Sebelum mengubati atau merawat rambut yang gugur, melebihi keguguran rambut secara semulajadi, kita perlu tahu tanda-tanda yang menunjukkan masalah keguguran rambut.
Keguguran rambut, sama ada gugur sekeluruhan atau gugur sebahagian dinamakan alopecia. Di antara tanda-tandanya ialah:
* rambut gugur
* rambut semakin menipis
* botak
* rambut tercabut dengan akarnya sekali.
Pola botak lelaki agak berbeza sedikit dengan perempuan. Selain rambut menipis dan rambut gugur, lelaki juga akan mengalami keguguran rambut di tepi garis rambut.
Keadaan di mana terdapat botak bertompok-tompok dinamakan Alopecia areata. Keadaan ini boleh dikenali dengan tanda berikut:
* rambut menipis
* rambut banyak gugur di garis rambut.
* botak bertompok-tompok. Biasanya tompok ini berbentuk bulat dan bahagian yang botak itu licin kerana tiada lagi akar rambut di bahagian tersebut.
No comments:
Post a Comment