Wednesday, July 25, 2012

10 Natural Ways to Sleep Better


Adakah anda menghadapi masalah untuk tidur atau tidur tidak lena, selalu sahaja terjaga malam dan sukar untuk tidur kembali, atau istilah biasanya insomnia?
Jika anda menghadapi masalah tidur, amalkan tips berikut bagi mendapatkan tidur yang berkualiti secara semula jadi, insya Allah.
1. Berdoa dan maafkan semua orang sebelum tidur
Doa adalah perhubungan kita dengan Allah SWT, oleh itu jangan lupa doa sebelum tidur di samping niat untuk tidur dan terjaga pada masa-masa tertentu. Insya Allah, kita akan mudah tidur dan terjaga, sama ada dijagakan oleh malaikat atau ada sesuatu bunyi yang menyebabkan kita terjaga. Tapi, apabila sudah terjaga jangan sekali-kali tidur semula, takut terlajak. Jika kita maafkan semua orang dan bertaubat sebelum tidur, insya Allah mudah saja nak tidur.
Tips yang baik: Lupakan kejahatan orang kepada kita dan lupakan kebaikan kita kepada orang, insya Allah, hati tenang dan tidak ada rasa dendam kesumat dan dengki kepada sesiapapun dan mudahlah kita nak melelapkan mata.
2. Dapatkan masa tidur yang cukup
Tidur yang cukup (lebih kurang 7 jam bagi orang dewasa) banyak membawa kebaikan kepada badan kita, seperti kesihatan jantung, kurang stres (tekanan), ingatan yang lebih baik, fikiran yang lebih fokus, dan membantu menurunkan berat badan. Bagi mendapatkan tidur yang cukup, jangan minum minuman berkafein atau tidur sekejap-kejap sebelum tidur malam yang betul.
3. Tetapkan masa rutin untuk tidur malam
Tidurlah pada waktu yang sama setiap malam, termasuk hujung minggu, bagi memudahkan mengatur masa terjaga dari tidur secara semulajadi, tanpa rasa liat untuk bangun tidur.
4. Buat senaman aerobik 4 kali seminggu
Senaman aerobik memudahkan seseorang itu mengantuk dan ini dapat memperbaiki kualiti tidur malam.
5. Ubah diet
Kurangkan makan dan minum bahan yang mengandungi kafein beberapa jam sebelum waktu tidur. Elakkan makanan yang terlalu berempah atau makan yang terlalu kenyang kerana ini akan menyebabkan kita terjaga malam kerana rasa pedih ulu hati atau perut memulas.
6. Jangan merokok
Nikotin yang terdapat dalam rokok memberi kesan kepada kelancaran tidur dan boleh menyebabkan tidur apnea (berhenti nafas seketika semasa tidur atau masalah pernafasan yang lain.
7. Jangan minum arak atau minuman keras
Minuman keras menyebabkan seseorang itu terjaga malam dan sukar untuk kembali tidur.
8. Jangan gunakan alatan elektronik yang memancarkan cahaya (seperti TV, komputer, video permainan atau telefon bimbit sejam sebelum waktu tidur.
Ini kerana cahaya yang terhasil daripada peralatan tersebut meransang atau memberi isyarat kepada otak untuk jaga dan tidak mengantuk menyebabkan sukar untuk tidur.
9. Bilik tidur yang terlalu panas atau kurang selesa -juga akan menyebabkan sukar untuk tidur.
10. Tidur dalam gelap atau tutup lampu bagi memudahkan tidur
Cahaya yang sedikit pun memberi isyarat kepada otak supaya terjaga tidur kerana cahaya boleh mengganggu pengeluaran melatonin dan mengganggu tidur.
11. Jangan jadikan bilik tidur sebagai bilik serba guna
Khaskan bilik tidur untuk tidur sahaja kerana bilik tidur bukan bilik untuk buat kerja, menonton TV, menggunakan komputer atau menjadi tempat makan. Aktiviti-aktiviti ini boleh mengganggu tidur seseorang itu.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...