Wednesday, February 15, 2012

Sifir SBPA Gaji : Ada Berita Gembira Untuk Kakitangan Awam Sebelum 16 April 2012!!

sifir sbpa gaji Sifir SBPA Gaji : Ada Berita Gembira Untuk Kakitangan Awam Sebelum 16 April 2012!! Tetapi, Kerajaan?
Sekitar seminggu yang lepas, kami ada berkongsi draf sifir SBPA gaji yang dicadangkan oleh Cuepacs sendiri. Dan Cuepacs menjangkakan kemelut SBPA ini akan dapat diselesaikan berkemungkinan lebih awal sebelum tempoh ditetapkan untuk pasukan khas itu membuat semakan yang berakhir 16 April 2012….

5 Tuntutan Utama Cuepacs – Penambaikan Sifir SBPA Gaji 2012

  1. mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat Gred 54 ke bawah
  2. mengkaji semula tangga gaji maksimum
  3. menyenaraikan penjawat yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus
  4. menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.
  5. mengekalkan status kekananan penjawat dalam Skim Saraan Malaysia (SSM)
Setakat ini pihak kerajaan dilaporkan mempertimbangkan sebaik mungkin 5 tuntutan Cuepacs di atas melalui pertemuan dengan Ketua Pengarah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek baru-baru ini.
Kemelut yang menjadi pertikaian kalangan kakitangan awam melibatkan sifir SBPA gaji 2012 ini, pastinya kerajaan tidak akan membiarkan terlalu lama dan diselesaikan sesegera mungkin tanpa menganiayai mana-mana kelompok kakitangan awam sebelum Pilihanraya Umum ke 13 diumumkan tidak lama sahaja lagi. Supaya tidak berlaku lagi apa yang dikatakan isu di mana ….
Kami menjangkakan Pilihanraya Umum akan menjadi semakin hampir apabila isu SBPA telah selesai dan tidak lupa juga penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (PGVH) di Bursa Malaysia pada 10 Mei 2012 ini.
Difahamkan akibat sifir SBPA ini tidak disemak dengan teliti, kerajaan Malaysia sekarang pula bakal berdepan dengan kemelut dan masalah berdasarkan data dan maklumat yang tersenarai di bawah ini :
  1. Dianggarkan seramai 2,000 daripada kalangan pegawai kanan kakitangan awam sudah menandatangani perjanjian skim baru berkenaan, yang akan menjamin peningkatan pendapatan sehingga RM5,000 sebulan
  2. Menyaksikan kenaikan sehingga RM60,000 sebulan untuk Ketua Setiausaha Kerajaan sedangkan kakitangan yang berada dalam perkhidmatan sokongan hanya menerima kenaikan serendah RM1.70
  3. 36 pegawai tinggi dalam “Perkhidmatan Utama” akan menerima gaji sehingga RM36,000 sebulan
  4. Merujuk kepada kenyataan KPPA, mana-mana kakitangan awam yang sudah menandatangani skim SBPA tidak akan kurang daripada apa yang terdapat dalam perjanjian
  5. Melalui Skim Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), kerajaan dijangka akan mengalami peningkatan kos sebanyak RM2.6 bilion setahun sedangkan masih ramai lagi yang membantah bentuk skim tersebut
  6. Kerajaan akan menghadapi peningkatan kos tambahan sebanyak RM2 billion setahun sekiranya kerajaan ingin meletakkan lebih banyak wang kepada kakitangan pertengahan dan bawahan yang membantah sifir SBPA gaji baru-baru ini
  7. Tidak cukup setakat itu sahaja peningkatan pembayaran itu juga akan memberikan implikasi kepada bayaran pencen yang turut bertambah
  8. Difahamkan peningkatan kos pentadbiran yang melambung tinggi itu merisaukan pihak kerajaan ketika ini
P/S : Mesyuarat pasukan petugas khas bagi semakan sifir SBPA gaji 2012 yang seterusnya dijangka diadakan pada 22 Februari ini.
Sumber

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...