Mari kita imbas dan selusuri kembali sejarah hidup dan jasa yang tidak ternilai yang ditinggalkan oleh seorang ulama hadis yang amat terkenal, yang mana hadis-hadis shahih yang diriwayatkannya menjadi rujukan kita semua. Hanya Allah SWT yang layak membalasnya….wallahu a’lam.
Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata:Turkistan-Rusia (atau Transoksus) merupakan daerah yang sangat luas di wilayah Asia Tengah. Wilayahnya meliputi daerah antara Sungai Jaihun (kini: Sungai Amu Darya) dan Sungai Saihun (kini: Sungai Syra Darya) serta daerah-daerah yang berada di sekitarnya. Kedua sungai itulah yang menjadi punca air di Tasik Aral (bagian negara Uzbekistan dan Kazakhstan). Dalam sejarah, Turkistan-Rusia telah dikenal oleh bangsa Arab dahulu dengan sebutan daerah belakang (sebelah timur) Sungai Jaihun. Disebut dengan Turkistan-Rusia untuk membezakannya dengan Turkistan-Cina yang kini bernama Sinkiang. Turkistan-Rusia kini terbahagi menjadi 5 negara yaitu: Kazakhstan, Kirgistan, Uzbekistan, Tajikistan dan Turkmenistan. Dan Bukhara merupakan salah satu kota terpenting di negara Uzbekistan.Bukhara adalah sebuah kota tua yang dikenal sebagai tempat pelancongan yang paling indah, memiliki kebun yang banyak dan luas serta buah-buahan yang menarik dan enak rasanya. Kota ini berada di sebelah timur Sungai Jaihun dengan jarak tempuh dua hari perjalanan, dan berada di sebelah barat Samarkand (Uzbekistan) dengan jarak tempuh lapan hari perjalanan.Kota ini telah melahirkan ahli hadis yang cukup disegani seperti Al-Imam Al-Bukhari dan lain-lain.Nasab Imam Al-BukhariTak kenal maka tak sayang, begitulah pepatah mengatakan. Beliau adalah Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah bin Bardizbah Al-Ju’fi Al-Bukhari.Beliau dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 13 Syawal 194 Hijriah di Kota Bukhara.Bardizbah berasal dari keturunan Parsi dan beragama Majusi. Bardizbah dalam bahasa Parsi bermakna orang yang suka bercucuk tanam (petani).Al Mughirah masuk Islam melalui tangan Yaman Al Ju’fi seorang penguasa Bukhara.Oleh karena itulah Al Imam Al Bukhari disandarkan pula kepada Al Ju’fi.Mengenai Ibrahim bin Al Mughirah, Al Hafizh Ibnu Hajar berkata: “Tidak ada satu riwayat pun yang menjelaskan tentang keadaannya.” Adapun Isma’il ayah beliau, pernah meriwayatkan hadis dari Hammad bin Zaid dan Al Imam Malik serta sempat berjabat tangan dengan Abdullah Ibnul Mubarak. Kemudian orang-orang Irak meriwayatkan hadis dari Isma’il.Perjalanan Menuntut Ilmu Imam Al-BukhariAyahnya wafat ketika beliau masih kecil, dan beliau dibesarkan oleh ibunya.Beliau mulai menghafal hadis sekitar umur 10 tahun di madrasah anak-anak (Kuttab).Setelah itu, beliau belajar kepada seorang ahli hadis terkenal bernama Ad-Dakhili. Suatu hari Ad-Dakhili membacakan hadis kepada manusia:”…Sufyan (telah meriwayatkan) dari Abu Zubair, kemudian Abu Zubair (telah meriwayatkan) dari Ibrahim…” Maka beliau mengatakan kepada Ad-Dakhili: “Sesungguhnya Abu Zubair tidak pernah meriwayatkan dari Ibrahim.” Maka Ad-Dakhili marah kepada beliau. Beliau berkata kepada Ad-Dakhili: “Cuba lihat kitab catatanmu!” Maka masuklah Ad-Dakhili ke rumahnya kemudian melihat kepada kitab catatannya, ternyata benarlah apa yang dikatakan oleh beliau. Selanjutnya Ad-Dakhili bertanya kepada beliau: “Bagaimana sanad yang benar wahai anak muda?” Maka beliau menjawab: “ Dia adalah Az-Zubair bin ‘Adi meriwayatkan dari Ibrahim (jadi bukan Abu Zubair).” Ad-Dakhili meminjam pena kepada beliau dan membenarkan catatannya, kemudian mengatakan kepada beliau: “Kamu benar.”Peristiwa itu terjadi pada saat beliau berusia 11 tahun.Ketika usia 16 tahun, beliau telah menghafal kitab-kitab karya Abdullah bin Al-Mubarak, Waki’, serta berbagai pendapat ulama kota Ray.Bahkan pada usia 18 tahun beliau menulis kitab yang berjudul “Qadhaya Ash Shahabah wat Tabi’in wa Aqawilihim”.Memang semenjak kecilnya beliau telah sibuk menuntut ilmu. Beliau belajar kepada para ahli hadis di kota Bukhara seperti Muhammad bin Sallam Al-Bikandi, Muhammad bin Yusuf Al-Bikandi, Abdullah bin Muhammad Al-Musnadi dan Ibnul Asy’ats serta selain mereka.Kemudian pada tahun 210 Hijriah beliau pergi menunaikan ibadah haji ke Kota Mekah bersama ibu dan saudara laki-lakinya yang bernama Ahmad bin Ismail. Setelah selesai menunaikan ibadah haji, si ibu beserta Ahmad bin Ismail kembali ke kampung halaman mereka. Sementara beliau tetap tinggal di kota Mekah untuk menuntut ilmu. Di Kota Mekah, beliau belajar dengan Al-Humaidi dan lain-lain. Kemudian di Kota Madinah, beliau belajar dengan Abdul ‘Aziz Al-Uwaisi, Mutharrif bin Abdillah dan lain-lain. Di sanalah beliau menulis kitab yang berjudul “At-Tarikh”. Kemudian beliau mengembara ke berbagai negeri untuk menuntut ilmu dengan para ahli hadits, seperti ke negeri Khurasan, Syam, Mesir, berbagai kota di Iraq dan berkali-kali beliau mengunjungi kota Baghdad.Jumlah total guru-guru beliau mencapai 1080 orang.Kisah Keajaiban Hafalan Imam Al-BukhariBeliau dikenali memiliki kecerdasan dan kekuatan hafalan yang luar biasa. Beliau mengatakan: “Aku hafal 100.000 hadits shahih dan 200.000 hadits dhaif.”Suatu ketika beliau pernah mengambil sebuah kitab tentang ilmu kemudian kitab tersebut beliau amati mulai dari awal sampai akhir dengan sekali pengamatan, maka beliau telah menghafal semua hadis yang ada di dalamnya.Hasyid bin Ismail dan selainnya menceritakan: “Dahulu Abu Abdillah Al-Bukhari belajar bersama kami kepada para ulama Bashrah, ketika itu beliau masih muda. Beliau tidak menulis hadis yang disampaikan oleh guru. Hal itu berlangsung selama beberapa hari. Maka kami berkata kepadanya: “Sesungguhnya engkau belajar bersama kami tapi engkau tidak menulis. Lalu apa yang kamu lakukan? Maka setelah berlalu 16 hari beliau berkata kepada kami: ‘Sesungguhnya kalian berdua terus-menerus mengeluhkanku. Cuba tunjukkan kepadaku hadis yang telah kalian tulis!’ Maka kami tunjukkan kepada beliau hadis yang telah kami tulis. Kemudian beliau menambahkan 15,000 hadis (ke dalam catatan kami) yang dia bacakan dari hafalannya sampai kami membenarkan catatan kami dari hafalan beliau.Dikisahkan pula suatu ketika Al-Imam Al-Bukhari singgah di kota Baghdad. Apabila mendengar kedatangan beliau, para ahli hadis kota Baghdad berkumpul dan bermusyawarah untuk menyambut kedatangan beliau. Akhirnya diambillah kesepakatan untuk menguji kekuatan hafalan beliau. Kemudian para ahli hadis mengumpulkan seratus hadis. Seratus hadis tersebut dicampur-adukkan, baik matan maupun sanadnya. Setelah itu, dibahagikan kepada sepuluh orang ahli hadis, sehingga masing-masing membawa sepuluh hadits.Untuk memendekkan cerita tibalah saat yang dinantikan. Manusia pun berkumpul untuk menyaksikan majlis tersebut. Mulailah salah seorang penguji menyampaikan hadis satu per satu kepada Al-Bukhari. Tatkala si penguji menyampaikan hadis pertama, Al-Bukhari menyatakan tidak tahu. Sampai penguji pertama selesai menyampaikan sepuluh hadis, Al-Bukhari tetap menjawab: “Tidak tahu.” Para ahli hadis yang hadir dalam acara tersebut terlihat saling memandang satu sama lain seraya berkata: “Laki-laki ini benar-benar mengetahui.” Sedangkan orang-orang yang awam justru menyangka sebaliknya iaitu Al-Bukhari tidak tahu apa-apa. Kemudian tiba giliran penguji kedua. Mulailah ia menyampaikan sepuluh hadis satu per satu. Dan Al-Bukhari tetap menjawab, “Tidak tahu.” Demikian seterusnya penguji ketiga, keempat sampai penguji kesepuluh telah menyampaikan seluruh hadisnya, Al-Bukhari tetap menjawab: “Tidak tahu.” Kemudian Al-Bukhari mengatakan kepada penguji pertama: “Hadis pertama yang engkau bacakan adalah demikian dan demikian maka yang benar adalah demikian dan demikian.” Demikianlah Al-Bukhari menyebutkan kembali hadis tersebut sama seperti yang dibacakan oleh sang penguji, kemudian beliau membenarkan letak kesalahannya. Beliau melakukan hal ini mulai dari hadis pertama sampai hadis ke seratus. Manusia pun mengakui akan kehebatan hafalan beliau.
1.Al-Adab Al-Mufrad2.Raf’ul Yadain fi Shalat3.Al-Qira’ah Khalfa Al-Imam4.Khalqu Af’alil ‘Ibad“Semua orang menunduk di hadapan Al-Bukhari, yang menakjubkan dari beliau bukan pada sisi kemampuan membenarkan hadis yang salah kerana beliau memang seorang penghafal hadis. Namun yang menakjubkan adalah kemampuan beliau menyebutkan kembali hadis-hadis yang telah dicampur-adukkan tadi secara tertib dan mengikut urutan hanya dengan sekali dengar.”Ibadah dan Akhlak Imam Al-BukhariPara ulama Bashrah mengatakan: “Tidak ada di dunia ini orang yang seperti Muhammad bin Ismail Al-Bukhari dalam masalah ilmu dan akhlak.”Muhammad bin Yahya Adz-Dzuhli mengatakan kepada penduduk Naisabur ketika Al-Bukhari berkunjung ke negeri Naisabur: “Pergilah kalian kepada laki-laki yang soleh tersebut dan dengarlah hadis darinya.”Al-Husain bin Muhammad As Samarqandi berkata: Muhammad bin Ismail Al-Bukhari dikhususkan dengan tiga sifat terpuji: sedikit berbicara, tidak rakus terhadap sesuatu yang ada di tangan manusia, tidak sibuk dengan urusan orang lain dan seluruh kesibukan beliau adalah dalam masalah ilmu.”Sulaiman bin Mujahid berkata: “Belum pernah aku melihat dengan mata kepala sendiri semenjak 60 tahun yang lalu orang yang paling faqih, paling wara’ dan paling zuhud di dunia daripada Muhammad bin Ismail.”Al-Imam Al-Bukhari mengkhatamkan Al-Qur’an setiap siang hari di bulan Ramadhan. Kemudian di waktu malam harinya beliau mengkhatamkannya setiap tiga malam sekali pada waktu solat Tarawih. Beliau rajin melaksanakan solat malam sebanyak 13 rakaat pada waktu sahur setiap hari.Suatu hari beliau diundang dalam satu keperluan di kebun milik muridnya. Kemudian beliau melaksanakan solat zuhur dan solat sunnah bersama mereka. Maka tatkala selesai dari solat, beliau mengangkat ujung pakaiannya kemudian berkata kepada seseorang: “Tolong lihatlah apakah ada sesuatu di bawah pakaianku?” ternyata seekor kumbang besar telah menyengat beliau sebanyak 16 atau 17 sengatan. Yang menyebabkan bengkak pada tubuh beliau. Kemudian ada seseorang yang berkata kepada beliau: “Mengapa engkau tidak membatalkan solat ketika kumbang tersebut mulai pertama kali menyengat?” Kata beliau: “Aku saat itu sedang membaca surat, dan aku tidak ingin memutus surat tersebut.”Beliau pernah mengatakan: “Aku tidak lagi berbuat ghibah kepada seorangpun semenjak aku mengetahui bahwa perbuatan ghibah akan membahayakan pelakunya.”Karya Tulis Imam Al-BukhariBeliau banyak menghasilkan karya tulis dalam berbagai disiplin ilmu.. Diantaranya: Al-Jami’ Ash Shahih Al-Musnad Min Haditsi Rasulillah wa Sunanihi wa Ayyamihi atau Shahih Al-Bukhari.Ini adalah sebuah kitab kumpulan hadis yang mengandungi hadis-hadis yang shahih. Beliau menyusun kitab ini selama 16 tahun. Tidaklah beliau mencantumkan satu hadis dalam kitab tersebut kecuali beliau mandi terlebih dahulu kemudian solat dua rakaat.
Di kutip dari:5.At-Tarikh Al-Kabir dll.Kewafatan Iman Al-BukhariBeliau pernah mengalami ujian yang berat dalam hidupnya. Ada sebahagian orang yang iri dengan kelebihan yang Allah Ta’ala berikan kepada beliau. Maka mereka pun menyebarkan isu bahwasanya beliau memiliki keyakinan yang mengarah kepada pendapat “ Al-Qur’an adalah makhluk”, sebuah keyakinan yang kufur. Beliau akhirnya mengalami beberapa kali pengusiran mulai dari daerah Naisabur, Bukhara dan terakhir Khartanka. Beliau hadapi semua itu dengan penuh ketabahan, dengan tidak melakukan reaksi apapun.Suatu malam beliau pernah berdoa: “Ya Allah sesungguhnya bumi yang luas ini telah terasa sempit bagiku, maka matikanlah aku.” Tidak sampai sebulan setelah itu beliau meninggal dunia. Beliau meninggal pada malam Sabtu bertepatan dengan malam Idul Fitri selepas selesai solat ‘Isya´. Dan dikuburkan pada keesokan harinya setelah solat zuhur pada tahun 256 Hijriah di desa Khartanka sebahagian dari kota Samarkand. Beliau wafat pada usia 62 [A1] tahun. Semoga Allah merahmati beliau rahimahullah, dan memasukkannya ke dalam Al-Jannah (Surga). Amin.Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata: “Kalau seandainya pintu pujian para ulama belakangan terhadap beliau dibuka, nescaya akan menghabiskan lembaran kertas dan menghabiskan nafas manusia, kerana yang demikian merupakan lautan yang tiada batas.“Wallahu a`lam bishshawab.
http://www.buletin-alilmu.com/al-imam-al-bukhari-rahimahullah-sosok-ahli-hadits-dari-kota-bukharaIamam
No comments:
Post a Comment