Friday, June 22, 2012

Tips kurangkan dengkur


Dengkuran yang kuat semasa tidur memang mengganggu pasangan yang tidur di sebelah. Ini sering menimbulkan masalah atau kurang selesa dalam perhubungan suami isteri dan ada yang sampai membawa kepada masalah perkahwinan. Mana tidaknya, jika pasangan tidak boleh tidur sepanjang malam disebabkan dengkuran suami yang kuat, maka si isteri terpaksa tidur di atas katil yang berasingan, atau mungkin dalam bilik tidur yang berasingan.
Dengkuran yang terlalu kuat juga akan menimbulkan masalah kepada diri sendiri terutamanya apabila pernafasan terganggu atau terhenti seketika, ini boleh meningkatkan risiko mendapat sakit jantung.
Oleh itu, dengkuran yang kuat janganlah dipandang remeh. Beberapa petua untuk mengurangkan dengkuran secara semulajadi dengan mengubah gaya hidup diberikan di bawah ini sebagai panduan:
1. Ubah kedudukan badan semasa tidur
- Tidur terlentang akan menyebabkan anak tekak tertekan ke belakang kerongkong yang akan menghasilkan bunyi getaran (dengkuran). Oleh itu, tidur mengiring dapat mengurangkan dengkuran tersebut.
2. Kurangkan berat badan – terutamanya di kawasan leher.
- Lemak yang banyak di keliling leher akan menyebabkan saluran kerongkong menjadi sempit dan ini boleh menyebabkan bunyi dengkuran semasa tidur.
3. Jangan minum alkohol sebelum tidur
- Alkohol boleh menyebabkan otot di bahagian belakang kerongkong tidak rehat, dan ini akan menghasilkan bunyi dengkuran.
4. Amalkan habit tidur yang baik
- Contohnya: Tidur yang cukup dan tidak terlalu letih bekerja dalam tempoh yang lama tanpa rehat.
5. Buka laluan hidung dalam - terutamanya apabila mendapat selesama atau hidung tersumbat yang mungkin disebabkan resdung atau lain-lain. Ini boleh dilakukan dengan mandi air suam sebelum tidur atau masukkan air garam ke dalam hidung dan keluarkan, buat beberapa kali sehingga hidung terasa lega.
6. Tukar bantal jika bantal berhabuk.
- Bagi mereka yang alergi kepada habuk, bantal yang berhabuk boleh menyebabkan dengkuran.
7. Minum banyak air
- Kurang minum air menyebabkan rembesan/cecair hidung dan anak tekak menjadi pekat/ketat yang mana ini juga boleh menyebabkan dengkuran.
Selamat mencuba….

Artikel rujukan

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...