Thursday, September 1, 2011

Salam Aidilfitri 2011


Jemput makan semua :D Kenangan bersama
Satu keluarga menikmati pelbagai juadah
Perut kenyang, Hati senang XD

Assalamualaikum dan Salam Aidilftri buat semua pembaca dan raka-rakan yang sudi singgah di blog ini. Hampir 1 minggu rasanya tidak mengemaskini blog ini, banyak habiskan masa di tempat kerja sahaja. Maklumlah, kerja makin hari makin berlambak-lambak atas meja tu.Adehs.. Tup-tup sudah nak sambut hari raya pada tahun 2011 ini.

Boleh dikatakan bulan Ramadhan pada tahun ini tidak terasa sangat seperti tahun-tahun sebelumnya, mungkin kerana saya banyak habiskan masa di tempat kerja sahaja. Sekadar membantu ibu mengemas rumah pada hujung minggu sahaja. Nak buat kuih raya tak pandai. Tangan tak berseni. Kalau buat pun entah apa akan terjadi pada kuih berkenaan hihi. Terpaksalah minta adik-adik menolong omak di dapur tuh :D
Tetapi saya tetap bersyukur ke hadrat Ilahi, hari raya tahun ini lebih baik daripada tahun lepas kerana dapat merasai suasana hari raya yang meriah bersama keluarga dan rakan-rakan. 
Cuma hari raya pada tahun ini mungkin disambut dengan sederhana sahaja. Memang dalam sejarah rasanya raya pada tahun ini, sehelai baju baru pun saya tidak beli. Sekadar melihat baju raya adik-adik sahaja, itu pun sudah bermakna bagi saya. Janji orang yang saya sayang bergembira selalu. Lagipun saya rasa, dalam agama kita juga selalu mengingatkan kita agar bersederhana, bukan ke begitu? :) lagi pun takyah lah membazir..Kan membazir itu amalan syaitan. Anda nak jadi syaitan ke? hehe.
Apa-apa pun saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri yang telah memasuki hari ke 3 syawal, ampun dan maaf dipinta andai saya tersilap kata dan tersalah perbuatan. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang telah membantu saya sebelum ini. Selamat Hari Raya. moh kita raya sakan hihi :)  


No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...