Monday, March 12, 2012

Ban the use of carbide gas to ripen fruits

Kebanyakan industri pasca-tuai (postharvest) bagi buah-buahn tempatan seperti pisang, betik, mangga, ciku, jambu batu, belimbing, nenas dan lain-lain menggunakan gas kalsium karbaid bagi memeram buah-buahan supaya ia cepat masak dengan sekata. Tapi malangnya, tanpa disedari oleh petani sendiri, penggunaan gas kalsium karbaid ini berbahaya kepada kesihatan kerana ia merupakan bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri karsinogen (mengikut Persatuan Pengguna Pulau Pinang – ini perlu dibuat kajian yang lebih terperinci). 

Secara teorinya, kalsium karbaid dalam keadaan tertutup akan mengeluarkan gas acetylene, yang bertindak sebagai ajen pencepat buah masak secara tiruan. Gas ini dipercayai memberi kesan negatif kepada sistem saraf dengan cara mengurangkan bekalan oksigen ke otak.

Sesetengah pihak berpendapat makan buah-buahan yang diperam dengan karbaid ini tidak begitu membahayakan, terutama bagi buah-buahan yang mempunyai kulit tebal seperti pisang, kecuali buah-buahan ini sudah terlalu lembut (benyek) atau terkoyak yang boleh menyebabkan bahan kimia ini masuk terus ke dalam isinya. Walau apapun, berhati-hatilah memilih buah-buahan di pasar, jika boleh cuba elakkan membeli buah-buahan yang diperam, carilah buah-buahan yang masak sendiri secara semulajadi.

Bagaimana cara mengenal buah-buahan yang diperam dengan yang masak secara semulajadi?
Buah-buahan yang diperam rasanya tidak sedap dan lebih tawar daripada yang masak secara semulajadi. Wallahu a’lam.
Percaya dengan kemudharatan yang bakal terjadi, Persatuan Pengguna Pulau Pinang mengambil inisiatif menyeru kerajaan mengharamkan penggunaan kalsium karbaid bagi memeram buah-buahan…..
Ban the use of carbide gas to ripen fruits

A survey by CAP shows that Malaysians are consuming toxic fruits which are ripened by a hazardous chemical, calcium carbide. This poses great health risks to consumers.
Calcium carbide has cancer-causing properties and is capable of causing neurological disorders. It can result in tingling sensation, numbness and peripheral neuropathy. If pregnant women consume fruit ripened with carbide, the children born could develop abnormalities.

Sumber berita

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...