Sunday, September 25, 2011

Manchester United Seri Tanpa Rooney



ALEX Ferguson menjangkakan Manchester United akan terus beraksi tanpa Wayne Rooney untuk tempoh beberapa minggu.
Penyerang berusia 25 itu tidak turun beraksi ketika United sekadar seri 1-1 dengan Stoke di tempat lawan awal pagi tadi akibat mengalami kecederaan hamstring.
“Kecederaan hamstring Rooney tidak serius tetapi ia sudah mencukupi untuk beliau terpaksa diketepikan pada perlawanan ini.
“Saya rasa ia akan ambil masa beberapa minggu juga untuk pulih,” kata Ferguson.
Peter Crouch menafikan tiga mata penuh buat United selepas berjaya menyamakan kedudukan buat Stoke pada awal babak kedua setelah Nani membuka tirai jaringan buat pelawat pada babak pertama.
Ini merupakan kali pertama United tercicir mata selepas mereka begitu garang dengan memenangi kesemua lima perlawanan awal musim ini.
Namun United masih kekal di tangga teratas dengan perbezaan gol meskipun terikat 16 mata dengan Manchester City di tangga kedua.
-Sumber-

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...