dah masak keluarkan dan ketepikan sekejap bagi sejuk sikit .
  9. Sapukan sedikit butter atas doh yang dah dibakar tadi diikuti dengan tomato puree,hingga menutupi seluruh permukaan doh
  10. Kemudian,letakkan ayam yang dah dimasak tadi,cendawan,capsicum dan nenas.Taburkan sedikit dried oregano
  11. Las skali,taburkan cheese2 dengan memenuhi keseluruhan pizza. Masukkan pizza ke dalam oven dan bakar selama 20minit pada suhu 180 darjah celcius atau sehingga topping masak kekuningan .

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...