Sebenarnya fenomena wajah ganjil bayi tanpa sebahagian besar otak dan tengkorak yang dipetik daripada berita di bawah ini bukanlah sesuatu yang ganjil sangat kerana ia merupakan sejenis kecacatan semasa kelahiran yang terjadi di beberapa tempat di seluruh dunia dengan peratus yang rendah.
Fenomena atau kecacatan kelahiran ini dikenali sebagai anencephaly atau “tiada otak”. Ia terjadi disebabkan oleh kecacatan tiub neural biasa semasa bulan pertama kehamilan, iaitu antara 23 – 26 hari kehamilan, selalunya sebelum seseorang wanita itu tahu ia hamil.
Dalam peringkat perkembangan janin ini, tiub neural gagal untuk tertutup sepenuhnya. Ini menyebabkan bayi yang lahir tidak mempunyai sebahagian besar otaknya, termasuk otak hadapan serta serebrum. Bahagian lain otak ditutupi oleh tulang atau kulit sahaja. Bayi yang lahir ini akan pekak, buta dan tidak rasa sakit, dan tentunya tidak dapat hidup lama.
Anencephaly adalah disebabkan oleh kecacatan genetik atau ibu yang hamil terdedah kepada toksin sekitaran seperti plumbum (lead), kromium, merkuri dan nikel yang mempengaruhi perkembangan tiub neural.
Oleh itu sebagai langkah mengurangkan risiko kecacatan semasa lahir (termasuk spina bifida, anencephaly, atau kecacatan jantung sperti jantung berlubang atau masalah injap), ibu-ibu yang hamil sangat disarankan mengambil suplemen asid folik yang berfungsi mempercepatkan pertumbuhan sel dan tisu, terutamanya semasa beberapa minggu terawal kehamilan.
Bayi Wajah Ganjil Dilahirkan di NigeriaSeorang ibu berusia dalam lingkungan 30-an di Iyin Ekiti, Nigeria melahirkan seorang anak yang kelihatan seperti gambaran makhluk asing dalam filem, lapor sebuah akhbar kelmarin.Ibu itu yang sudah mempunyai dua anak, hamil selama 13 bulan sebelum dia melahirkan anak ganjil tersebut di sebuah hospital di sini menerusi pembedahan pada pukul 2.15 petang pada Khamis lalu.Kelahiran bayi itu mencetuskan kekecohan di hospital berkenaan kerana beberapa pegawai perubatan membincangkan keganjilan bayi berkenaan.Pesuruhjaya Kesihatan Negeri Ekiti, Dr. Wole Olugboji mengesahkan kelahiran bayi tersebut.“Terdapat seorang wanita yang melahirkan seorang bayi ganjil di Hospital Besar Iyin. Bayi itu sudah meninggal dunia tetapi ibunya okey,” katanya.Menurutnya, ubat sedatif diberikan kepada ibu itu supaya dia tidak sedarkan diri selepas melahirkan anak tersebut bagi memastikannya tidak melihat anaknya yang ganjil.Akhbar Vanguard mendapat maklumat bahawa suami wanita tersebut bersetuju supaya pengebumian dilakukan terhadap bayi ganjil itu dengan segera.Satu sumber memberitahu akhbar tersebut bahawa bayi ganjil itu mempunyai dua mata yang membonjol dan beberapa helai rambut di dahinya.Bayi itu tidak mempunyai otak.Satu lagi sumber menyatakan bahawa bayi itu terlalu kecil semasa dilahirkan.- Agensi
No comments:
Post a Comment