Saturday, November 12, 2011

Antara penyebab utama sakit pinggang


Sakit belakang merupakan masalah yang biasa dihadapi oleh kebanyakan orang, dan penyebabnya juga adalah bermacam-macam. Oleh itu, diagnosis yang tepat terhadap penyebab sakit belakang di bahagian tertentu adalah sangat penting supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan kepada masalah tersebut.
Sakit belakang mungkin disebabkan oleh otot, saraf, tulang, sendi atau struktur lain di spina. Di antara sakit belakang yang biasa ialah:
1. Sakit tengkuk – mungkin disebabkan oleh otot yang ketat di bahagian leher dan tengkuk, atau rasa cubitan saraf yang berasal daripada vertebra serviks. Gangguan atau kerosakan di sendi tengkuk menyebabkan rasa sakit.
2. Sakit belakang sebelah atas – Penyebab yang biasa ialah masalah kerengsaan otot atau tisu lembut yang lain (seperti ligamen). Ini mungkin disebabkan oleh badan kurang kuat, postur tidak betul, kecederaan oleh aktiviti berlebihan (seperti gerakan berulang-ulang), atau trauma (seperti kemalangan kereta atau kecederaan sukan.
3. Sakit belakang sebelah bawah – Dalam kebanyakan kes, ia disebabkan oleh masalah muskuloskeleton benign yang dikatakan sebagai sakit bawah belakang yang tidak khusus. Ia biasanya disebabkan oleh otot belakang dan tisu lembut yang strain, terutamnya jika sakit tiba-tiba dirasai di bahagian lateral spina semasa menjalankan aktiviti yang membebankan belakang.
4. Strain otot – Aktiviti melampau otot belakang boleh menyebabkan ligamen tercedera atau terkoyak di belakang badan yang mengakibatkan kesakitan.
5. Sakit di bahagian hujung tulang belakang (coccyx) – Sakit di bahagian hujung tulang belakang dinamakan coccydynia. Ini selalunya disebabkan oleh duduk dengan cara mendadak. Ia kerap berlaku selepas terjatuh atau selepas bersalin. Sesetengahnya disebabkan oleh tekanan yang kuat ke atas coccyx yang menimbulkan kesakitan, contohnya berbasikal. Selalu coccydynia seperti ini hanya sementara, tetapi ia boleh menjadi sakit yang kronik jika tidak dikawal dengan baik.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...