Saturday, September 3, 2011

Adakah kita sudah terlambat??




hidup ini ibarat pentas bermain catur. kita melihat permainan, dan kita merancang corak permainan kita.

ada masa kita bertahan, ada masa kita menyerang. ada masa kita mempunyai kelebihan, dan ada masa kita melakukan kesalahan.

begitulah catur.

segala yang dimahukan adalah kesempurnaan. tersilap walaupun sedikit, akan mengundang padah. perancangan sudah teliti. segalanya kelihatan begitu sempurna.

kerana mahu mengelak kesilapan, mengeliminasi kekhilafan, kita sering menumpukan pada satu strategi itu untuk suatu jangka masa.

kadang-kadang kita tersangkut. perancangan yang kelihatan sangat sempurna pada awalnya seakan-akan menyukarkan lagi keadaan.

pada tika itu, kita akan menggunakan banyak masa yang kita ada untuk kembali memulihkan strategi itu.

hingga kita tidak sedar, masa terus berlalu meninggalkan kita. masa diperuntukkan hanya sekejap. sedar-sedar, jarum jam catur sudah menyentuh bendera..

pada tika itu baru kebanyakan dari kita akan tersedar bahawa kita terlalu menumpukan pada sesuatu yang belum pasti itu terlalu lama.

pada tika itu baru kebanyakan dari kita akan tersedar bahawa masa yang telah kita luangkan tadi mampu digunakan untuk memikirkan satu strategi yang lebih baik.

mampu menjana gerakan-gerakan lain diluar jangka strategi yang mampu membiarkan lawan berfikir.

mampu memikirkan sesuatu untuk bermain dengan tempo permainan.

namun semua itu kita hanya sedar pabila jarum jam chess itu sudah menyentuh bendera. menunjukkan, masa kian menghampiri penghabisannya.

adakah kita sudah terlambat??

masa itu, kita hanya akan gerakkan bidak mengikut apa yang terbaik terlintas di kepala.
bergerak dengan sangat laju.

sudah hilang justifikasi dalam gerakan

pada masa itulah BLUNDERS akan berlaku

jika ada rezeki, kita akan menang jua akhirnya. mungkin kerana rezeki.

jika ada rezeki, kita mampu mencari seri setelah perit berfikir

tetapi, selalunya kita akan kecundang dek tekanan masa
kualiti gerakan akan semakin merudum
idea yang terpancul ialah tanpa justifikasi yang perfect

sudah hilang justifikasi dalam gerakan. pada masa itulah blunders akan berlaku

akhirnya kita kalah. permainan tamat.



checkmate!

kemudian, selalunya kita akan berfikir

"kalaulah aku tidak menumpukan pada strategi itu terlalu lama, sudah tentu....."

"kalaulah dalam masa yang ada itu, aku bermain dengan tempo dulu untuk melihat gerakan lawan, sudah tentu....."

"kalaulah aku mempunyai plan B ketika menyerang itu, dah tentu....."

"kalaulah aku tak buat SILLY BLUNDER itu, sudah tentu....."

***pengajaran***

jika tidak yakin dengan kejayaan sesuatu perancangan itu, sentiasa fikirkan jalan lain untuk jayakan matlamat. yang penting matlamat sampai!

jangan terlalu menumpukan banyak masa terhadap perkara yang menyulitkan hingga terabai segala benda yang lain!

SO...

kalau cari artikel untuk IA Econs tu tak jumpa2, jangan laa spend masa sampai 3-4 hari dok cari. tak jumpa, lepas tu tension. makan, tido! siapkan yang lain dulu!

Worldlit tak repair lagi, TOK essay entah ke mana. haisy! abes masa macam tu jaa..

bai2 econs..welcome world literature..haha

~post ini sekadar untuk renungan bersama~

^_^

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...