SOALAN :
'' saya hendak bertanya mengenai hukum mengajak isteri sendiri menonton video lucah.Tujuan mengajak isteri menonton hanya semata-mata untuk mempelajari tentang cara-cara melakukan seks.Ini kerana isteri saya tidak begitu pandai melakukan seks dan untuk merangsangkan nafsunya dulu sebelum kami ''bersama".Apakah pandangan ustad dari segi hukum agama?
daripada: Suami
Jawapan untuk Masalah tuan:
Hukumnya HARAM secara sepakat ulama walaupun niatnya baik.Ia di HARAMkan kerana
Islam juga tidak mengalakkan si suami melihat kemaluan isteri dan begitu juga sebaliknya.Sebagaimana displin seks Islam yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan baginda S.A.W..Jika demikian hukumnya,maka sudah tentu melihat kemaluan selain pasangan yang Halal didalam filem lucah lebih lagi ditegah oleh Islam (hadis berkaitan hal ini tidak sahih,jadi harus melihat kemaluan pasangan kita)
- Terdapat cara lain untuk mempelajarinya ,iaitu dengan membeli buku panduan seks dalam Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.
- Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh orang bukan Islam serta sudah tentu menjalani hubungan seksual tidak menurut displin Islam dalam hubungan seks.Justeru,meniru teknik yang diharamkan sudah tentu diharamkan juga.
- DIbimbangi si Suami atau Isteri akan terbayangkan pasangan pelakon didalam filem lucah tersebut.Maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang lain pula.
- Kesimpulannya diharamkan menggunakan filem lucah samaada menaikkan syahwat Suami/Isteri mahupun sebagai pengajian.
- contoh-contoh aksi yang tidak patut dilakukan semasa SEKS yang dilakonkan oleh pelakon lucah untuk diikuti adalah seperti berikut:
- Aksi Melalui pintu belakang yakni dubur
- Aksi Memancutkan Air mani ke dalam mulut Isteri,muka Isteri.
- Memukul Isteri semasa melakukan seks iaitu Cara Menganayai,yakni memukul.
- Dan banyak lagi aksi jijik yang tidak mahu saya sebutkan di sini.
No comments:
Post a Comment