Showing posts with label SPBA. Show all posts
Showing posts with label SPBA. Show all posts

Monday, February 27, 2012

Semakan Gaji SBPA : Pengumuman Penting PM 12 Mac 2012??

Kakitangan awam yang terus setia menanti dengan sabar keputusan semakan gaji SBPA 2012, tetapi belum ada kata putus yang dicapai pada masa itu. Masing-masing baik JPA mahupun Cuepacs terus melontarkan pendapat, cadangan dan hujah masing-masing, akhirnya perbincangan berakhir tidak seperti yang diharapkan. Sehinggalah……
Sehinggalah Cuepacs berjumpa sendiri dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selama 2 jam di pejabat Perdana Menteri bagi membincangan isu semakan gaji SBPA 2012 ini. Yang ada pertemuan pada masa itu, semestinya :
  • Datuk Seri Najib Razak (Perdana Menteri)
  • Datuk Omar Osman (Presiden Cuepecs)
  • dan Tan Sri Mohd Sidek Hassan (Ketua Setiausaha Negara)

Akhirnya, Datuk Najib memutuskan untuk mengumumkan “sesuatu” pada 12 Mac 2012. Ingat sekali lagi 12 Mac 2012 yang jatuh pada hari Isnin. Katanya, pengumuman yang bakal dibuatnya berkaitan Skim Saraan Malaysia dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan lebih adil dan saksama.
Dijangka pengumuman semakan gaji SBPA 2012 itu akan dibuat di Stadium Bukit Jalil bersama-sama 15,000 kakitangan awam yang lain. Dan dengan pengumuman ini nanti, sekurang-kurangnya “bebanan kerajaan akan dapat dikurangkan” menjelang berlangsungnya Pilihanraya Umum ke 13 tidak lama sahaja lagi.
Bagaimana adil dan saksamanya semakan gaji SBPA 2012 ini? Sama-sama nantikan pengumuman “emas” daripada Datuk Najib.


-sumber-

Wednesday, February 15, 2012

Sifir SBPA Gaji : Ada Berita Gembira Untuk Kakitangan Awam Sebelum 16 April 2012!!

sifir sbpa gaji Sifir SBPA Gaji : Ada Berita Gembira Untuk Kakitangan Awam Sebelum 16 April 2012!! Tetapi, Kerajaan?
Sekitar seminggu yang lepas, kami ada berkongsi draf sifir SBPA gaji yang dicadangkan oleh Cuepacs sendiri. Dan Cuepacs menjangkakan kemelut SBPA ini akan dapat diselesaikan berkemungkinan lebih awal sebelum tempoh ditetapkan untuk pasukan khas itu membuat semakan yang berakhir 16 April 2012….

5 Tuntutan Utama Cuepacs – Penambaikan Sifir SBPA Gaji 2012

  1. mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat Gred 54 ke bawah
  2. mengkaji semula tangga gaji maksimum
  3. menyenaraikan penjawat yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus
  4. menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.
  5. mengekalkan status kekananan penjawat dalam Skim Saraan Malaysia (SSM)
Setakat ini pihak kerajaan dilaporkan mempertimbangkan sebaik mungkin 5 tuntutan Cuepacs di atas melalui pertemuan dengan Ketua Pengarah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek baru-baru ini.
Kemelut yang menjadi pertikaian kalangan kakitangan awam melibatkan sifir SBPA gaji 2012 ini, pastinya kerajaan tidak akan membiarkan terlalu lama dan diselesaikan sesegera mungkin tanpa menganiayai mana-mana kelompok kakitangan awam sebelum Pilihanraya Umum ke 13 diumumkan tidak lama sahaja lagi. Supaya tidak berlaku lagi apa yang dikatakan isu di mana ….
Kami menjangkakan Pilihanraya Umum akan menjadi semakin hampir apabila isu SBPA telah selesai dan tidak lupa juga penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (PGVH) di Bursa Malaysia pada 10 Mei 2012 ini.
Difahamkan akibat sifir SBPA ini tidak disemak dengan teliti, kerajaan Malaysia sekarang pula bakal berdepan dengan kemelut dan masalah berdasarkan data dan maklumat yang tersenarai di bawah ini :
  1. Dianggarkan seramai 2,000 daripada kalangan pegawai kanan kakitangan awam sudah menandatangani perjanjian skim baru berkenaan, yang akan menjamin peningkatan pendapatan sehingga RM5,000 sebulan
  2. Menyaksikan kenaikan sehingga RM60,000 sebulan untuk Ketua Setiausaha Kerajaan sedangkan kakitangan yang berada dalam perkhidmatan sokongan hanya menerima kenaikan serendah RM1.70
  3. 36 pegawai tinggi dalam “Perkhidmatan Utama” akan menerima gaji sehingga RM36,000 sebulan
  4. Merujuk kepada kenyataan KPPA, mana-mana kakitangan awam yang sudah menandatangani skim SBPA tidak akan kurang daripada apa yang terdapat dalam perjanjian
  5. Melalui Skim Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), kerajaan dijangka akan mengalami peningkatan kos sebanyak RM2.6 bilion setahun sedangkan masih ramai lagi yang membantah bentuk skim tersebut
  6. Kerajaan akan menghadapi peningkatan kos tambahan sebanyak RM2 billion setahun sekiranya kerajaan ingin meletakkan lebih banyak wang kepada kakitangan pertengahan dan bawahan yang membantah sifir SBPA gaji baru-baru ini
  7. Tidak cukup setakat itu sahaja peningkatan pembayaran itu juga akan memberikan implikasi kepada bayaran pencen yang turut bertambah
  8. Difahamkan peningkatan kos pentadbiran yang melambung tinggi itu merisaukan pihak kerajaan ketika ini
P/S : Mesyuarat pasukan petugas khas bagi semakan sifir SBPA gaji 2012 yang seterusnya dijangka diadakan pada 22 Februari ini.
Sumber

Thursday, December 29, 2011

Gaji Guru 2012 SBPA Dipertikaikan di Ruangan Pandangan Utusan? Apa Komen Guru di Malaysia?

gaji guru 2012 baru Gaji Guru 2012 SBPA Dipertikaikan di Ruangan Pandangan Utusan? Apa Komen Guru di Malaysia? -gambar hiasan-
Hari ini Malaysia Utusan memaparkan komen seorang guru Malaysia yang mempertikaikan skim gaji guru 2012 SBPA yang baru ini. Kami tertarik untuk mengulasnya selepas anda baca sendiri komen beliau selepas ini.

Pendapat Salah Seorang Guru Mengenai Skim Gaji Guru 2012 SBPA :

SAYA mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan yang bersetuju untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA. SBPA secara umumnya memang mendatangkan banyak kebaikan kepada semua pihak. Contoh ketara ialah peningkatan gaji mati bagi guru iaitu antara 19.34% hingga 56.78%. Perkiraan ini adalah berasaskan gaji mati P1T3 @ P1T2 mana yang berkenaan di gred gaji SSM dengan gaji mati SBPA.
Gaji mati SBPA ini berdasarkan kutipan maklumat dari blog-blog yang boleh dipercayai. Ini kerana laman web JPA setakat ini belum memaparkan jadual gaji SBPA. Namun maklumat ini sangat boleh dipercayai kerana berdasarkan pengalaman gaji saya sendiri yang diuar-uarkan di blog tersebut adalah sama dengan tawaran opsyen SBPA yang saya terima. Terima kasih kepada kerajaan dan syukur kepada Allah.
Namun, disebabkan SBPA ialah sistem ciptaan manusia pasti terdapat beberapa kekurangan. Izinkan saya berkongsi perasaan dan pendapat bersama pembaca sambil mengharapkan mendapat respons positif daripada pihak-pihak yang berkenaan.
Perkara pertama yang ingin saya kongsikan ialah perbezaan peratusan kenaikan gaji bagi guru di bawah SBPA yang sangat ketara. Kami guru DG44/ DG1-2 cuma mendapat kenaikan gaji sebanyak RM2.01 atau 0.07% iaitu dari RM2,982.99 ke RM2,985. Nilai ini terlalu rendah jika dibandingkan dengan guru DG54/DG1-6 iaitu sebanyak RM1,857.46 bersamaan 35.94% iaitu dari RM5,167.64 ke RM7,025.00.
Malah terdengar desas-desus peningkatan gaji JUSA dan kumpulan Premier pula lebih RM3,000 sebulan. Saya tidak dapat memastikan kesahihannya kerana JPA seolah-olah cuba menyembunyikan jadual gaji SBPA daripada menjadi tatapan umum. Untuk tujuan perbandingan tersebut, saya telah menggunakan kaedah yang sangat adil iaitu berdasarkan gaji permulaan bagi kedua-dua gred yang dibandingkan.
Saya mengharapkan agar gaji permulaan SBPA bagi guru DG2-3, DG2-5, DG1-2 DG1-4 dan DG1-5 disemak semula. Jurangnya hendaklah dirapatkan. Kami mengharapkan sekurang-kurangnya 10% kenaikan.
Perkara kedua ialah mengenai tempoh kenaikan pangkat secara time-based. Jika dihayati ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa membentangkan Belanjawan 2012, tempoh guru DG41 (DG1-1) dinaikkan pangkat ke DG44 (DG1-2) adalah tahun ke-8 dan seterusnya tahun ke-16 dikira dari pelantikan DG41 akan dilantik ke DG48 (DG1-4).
Tapi mengikut SBPA kami menunggu tahun ke-9 atau menggenapkan perkhidmatan selama 8 tahun di DG41/DG1-1 sebelum dinaikkan pangkat ke DG44/DG1-2 dan perlu menggenapkan 8 tahun perkhidmatan di DG1-2 sebelum layak dinaikkan pangkat secara time-based ke DG1-4.
Formula 8+8+6+3. Tempoh Kenaikan Pangkat. Dipetik daripada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 tahun 2011. Jika diikutkan maksud ucapan PM, formula tersebut sepatutnya jadi 7+8+6+4. Kami sangat mengharapkan agar dasar ini dikaji semula.
Perkara ketiga yang ingin saya utarakan juga berkaitan dengan perkara di atas. Sebahagian daripada guru siswazah adalah asalnya seorang guru bukan siswazah/lepasan diploma. Kami dinaikkan pangkat ke guru siswazah secara lantikan atau Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL).
Dalam SBPA kaedah ini dikenali dengan nama Peningkatan Secara Lantikan (PSL). Jika mengikut SSM kami diberi formula 3+7 iaitu menggunakan tempoh perkhidmatan sebagai guru bukan siswazah untuk diambil kira sebagai tempoh perkhidmatan untuk proses kenaikan pangkat ke DG44 atau DG48.
Formulanya ialah setiap tiga tahun perkhidmatan sebagai guru lepasan diploma sebagai setahun perkhidmatan sebagai guru siswazah dengan had maksimum yang boleh digunapakai ialah 9 tahun perkhidmatan bersamaan 3 tahun perkhidmatan guru siswazah.
Di bawah SBPA kami tidak mendapat apa-apa maklumat mengenainya. Kami mengharapkan agar dasar tersebut dipanjangkan di bawah SBPA dengan diberi penambahbaikan iaitu dengan menghapuskan had maksimum 9 tahun perkhidmatan bersamaan 3 tahun perkhidmatan guru siswazah.
Rasionalnya permintaan ini ialah, kebanyakan guru KPSL/PSL ini sudah berumur. Jika dihadkan kepada 9 tahun perkhidmatan sahaja yang diambil kira maka kebanyakan guru ini akan sentiasa ketinggalan dari segi insentif berbanding guru baru. Hargailah jasa guru lama ini.
Perkara keempat adalah cadangan baru dari saya sendiri. Saya mencadangkan agar gred gaji guru KPSL/PSL diasingkan daripada guru lantikan pertama. Saya mencadangkan diwujudkan gred baru. Contohnya DG1-1A, DG1-2A, DG1-4, DG1-5A dan DG1-6A. Jumlah gajinya dicadangkan 10% lebih tinggi berbanding gaji DG1-1, DG1-2, DG1-4, DG1-5 dan DG1-6. Cadangan ini adalah berdasarkan pengalaman saya yang dilantik pada Januari 2001 ke PPPS DG3/41 dengan mendapat kenaikan kurang daripada RM30.
Pada Julai 2007 kerajaan memberikan kenaikan gaji sebanyak 15% kepada kumpulan pengurusan dan profesional manakala kumpulan sokongan 1 (iaitu kumpulan saya sebelum itu) diberi kenaikan 25%.
Kesannya gaji saya lebih rendah berbanding dengan rakan saya yang sama-sama dilantik sebagai guru bukan siswazah dengan kelulusan SPM pada tahun 1990. Luahan kami tidak diambil tindakan yang sewajarnya.
Jawapan standard daripada Pegawai Perhubungan Korporat Kementerian Pelajaran Malaysia ialah tidak boleh membandingkan gaji PPPS DG41 dengan PPPLD DGA32 dan menyarankan kami membandingkan gaji PPPS DG41 dengan gaji PPPLD DGA29.
Suka dimaklumkan PPPS DG41 yang membandingkan gaji mereka dengan gaji PPPLD DGA32 adalah guru KPSL@PSL yang mana jika kami tidak dilantik ke PPPSDG41 maka kami sepatutnya mendapat gaji sebagaimana PPPLD DGA32.
Di sinilah wujudnya anomali iaitu di mana pegawai yang dinaikkan pangkat mendapat gaji yang kurang. Satu lagi hujah Pegawai Perhubungan Korporat KPM yang sangat kami benci mendengarnya ialah menyarankan kami melihat secara keseluruhan iaitu elaun-elaun yang diterima.
Saya akui, jika diambil kira elaun yang diterima, jumlah emolumen yang kami terima adalah lebih berbanding PPPLD32 tapi ia masih tidak berbaloi. Perlu diambil ingatan, elaun tidak diambil kira dalam pembayaran pencen dan gratuiti.
Saya sangat mengharapkan agar semua kesatuan guru mengambil tempoh lanjutan ini untuk mengadakan perbincangan dengan JPA supaya skim perkhidmatan perguruan diperbaiki.
JAUHAR AJILI 64
Hulu Terengganu.

gaji guru 2012 sbpa Gaji Guru 2012 SBPA Dipertikaikan di Ruangan Pandangan Utusan? Apa Komen Guru di Malaysia?

Respon Berita Semasa Mengenai Pertikaian Skim Gaji Guru 2012 SBPA :

Jikalau pandangan kami ini pahit ini untuk ditelan, kami minta maaf. Tetapi….yang putih tetap putih, tidak boleh ditukarkan dengan yang hitam. Kalau dah dikatakan pendapat, mungkin itulah pendirian & pandangan beliau berdasarkan skim gaji guru 2012 SBPA ini. Kami hormati. Tetapi kami tampil di sini, adalah untuk “berkongsi pendapat”, yang mana kurang garamnya kita tambah, kalau kurang santan, kita tambah supaya akhirnya nanti dapat menghasilkan menu yang baik. Insyaallah. rakan-rakan pembaca yang lain pun boleh turut serta sekali
Selepas kami membaca komen guru ini, apa yang boleh kami katakan biasanya yang kerap meluahkan ketidakpuashatian kebiasaannya guru-guru lepasan diploma dan kemudiannya sambung belajar, lepas itu dapat ijazah dan naik ke DG41 secara lantikan.
Kalau disingkap semula semasa berada di gred DG29, dapat gaji rendah. Betul bukan? Jadi kerajaan dah berikan peluang untuk sambung belajar, siap tawarkan cuti belajar lagi bergaji penuh untuk mereka-mereka ini menuntut ilmu diperingkat yang lebih tinggi sehingga berjaya mendapat ijazah. Apabila dah dapat ijazah, biasalah mesti seronok & gembira bukan? Tambahan pula gred naik & gaji pun naik sekali.
Tetapi…….selepas itu ada kalangan guru yang mula merungut sebab usia mereka semasa masuk DG41 dah lanjut, tetapi gaji sama banyak dengan guru yang fresh graduate degree. Akhirnya mereka hilang senioriti dalam perkhidmatan. Jadi boleh dikirakan seperti baru mula semula perkhidmatan tahun pertama mereka untuk DG41. Kemudian nak tunggu DG44, kena sama dengan fresh graduate degree yang lain iaitu 10 tahun.
Jadi mereka-mereka ini akan terus merungut sehingga kerajaan pun berikanlah keistimewaan iaitu :
  • Setiap 3 tahun perkhidimatan di DGA29 bersamaan 1 tahun perkhidmatan sebagai DG41
  • Jadi kalau DGA 29 selama tempoh 9 tahun bersamaan dengan 3 tahun perkhidmatan sebagai DG41. Dan begitulah seterusnya…
  • Dengan keistimewaan tersebut, hanya perlu tunggu 7 tahun sahaja untuk dapat DG44 (skim SSM) berbanding fresh graduate yang masih tetap perlu tunggu 10 tahun juga
  • Akhirnya “jalan mana sekalipun” cikgu-cikgu senior akan naik DG44 lebih dahulu berbanding yang fresh graduate
Apabila keluar SBPA pula, pun tidak puas hati juga. Sehingga bertindak nak bezakan dengan JUSA pula. Rasanya kami belum pernah tengok lagi JUSA ini muda trang tang-tang. Dah nak “penghujung usia” baru dapat JUSA. Maksudnya di sini, JUSA pun bermula daripada bawah juga. Mereka bukan seperti :
“Bayi yang baru lahir, terus boleh berlari”
Ada proses yang perlu ditempuhi mereka sebelumnya daripada gaji sekecil-kecil alam sebelum mereka dapat apa yang mereka perolehi hari ini. Mana tahu anda-anda di sini dapat JUSA, siapa tahu bukan? Rezeki anda. Jika anda berusaha ke arah itu, tiada yang mustahil. Apabila anda berada di atas, adakah anda akan berasa seronok kalau orang bawah anda yang lebih muda, berjawatan lebih rendah daripada anda menanggung tekanan & risiko yang kurang berbanding anda asyik dengki & ungkit mengenai gaji anda pada masa itu.
Lagipun berapa ramai sangat JUSA yang ada. Sehinggakan kalau gaji mereka tak naik pun, gaji mereka tetap lagi tinggi daripada DG48 dan ke bawah. Jadi yang nak dapat gaji setinggi JUSA, cuba berusaha ke arah itu (go for it). Dalam perkhidmatan perguruan, banyak jalan pintas. Antaranya, cuba mohon Guru Cemerlang (GC), jalan pintas untuk dapat DG 44, kemudian mohon pula DG 48….DG52 sampailah dapat JUSA. Sekarang ada mula kelihatan yang dapat JUSA, masih muda lagi. Naik atas platform guru cemerlang.
Pada kami nak membangkitkan isu tiada masalah, masing-masing ada hak untuk menyuarakan pendapat. Tetapi biarlah isu-isunya kena pada “point-point” yang sesuai. Sebabnya benda-benda sebegini berbalik-berbalik kepada anda juga :
  • Gred DG 41 – DG 52 merungut dengan gaji JUSA
  • Pada masa yang sama kakitangan sokongan pun tentu ada yang acapkali merungut pasal gaji anda pula yang di atas
Kami bersetuju dengan pendapat saudara Jauhari mengenai cadangannya yang keempat (kami telah warnakan tulisan dengan warna biru)
P/S : Walaubagaimanapun suka untuk kami mendengar pandangan guru-guru mengenai skim gaji guru 2012 SBPA?

Sumber

Nak mula jana income pasif dengan Honeygain?

       Baru nak mula dengan Honeygain? 1️⃣ Install Honeygain di phone / laptop 2️⃣ Login → biarkan app running di background 3️⃣...