Sunday, May 13, 2012

How Often Do You Really Need to Shampoo?


Selalunya kita mengaitkan kekerapan mensyampu rambut dengan kebersihan dan kesegaran rambut. Sebenarnya anggapan begini kurang tepat kerana mengikut pendapat ahli dermatologi, rambut tidak perlu disyampu setiap hari kerana minyak dari kulit kepala tidak turun ke batang rambut dengan begitu cepat. Oleh itu, mensyampu rambut terlalu kerap (3 atau 4 kali seminggu) akan menyebabkan rambut menjadi kering dan kurang bermaya. Cukup sekadar mensyampu rambut sekali seminggu kecuali bagi mereka yang mempunyai kulit kepala yang terlalu berminyak. Jadi di antara tempoh syampu tersebut, kita boleh gunakan perapi rambut (hair conditioner) dan urutan kulit kepala saja bagi memastikan minyak dan kotoran daripada sel kulit kepala yang mati/kelemumur dapat dikeluarkan dan dibersihkan. Perlu diingat bahawa fungsi syampu ialah menghilangkan minyak dan membuang sel kulit kepala berlebihan (kelemumur) bukan bagi memperbaiki keadaan rambut itu sendiri.
Jika sekiranya anda perlu mensyampu rambut dengan kerap, pastikan syampu yang digunakan kurang mengandungi sabun atau berbuih dan biasanya dilabelkan sebagai “syampu setiap hari” dan pilihlah syampu yang sesuai dengan jenis rambut masing-masing (berminyak, kering, normal atau berkelemumur). Kita selalu beranggapan bahawa syampu yang banyak buih lebih membersihkan rambut, tetapi sebenarnya buih syampu mengandungi bahan kimia (sulfat) yang hanya menjadikan rambut kering, tetapi tidak berperanan membersihkan kulit kepala.
Sebaik-baiknya pilihlah syampu yang bebas sulfat (sulphate-free). Di antara kandungan sulfat bahaya yang terdapat dalam campuran syampu di pasaran yang mudah diserap oleh tubuh ialah Sodium Lauryl Sulfate (SLS) dan Ammonium Lauryl Sulfate (ALS), yang dikatakan boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan otak, jatung, paru-paru dan hati dalam jangkamasa panjang.
Cara alternatif bagi membersihkan kulit kepala ialah dengan membuat ‘syampu semulajadi’ iaitu dengan mencampurkan 1 sudu makan baking soda dengan 1 cawan air tanpa menggunakan bahan kimia lain yang mungkin memberi kesan kepada kulit kepala dan rambut. Selamat mencuba….

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...