Showing posts with label Hadis. Show all posts
Showing posts with label Hadis. Show all posts

Sunday, January 14, 2018

Penghidupan yang baik

Penghidupan yang baik (Hayatan Toyyibah) merangkumi 5 unsur, iaitu:
1. Rezeki yg diperoleh dengan cara yg baik dan halal, yg kemudiannya dibelanjakan pada jalan Allah.

2. Qana’ah (merasa puas dengan apa yg dimilikinya).

3. Taufiq yg didapatnya sebagai hasil daripada ketaatannya dalam memenuhi ketentuan dan petunjuk-Nya.

4. Sa’adah atau kebahagiaan yg didapat setelah terpenuhnya keperluan hidupnya, terutama keperluan rohaninya.

5. Jannah atau syurga yg merupakan tempat tinggal yg penuh dengan rahmat dan kurnia-Nya.

Kelima-lima unsur tersebut mestilah terlebih dahulu melalui dua jalan, iaitu:

1. Jalan amal soleh.

2 Jalan iman – setiap amal soleh yg dilakukan hendaklah berdasarkan kepada keimanan yg mutlak kepada Allah. Amalan baik yg dikerjakan tanpa didasari iman adalah sia-sia belaka.

(~ Imam Qurthubi)

Sunday, September 23, 2012

Waktu sunat menggosok gigi atau bersiwak


Mari sama-sama kita amalkan sunnah Nabi SAW….
Waktu-Waktu Sunat Menggosok Gigi
1) Ketika bangun tidur
Ini berdasarkan hadis dari Hudzaifah RA dia berkata :
عن حذيفة؛ أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان إذا قام من الليل يشوص فاه بالسواك
Adalah Rasulullah SAW apabila bangun daripada tidur di waktu malam, Baginda SAW membersihkan mulutnya dengan bersiwak (gosok gigi). (Sahih Muslim:255)
2) Setiap kali hendak berwudhu
Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لولا أن أشق على أمتي لأمرتهم بالسواك عند كل وضوء
“Kalau aku tidak khuatir menyusahkan umatku, nescaya aku akan perintahkan untuk menggosok gigi setiap kali berwudhu.” (Di riwayat di dalam al-Bukhari tanpa sanad. Ibn Khuzaimah mengsahihkannya di dalam Sahih Ibn Khuzaimah:140)
3) Setiap kali hendak solat
Dari Abu Hurairah ra,Rasulullah SAW bersabda:
“لولا أن أشق على المؤمنين (وفي حديث زهير، على أمتي) لأمرتهم بالسواك عند كل صلاة”
Kalau aku tidak khuatir menyusahkan orang beriman atau umatku, nescaya akan aku perintahkan untuk menggosok gigi setiap kali bersolat. (Muslim:252)
4) Ketika hendak masuk ke rumah
Dari ‘Aisyah RA, beliau berkata:
عن عائشة؛ أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل بيته بدأ بالسواك
Rasulullah SAW apabila hendak masuk ke dalam rumahnya, baginda SAW akan memulakan dengan menggosok gigi. (Muslim: 253)
5) Di saat mulut mula berbau, kekuningan, selepas makan dan minum dan lain-lain.
Ini kerana bersiwak (menggosok gigi dianjurkan untuk menjaga kebersihan dan kesihatan.
6) Ketika hendak membaca al-Quran
Ini berdasarkan riwayat daripada Ali bin Abi Talib RA, Rasulullah SAW bersabda:
وعن علي رضي الله عنه أنه أمر بالسواك وقال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
إن العبد إذا تسوك ثم قام يصلي قام الملك خلفه فيستمع لقراءته فيدنو منه أو كلمة نحوها حتى يضع فاه على فيه فما يخرج من فيه شيء من القرآن إلا صار في جوف الملك فطهروا أفواهكم للقرآن
Sesungguhnya, apabila seorang hamba menggosok gigi, kemudian mendirikan solat, maka seorang malaikat berdiri di belakangnya dan mendengar bacaannya. Kemudian malaikat itu mendekatinya (kata perawi: atau menyatakan kalimat yang serupa) lalu meletakkan mulutnya ke mulut orang tersebut sehingga tiada ayat-ayat al-Quran yang keluar dari mulutnya kecuali akan masuk ke dalam perut-perut malaikat. Oleh yang demikian, sucikanlah mulut kamu bila hendak membaca al-Quran. (Di riwayatkan oleh al-Bazzar dengan sanad yang baik. Al-Albani menyatakan ia hasan sahih, lihat Sahih at-Targhib wa at-tarhib:215)

Sunday, December 4, 2011

Nas puasa sunat bulan Muharram

Tarikh 9 dan 10 Muharram (Hari Asyura) tahun 1433H jatuh pada 5 dan 6 Disember 2011 (Isnin dan Selasa) di Malaysia.
Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi SAW tiba di Madinah, baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, “Hari apa ini ?”. Jawab mereka, “Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya”. Sabda Nabi, “Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa”. Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura.” (HR Al Bukhari)
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.” (HR Al Baihaqi)
“Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah (puasa) di bulan Allah (yaitu) Muharram. Sedangkan solat yang paling utama setelah (solat) fardhu adalah solat malam.” (HR Muslim, no. 1163)

Tuesday, October 11, 2011

Empat perkara yg mematikan hati,


“Saidina Ali r.a. berkata ada empat perkara yg mematikan hati, iaitu :
1. Dosa yg bertumpuk tumpuk
2. (mendengarkan) gurauan, lawak jenaka yg berlebihan,
3. Selalu bersikap kasar terhadap kaum wanita,
4. Duduk bersama orang-orang mati
lalu ada sahabat bertanya, ”Siapakah orang orang mati itu ya Amirul Mukminin?”
Ali r.a. menjawab,” Iaitu setiap hamba yg hidup bergelumang dalam kemewahan.”

Saturday, October 8, 2011

Perkara yang disembunyikan


“Sesungguhnya Allah SWT telah menyembunyikan enam perkara dalam enam perkara iaitu :

* Allah SWT telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.


* Allah SWT telah menyembunyikan murka-Nya dalam maksiat.


* Allah SWT telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.


… * Allah SWT telah menyembunyikan Lailatul Qadar dalam bulan Ramadhan.


* Allah SWT telah menyembunyikan solat yang paling utama dalam solat
(yang lima waktu).


* Allah SWT telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat dalam
semua hari..” 
~ Hukamah

Friday, September 30, 2011

Pergantungan kepada Allah SWT

“Bagi orang beriman, pergantungan kepada Allah s.w.t membuat hati tidak berputus asa dalam menghadapi dugaan hidup. Bagi orang yang tidak beriman, pergantungan mereka hanya tertuju kepada ilmu, keupayaan dan usaha mereka.” ~ Syarah Al-Hikam

Thursday, September 29, 2011

Syukur yang sebenar

Syukur itu dengan hati, lisan dan anggota badan.” ~ Imam Ibnu Rajab

Yang paling mulia di sisi Allah SWT

Maksud Hadis Nabi SAW: “Tidak ada sesuatu yg lebih mulia di sisi Allah daripada do’a.” (HR Ibnu Majah 3819)

Sunday, September 25, 2011

Imam Al-Bukhari – Ulama Hadis Shahih terkenal dari Bukhara (Uzbekistan)


Mari kita imbas dan selusuri kembali sejarah hidup dan jasa yang tidak ternilai yang ditinggalkan oleh seorang ulama hadis yang amat terkenal, yang mana hadis-hadis shahih yang diriwayatkannya menjadi rujukan kita semua. Hanya Allah SWT yang layak membalasnya….wallahu a’lam.
Turkistan-Rusia (atau Transoksus) merupakan daerah yang sangat luas di wilayah Asia Tengah. Wilayahnya meliputi daerah antara Sungai Jaihun (kini: Sungai Amu Darya) dan Sungai Saihun (kini: Sungai Syra Darya) serta daerah-daerah yang berada di sekitarnya. Kedua sungai itulah yang menjadi punca air di Tasik Aral (bagian negara Uzbekistan dan Kazakhstan). Dalam sejarah, Turkistan-Rusia telah dikenal oleh bangsa Arab dahulu dengan sebutan daerah belakang (sebelah timur) Sungai Jaihun. Disebut dengan Turkistan-Rusia untuk membezakannya dengan Turkistan-Cina yang kini bernama Sinkiang. Turkistan-Rusia kini terbahagi menjadi 5 negara yaitu: Kazakhstan, Kirgistan, Uzbekistan, Tajikistan dan Turkmenistan. Dan Bukhara merupakan salah satu kota terpenting di negara Uzbekistan.
Bukhara adalah sebuah kota tua yang dikenal sebagai tempat pelancongan yang paling indah, memiliki kebun yang banyak dan luas serta buah-buahan yang menarik dan enak rasanya. Kota ini berada di sebelah timur Sungai Jaihun dengan jarak tempuh dua hari perjalanan, dan berada di sebelah barat Samarkand (Uzbekistan) dengan jarak tempuh lapan hari perjalanan.
Kota ini telah melahirkan ahli hadis yang cukup disegani seperti Al-Imam Al-Bukhari dan lain-lain.
Nasab Imam Al-Bukhari
Tak kenal maka tak sayang, begitulah pepatah mengatakan. Beliau adalah Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah bin Bardizbah Al-Ju’fi Al-Bukhari.
Beliau dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 13 Syawal 194 Hijriah di Kota Bukhara.
Bardizbah berasal dari keturunan Parsi dan beragama Majusi. Bardizbah dalam bahasa Parsi bermakna orang yang suka bercucuk tanam (petani).
Al Mughirah masuk Islam melalui tangan Yaman Al Ju’fi seorang penguasa Bukhara.
Oleh karena itulah Al Imam Al Bukhari disandarkan pula kepada Al Ju’fi.
Mengenai Ibrahim bin Al Mughirah, Al Hafizh Ibnu Hajar berkata: “Tidak ada satu riwayat pun yang menjelaskan tentang keadaannya.” Adapun Isma’il ayah beliau, pernah meriwayatkan hadis dari Hammad bin Zaid dan Al Imam Malik serta sempat berjabat tangan dengan Abdullah Ibnul Mubarak. Kemudian orang-orang Irak meriwayatkan hadis dari Isma’il.
Perjalanan Menuntut Ilmu Imam Al-Bukhari
Ayahnya wafat ketika beliau masih kecil, dan beliau dibesarkan oleh ibunya.
Beliau mulai menghafal hadis sekitar umur 10 tahun di madrasah anak-anak (Kuttab).
Setelah itu, beliau belajar kepada seorang ahli hadis terkenal bernama Ad-Dakhili. Suatu hari Ad-Dakhili membacakan hadis kepada manusia:”…Sufyan (telah meriwayatkan) dari Abu Zubair, kemudian Abu Zubair (telah meriwayatkan) dari Ibrahim…” Maka beliau mengatakan kepada Ad-Dakhili: “Sesungguhnya Abu Zubair tidak pernah meriwayatkan dari Ibrahim.” Maka Ad-Dakhili marah kepada beliau. Beliau berkata kepada Ad-Dakhili: “Cuba lihat kitab catatanmu!” Maka masuklah Ad-Dakhili ke rumahnya kemudian melihat kepada kitab catatannya, ternyata benarlah apa yang dikatakan oleh beliau. Selanjutnya Ad-Dakhili bertanya kepada beliau: “Bagaimana sanad yang benar wahai anak muda?” Maka beliau menjawab: “ Dia adalah Az-Zubair bin ‘Adi meriwayatkan dari Ibrahim (jadi bukan Abu Zubair).” Ad-Dakhili meminjam pena kepada beliau dan membenarkan catatannya, kemudian mengatakan kepada beliau: “Kamu benar.”
Peristiwa itu terjadi pada saat beliau berusia 11 tahun.
Ketika usia 16 tahun, beliau telah menghafal kitab-kitab karya Abdullah bin Al-Mubarak, Waki’, serta berbagai pendapat ulama kota Ray.
Bahkan pada usia 18 tahun beliau menulis kitab yang berjudul “Qadhaya Ash Shahabah wat Tabi’in wa Aqawilihim”.
Memang semenjak kecilnya beliau telah sibuk menuntut ilmu. Beliau belajar kepada para ahli hadis di kota Bukhara seperti Muhammad bin Sallam Al-Bikandi, Muhammad bin Yusuf Al-Bikandi, Abdullah bin Muhammad Al-Musnadi dan Ibnul Asy’ats serta selain mereka.
Kemudian pada tahun 210 Hijriah beliau pergi menunaikan ibadah haji ke Kota Mekah bersama ibu dan saudara laki-lakinya yang bernama Ahmad bin Ismail. Setelah selesai menunaikan ibadah haji, si ibu beserta Ahmad bin Ismail kembali ke kampung halaman mereka. Sementara beliau tetap tinggal di kota Mekah untuk menuntut ilmu. Di Kota Mekah, beliau belajar dengan Al-Humaidi dan lain-lain. Kemudian di Kota Madinah, beliau belajar dengan Abdul ‘Aziz Al-Uwaisi, Mutharrif bin Abdillah dan lain-lain. Di sanalah beliau menulis kitab yang berjudul “At-Tarikh”. Kemudian beliau mengembara ke berbagai negeri untuk menuntut ilmu dengan para ahli hadits, seperti ke negeri Khurasan, Syam, Mesir, berbagai kota di Iraq dan berkali-kali beliau mengunjungi kota Baghdad.
Jumlah total guru-guru beliau mencapai 1080 orang.
Kisah Keajaiban Hafalan Imam Al-Bukhari
Beliau dikenali memiliki kecerdasan dan kekuatan hafalan yang luar biasa. Beliau mengatakan: “Aku hafal 100.000 hadits shahih dan 200.000 hadits dhaif.”
Suatu ketika beliau pernah mengambil sebuah kitab tentang ilmu kemudian kitab tersebut beliau amati mulai dari awal sampai akhir dengan sekali pengamatan, maka beliau telah menghafal semua hadis yang ada di dalamnya.
Hasyid bin Ismail dan selainnya menceritakan: “Dahulu Abu Abdillah Al-Bukhari belajar bersama kami kepada para ulama Bashrah, ketika itu beliau masih muda. Beliau tidak menulis hadis yang disampaikan oleh guru. Hal itu berlangsung selama beberapa hari. Maka kami berkata kepadanya: “Sesungguhnya engkau belajar bersama kami tapi engkau tidak menulis. Lalu apa yang kamu lakukan? Maka setelah berlalu 16 hari beliau berkata kepada kami: ‘Sesungguhnya kalian berdua terus-menerus mengeluhkanku. Cuba tunjukkan kepadaku hadis yang telah kalian tulis!’ Maka kami tunjukkan kepada beliau hadis yang telah kami tulis. Kemudian beliau menambahkan 15,000 hadis (ke dalam catatan kami) yang dia bacakan dari hafalannya sampai kami membenarkan catatan kami dari hafalan beliau.
Dikisahkan pula suatu ketika Al-Imam Al-Bukhari singgah di kota Baghdad. Apabila mendengar kedatangan beliau, para ahli hadis kota Baghdad berkumpul dan bermusyawarah untuk menyambut kedatangan beliau. Akhirnya diambillah kesepakatan untuk menguji kekuatan hafalan beliau. Kemudian para ahli hadis mengumpulkan seratus hadis. Seratus hadis tersebut dicampur-adukkan, baik matan maupun sanadnya. Setelah itu, dibahagikan kepada sepuluh orang ahli hadis, sehingga masing-masing membawa sepuluh hadits.
Untuk memendekkan cerita tibalah saat yang dinantikan. Manusia pun berkumpul untuk menyaksikan majlis tersebut. Mulailah salah seorang penguji menyampaikan hadis satu per satu kepada Al-Bukhari. Tatkala si penguji menyampaikan hadis pertama, Al-Bukhari menyatakan tidak tahu. Sampai penguji pertama selesai menyampaikan sepuluh hadis, Al-Bukhari tetap menjawab: “Tidak tahu.” Para ahli hadis yang hadir dalam acara tersebut terlihat saling memandang satu sama lain seraya berkata: “Laki-laki ini benar-benar mengetahui.” Sedangkan orang-orang yang awam justru menyangka sebaliknya iaitu Al-Bukhari tidak tahu apa-apa. Kemudian tiba giliran penguji kedua. Mulailah ia menyampaikan sepuluh hadis satu per satu. Dan Al-Bukhari tetap menjawab, “Tidak tahu.” Demikian seterusnya penguji ketiga, keempat sampai penguji kesepuluh telah menyampaikan seluruh hadisnya, Al-Bukhari tetap menjawab: “Tidak tahu.” Kemudian Al-Bukhari mengatakan kepada penguji pertama: “Hadis pertama yang engkau bacakan adalah demikian dan demikian maka yang benar adalah demikian dan demikian.” Demikianlah Al-Bukhari menyebutkan kembali hadis tersebut sama seperti yang dibacakan oleh sang penguji, kemudian beliau membenarkan letak kesalahannya. Beliau melakukan hal ini mulai dari hadis pertama sampai hadis ke seratus. Manusia pun mengakui akan kehebatan hafalan beliau.
Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata:
“Semua orang menunduk di hadapan Al-Bukhari, yang menakjubkan dari beliau bukan pada sisi kemampuan membenarkan hadis yang salah kerana beliau memang seorang penghafal hadis. Namun yang menakjubkan adalah kemampuan beliau menyebutkan kembali hadis-hadis yang telah dicampur-adukkan tadi secara tertib dan mengikut urutan hanya dengan sekali dengar.”
Ibadah dan Akhlak Imam Al-Bukhari
Para ulama Bashrah mengatakan: “Tidak ada di dunia ini orang yang seperti Muhammad bin Ismail Al-Bukhari dalam masalah ilmu dan akhlak.”
Muhammad bin Yahya Adz-Dzuhli mengatakan kepada penduduk Naisabur ketika Al-Bukhari berkunjung ke negeri Naisabur: “Pergilah kalian kepada laki-laki yang soleh tersebut dan dengarlah hadis darinya.”
Al-Husain bin Muhammad As Samarqandi berkata: Muhammad bin Ismail Al-Bukhari dikhususkan dengan tiga sifat terpuji: sedikit berbicara, tidak rakus terhadap sesuatu yang ada di tangan manusia, tidak sibuk dengan urusan orang lain dan seluruh kesibukan beliau adalah dalam masalah ilmu.”
Sulaiman bin Mujahid berkata: “Belum pernah aku melihat dengan mata kepala sendiri semenjak 60 tahun yang lalu orang yang paling faqih, paling wara’ dan paling zuhud di dunia daripada Muhammad bin Ismail.”
Al-Imam Al-Bukhari mengkhatamkan Al-Qur’an setiap siang hari di bulan Ramadhan. Kemudian di waktu malam harinya beliau mengkhatamkannya setiap tiga malam sekali pada waktu solat Tarawih. Beliau rajin melaksanakan solat malam sebanyak 13 rakaat pada waktu sahur setiap hari.
Suatu hari beliau diundang dalam satu keperluan di kebun milik muridnya. Kemudian beliau melaksanakan solat zuhur dan solat sunnah bersama mereka. Maka tatkala selesai dari solat, beliau mengangkat ujung pakaiannya kemudian berkata kepada seseorang: “Tolong lihatlah apakah ada sesuatu di bawah pakaianku?” ternyata seekor kumbang besar telah menyengat beliau sebanyak 16 atau 17 sengatan. Yang menyebabkan bengkak pada tubuh beliau. Kemudian ada seseorang yang berkata kepada beliau: “Mengapa engkau tidak membatalkan solat ketika kumbang tersebut mulai pertama kali menyengat?” Kata beliau: “Aku saat itu sedang membaca surat, dan aku tidak ingin memutus surat tersebut.”
Beliau pernah mengatakan: “Aku tidak lagi berbuat ghibah kepada seorangpun semenjak aku mengetahui bahwa perbuatan ghibah akan membahayakan pelakunya.”
Karya Tulis Imam Al-Bukhari
Beliau banyak menghasilkan karya tulis dalam berbagai disiplin ilmu.. Diantaranya: Al-Jami’ Ash Shahih Al-Musnad Min Haditsi Rasulillah wa Sunanihi wa Ayyamihi atau Shahih Al-Bukhari.
Ini adalah sebuah kitab kumpulan hadis yang mengandungi hadis-hadis yang shahih. Beliau menyusun kitab ini selama 16 tahun. Tidaklah beliau mencantumkan satu hadis dalam kitab tersebut kecuali beliau mandi terlebih dahulu kemudian solat dua rakaat.
1.Al-Adab Al-Mufrad2.Raf’ul Yadain fi Shalat3.Al-Qira’ah Khalfa Al-Imam4.Khalqu Af’alil ‘Ibad
5.At-Tarikh Al-Kabir dll.
Kewafatan Iman Al-Bukhari
Beliau pernah mengalami ujian yang berat dalam hidupnya. Ada sebahagian orang yang iri dengan kelebihan yang Allah Ta’ala berikan kepada beliau. Maka mereka pun menyebarkan isu bahwasanya beliau memiliki keyakinan yang mengarah kepada pendapat “ Al-Qur’an adalah makhluk”, sebuah keyakinan yang kufur. Beliau akhirnya mengalami beberapa kali pengusiran mulai dari daerah Naisabur, Bukhara dan terakhir Khartanka. Beliau hadapi semua itu dengan penuh ketabahan, dengan tidak melakukan reaksi apapun.
Suatu malam beliau pernah berdoa: “Ya Allah sesungguhnya bumi yang luas ini telah terasa sempit bagiku, maka matikanlah aku.” Tidak sampai sebulan setelah itu beliau meninggal dunia. Beliau meninggal pada malam Sabtu bertepatan dengan malam Idul Fitri selepas selesai solat ‘Isya´. Dan dikuburkan pada keesokan harinya setelah solat zuhur pada tahun 256 Hijriah di desa Khartanka sebahagian dari kota Samarkand. Beliau wafat pada usia 62 [A1] tahun. Semoga Allah merahmati beliau rahimahullah, dan memasukkannya ke dalam Al-Jannah (Surga). Amin.
Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata: “Kalau seandainya pintu pujian para ulama belakangan terhadap beliau dibuka, nescaya akan menghabiskan lembaran kertas dan menghabiskan nafas manusia, kerana yang demikian merupakan lautan yang tiada batas.“
Wallahu a`lam bishshawab.
Di kutip dari:
http://www.buletin-alilmu.com/al-imam-al-bukhari-rahimahullah-sosok-ahli-hadits-dari-kota-bukharaIamam

Doa Nabi ketika Perang Uhud

Pada hari Perang Uhud ketika orang-orang musyrik berlari mundur, Rasulullah صلى الله عليه و سلم bersabda: “Berbarislah kalian hingga saya memuji Rabbku” lalu mereka (para sahabat) membuat barisan di belakang, lalu Rasulullah صلى الله عليه و سلم bersabda: “Ya Allah, segala puji hanya bagi-Mu, ya Allah tidak ada yang boleh mengenggam apa yang telah Engkau bentangkan dan tidak ada pula yang boleh membentangkan apa yang telah Engkau genggam. Tidak ada yang boleh memberi petunjuk terhadap siapa yang telah Engkau sesatkan, tak ada pula yang boleh menyesatkan siapa yang telah Engkau beri petunjuk. Tidak ada yang boleh memberi terhadap apa yang telah Engkau tahan dan tidak ada pula yang boleh menahan terhadap apa yang telah Engkau beri. Tidak ada yang boleh mendekatkan terhadap apa yang telah Engkau jauhkan dan tidak ada pula yang boleh menjauhkan terhadap apa yang telah Engkau dekatkan. Ya Allah bentangkan pada kami dari barakah-Mu, rahmat-Mu, kelebihan-Mu dan rezeki-Mu. Ya Allah, saya memohon kepada-Mu kenikmatan yang kekal yang tidak berlalu dan tidak pula hilang. Ya Allah, saya memohon kepada-Mu kenikmatan pada saat kefakiran, dan keamanan pada saat ketakutan. Ya Allah, saya berlindung kepada-Mu dari kejelekan apa saja yang telah Engkau berikan, dan dari kejelekan apa saja yang telah Engkau tahan. Ya Allah, cintakan pada diri kami keimanan dan hiaskanlah pada hati-hati kami, dan bencikan diri kami terhadap kekufuran, kefasikan serta kemaksiatan. Jadikan kami di antara orang-orang yang mendapat petunjuk. Ya Allah, matikan kami dalam keadaan Islam, hidupkan kami dalam keadaan Islam dan sertakan kami bersama dengan orang orang soleh yang tidak hina dan tidak pula terfitnah. Ya Allah, perangilah orang-orang kafir yang mendustakan para Rasul-Mu dan merintangi jalan-Mu, dan berikan mereka siksa-Mu dan adzab-Mu. Ya Allah, perangilah orang orang kafir yang telah diberi kitab (yahudi dan nasrani), ya Allah Ilah (Tuhan) kebenaran.” 

(HR Ahmad – 14945) Shahih

Wednesday, September 21, 2011

Keadaan umat Islam akhir zaman

“Rasulullah صلى الله عليه و سلم bersabda: “Hampir-hampir bangsa-bangsa memperebutkan kalian (umat Islam), seperti merebut makanan yang berada di mangkuk.” Seorang laki-laki berkata, “Apakah kami waktu itu berjumlah sedikit?” beliau menjawab: “Bahkan jumlah kalian pada waktu itu sangat banyak, namun kalian seperti buih di genangan air. Sungguh Allah akan mencabut rasa takut dari hati musuh kalian kepada kalian, dan akan Allah tanamkan ke dalam hati kalian Al-wahn.” Seseorang lalu berkata, “Wahai Rasulullah, apa itu Al-wahn?” beliau menjawab: “Cinta dunia dan takut mati.” (HR Abu Daud – 3745) Shahih.

Thursday, September 15, 2011

Kisah Sufi: Abu ‘Uthman Al-Hiri

Kisah salah seorang ahli sufi yang terkenal iaitu Abu ‘Uthman Al-Hiri. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan mengingtakan kita semua….
Satu hari, semasa masih kanak-kanak, beliau pergi ke sekolah ditemani oleh empat orang khadam. Beliau membawa tempat dakwat diperbuat daripada emas dan memakai pakaian yang indah-indah. Di tengah jalan dilihatnya seekor keldai yang luka belakangnya dan burung-burung mematuk tempat luka itu. Keldai itu hampir-hampir mati. Al-Hiri terus membuka pakaiannya dan membalut luka itu. Keldai itu memandangnya dengan perasaan terima kasih dan bermohon kepada Allah. Serta merta rahmat Tuhan melimpahi beliau. Semasa perjalanan pulang beliau tidak sedar diri. Beliau belajar dari Ma’az. Setelah maju sedikit dalam bidang kesufian, beliau pun meninggalkan harta kekayaannya dan rumahtangganya dan ibu bapanya. Seterusnya beliau belajar dari seorang sufi agung di zamannya bernama Syekh Syuja’ Kirmani dan Abu Al-Hafs.
Beliau sangat terkenal dalam mengawal diri dan tidak pernah marah. Satu hari ada seorang mengajaknya untuk jamuan makan. Apabila Al-Hiri datang, beliau pun dihalau dengan kata-kata yang kasar. Kemudian beliau diajak lagi. Beliau datang tetapi dihalau lagi. Beliau pun pulang. Beliau diajak lagi. Beliau pergi tapi dihalau pula. Beliau pulang. Tidak kurang tiga puluh kali perkara ini berlaku tetapi beliau tidak peduli. Akhirnya orang itu menjadi murid beliau dan menghormati beliau. Murid itu bertanya bagaimana beliau dapat menahan sabar sedemikian rupa. Al-Hiri menjawab , “ Sebenarnya tidak ada luar biasa tentang perkara itu. Apa yang saya buat , anjing pun boleh buat. Apabila diajak, dia datang; apabila dihalau dia pergi. Ini bukanlah satu tanda kewalian yang besar.”
Satu hari Al-Hiri sedang berjalan. Apabila sampai di sisi sebuah rumah dengan tidak sengaja orang rumah itu membuang sebakul abu dan jatuh ke atas kepala beliau. Murid-murid beliau ingin membalas kesalahan itu. Tetapi Al-Hiri melarang mereka dan beliau terus berdoa, katanya,” Oh Tuhan ! Aku ini berdoa dan patut benar api yang bernyala itu menimpai aku, tetapi Engkau dengan kasih saying telah menjadikan abu itu sejuk. Aku bersyukur kepada Engkau kerana kasih Mu itu “.
Satu hari, di tengah jalan beliau bertemu dengan seorang muda yang sedang mabuk dan memainkan alat muzik. Al-Hiri menangkapnya dan membawa ke rumahnya. Orang muda itu dimandikan dan diberi pakaian orang sufi. Kemudian Al-Hiri berdoa, “ Aku telah melakukan apa yang terdaya oleh ku; sekarang Engkau pulalah melakukan sesuatu.” Tiba-tiba dengan kurnia Allah orang itu pun mengalami ‘mabuk Allah’ dan mencapai taraf keruhanian yang tinggi. Bila ‘Uthman Al-Maghribi melihat ketinggian ruhaniah orang muda itu, beliau pun terasa kagum. Beliau sendiri tidak mencapai taraf seperti itu setelah berlatih selama dua puluh tahun, pada hal orang muda itu mencapainya dalam seketika sahaja dengan izin Allah. Al-Hiri berkata,” Oleh itu janganlah bergantung kepada usaha sendiri tetapi carilah kurniaan Allah dengan hati yang suci.” Mereka berdua membau mulut orang muda itu dan masih lagi ada bau arak.
Ada orang bertanya kepada Al-Hiri,” Tuan , lidah ku menyebut Allah tetapi fikiran ku melayang entah ke mana. Apa patut saya buat ?” Al-Hiri menjawab, “ Syukurlah kepada Allah kerana kurnianya dapat kamu menyebut nama Dia. Allah akan kurniakan pula kepada anggota-anggota lain jika kamu bersyukur kepada Allah.”
Al-Hiri Berkata :
1. Adalah memang keadaan cinta yang membuat kita melupakan segala yang lain kecuali Yang Di cinta.
2. Kebahagiaan di dunia ini merampas kebahagiaan di akhirat.
3. Jangan takut siapa pun atau mengharap sesuatu dari siapa pun.
4. Lebih baik membuang keduniaan.

Sunday, September 4, 2011

Terjemahan - Surah Al-Hadid : 11-15


“[11] Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat-gandakan balasannya? Dan (selain itu) ia akan beroleh pahala yang besar!
[12] (Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): “Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar”.
[13] (Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: “Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu”. (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): “Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)”, serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa.
[14] (Pada saat itu) mereka (yang munafik) menyeru orang-orang yang beriman (sambil berkata): “Bukankah kami bercampur gaul dengan kamu (di dunia dahulu)?” Orang-orang yang beriman menjawab: “Benar! Akan tetapi kamu telah membinasakan diri kamu (dengan perbuatan munafik) dan kamu telah menunggu-nunggu (kebinasaan umat Islam), dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara ugama) serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong (untuk mencapai maksud kamu), sehinggalah datangnya (maut) yang ditetapkan oleh Allah (kepada kamu). Dan (selain itu), kamu pula diperdayakan oleh bisikan Syaitan dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan azabNya).
[15] “Oleh itu, pada hari ini tidak diterima penebus diri dari kamu, dan tidak juga dari orang-orang kafir. Tempat tinggal kamu ialah neraka, nerakalah sahaja penolong kamu, dan itulah seburuk-buruk tempat kesudahan kamu!”
(QS Al-Hadid ayat 11-15)

Nak mula jana income pasif dengan Honeygain?

       Baru nak mula dengan Honeygain? 1️⃣ Install Honeygain di phone / laptop 2️⃣ Login → biarkan app running di background 3️⃣...