Thursday, April 12, 2012

Apakah tanda atau simptom jangkitan meningitis?

Meningitis
Meningitis bermakna keradangan (inflammation) membran di sekeliling otak dan saraf tunjang yang dikenali sebagai meninges. Ia selalunya berlaku apabila infeksi di bahagian lain badan merebak masuk ke dalam bendalir serebrospinal (bendalir yang beredar dalam ruang dan di sekeliling otak dan saraf tunjang). Jangkitan meningitis ini boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira umur, sama ada kanak-kanak, orang muda atau tua.
Terdapat beberapa jenis meningitis, tetapi yang paling biasa ialah meningitis yang disebabkan oleh virus (meningitis virus) dan disebabkan oleh bakteria (meningitis bakteria). Namun begitu, fungus dan mikroorganisma lain juga boleh menyebabkan jangkitan meningitis. Bagi sesetengah kes pula, meningitis disebabkan oleh kecederaan kepala, kanser atau penyakit lain, atau tindakblas badan terhadap ubat-ubatan.
Meningitis virus adalah disebabkan oleh virus seperti enterovirus. Virus ini boleh berjangkit melalui air liur, mukus, najis atau udara. Enterovirus ini mula menggandakan bilangannya dalam salur pencernaan yang akhirnya akan menyebabkan meningitis. Meningitis virus biasanya kurang teruk dan masih boleh dirawat untuk sembuh berbanding dengan meningitis disebabkan bakteria.
Meningitis bakteria atau meningitis meningokokal atau juga dikenali sebagai meningitis tulang belakang adalah disebabkan oleh bakteria, yang merupakan meningitis yang paling bahaya. Jika tidak dirawat segera, ia boleh menyebabkan kerosakan otak yang teruk, dan boleh menyebabkan kematian dalam tempoh 24 hingga 48 jam selepas jangkitan. Bakteria biasa yang menyebabkan meningitis ini ialah Streptococcus pneumoniae dan Neisseria meningitis. Jangkitan meningitis bakteria ini boleh berlaku melalui mulut dan rembesan sistem pernafasan, seperti semasa batuk, dsb. Jangkitan meningitis akan lebih cepat merebak dalam keadaan sesak melalui udara. Oleh tu, kita perlu mengambil suntikan meningitis sebelum ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan umrah dan haji, bagi menyediakan ketahanan diri daripada agen penyebab meningitis di tempat yang ramai orang.
Apakah tanda atau simptom jangkitan meningitis?
Kedua-dua jenis meningitis, virus dan bakteria, menunjukkan simptom yang serupa, iaitu:
1. Demam
2. Tengkuk rasa ketat/berat
3. Sakit kepala yang teruk
4. Sensitif kepada cahaya
5. Muntah
6. Loya
7. Rasa sangat mengantuk
8. Timbul ruam meningitis. Ini merupakan tanda yang paling ketara. Ujian boleh dilakukan bagi menentukan ruam ini adalah ruam meningitis (setelah mengalami tanda-tanda di atas) dengan menggunakan gelas (seperti dalam gambarajah di bawah ini) yang ditekan ke atas ruam dan masih jelas ruamnya. Jika ada tanda-tanda ini, perlulah dapatkan rawatan di hospital dengan segera.

Langkah pencegahan
Cara pencegahan mudah bagi jangkitan meningitis ini dengan membasuh tangan dengan bersih.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...