Friday, April 13, 2012

Ketam terbesar di dunia

Pernahkah anda melihat atau terjumpa dengan artropoda terbesar di dunia iaitu Ketam Kelapa?
Ketam Kelapa merupakan jenis ketam darat yang berasal dari kawasan pesisir Lautan Pasifik dan Lautan Hindi. Beratnya mencapai 30 pound (13.6 kg) dengan kepanjangan badan sebanyak 3 kaki (91.4 cm) dari kepala ke ekor.
Nama Ketam Kelapa ini bersesuaian dengan habitnya yang suka makan isi kelapa, boleh memanjat kelapa dan yang uniknya ia boleh memecahkan buah kelapa dengan menggunakan penyepitnya yang kuat.
Ketam ini merangkak memanjat pokok kelapa dengan menggunakan pasangan kaki rayap kedua dan ketiganya yang panjang dan tajam. Walaupun kerap terjatuh dari atas pokok kelapa, ia tidak mengalami sebarang kecederaan kerana dilindungi oleh cengkerang luarannya yang kuat. Selalunya, ia bergerak dengan perlahan untuk keluar mencari makan pada waktu malam, dan selalunya ia menyuruk pada waktu siang.

1 comment:

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...