Majoriti lelaki dekat luar sana minat tengok bola dan main bola.Rasanya masing-masing ada teamkesayangan sendiri.Itu yang sampai beli jersi,poster player atau team dan sebagainya..Tak salah.

Haram memakai jersi lambang salib
Saya sendiri minat team bola Chelsea,AC Milan dan Barcelona.Dari tiga team hebat tu,satu je yang lulus.Chelsea FC.Sebab apa?Satu sebab,lambang logo yang tertampal dekat jersi tu ada lambang salib.Tak percaya?.

Lambang salib pada jersi AC Milan (Itali)

Lambang salib pada jersi Brazil
Jersi Barcelona memang cantik,rasa nak beli tapi lambang salib tu tak tanggal-tanggal lagi.Sama juga dengan jersi AC Milan.At the end of the day,tak tanggal salib tu..trust me.

Haram tetap haram
" dan apa-apa yang diharamkan penggunaanya, diharamkan juga mengambilnya sebagai baranngan yang disayangi ( barang dianggap berharga = masterpiece) dan perhiasan. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusuf Al-Qaradawi)
Bila berkaitan dengan isu-isu agama,kita kena ada rasa sensitif.Rasa prihatin dan tanggungjawab memelihara kesucian agama.Walau fanatik manapun kita.

Sanggupkah kita solat dengan memakai pakaian yang ada lambang syaitan ni?
Tentang isu ni,ramai ulama dah bahaskan.Mufti pun dah keluarkan fatwa pengharaman memakai jersi yang mempunyai lambang-lambang agama lain,mempromosi bank-bank yang mengamalkan riba,minuman keras,judi dan sebagainya.Memang terang lagi bersuluh kan,cukup minat tu terbatas di depan kaca TV.

Jersi yang mempromosikan minuman arak (Chang Beer)

Rasanya semua dah tahu Carlsberg tu apa kan??
Ramai yang membantah,ramai yang tidak bersetuju,dan ramai yang mengeluh bila minat dihalang.Yang sedihnya,kadang-kadang masa solat Jumaat tu,ada jugak yang pakai jersi-jersi yang telah difatwakan haram untuk dipakai.

Nak pakai jersi Barcelona ni,tapi lambang salib tu tak tanggal-tanggal dari dulu lagi
Minat tidak salah.Tapi biar kita selarikan dengan tuntutan syariat agama.Dahulukan kepentingan agama.InsyaAllah kita masih boleh hidup dengan tenang kan?.:)
Not sure if joking or pure stupid...
ReplyDeleteDiorang letak lambang tu sebab tu bendera diorang la. Memang betul ada gambar salib tapi masalahnya kalau kita pakai tidak bermakna kita sokong Christian. Semuanya bergantung kepada niat