Thursday, October 18, 2012

4 Ways Your Smartphone Is Hurting Your Health


Walaupun ada pihak yang menafikan kesan radiasi telefon bimbit boleh menyebabkan barah otak, namun kesan buruknya yang lain dalam kehidupan seharian kita memang jelas dan nyata.
Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa ada kaitan rapat antara radiasi telefon bimbit dengan gangguan tidur, perubahan kelakuan di kalangan kanak-kanak, di samping pengurangan bilangan sperma dan lemah tenaga batin bagi orang lelaki yang selalu menyimpan telefon bimbit dalam poket hadapan seluar.
Tidak dapat dinafikan, telefon bimbit merupakan suatu keperluan bagi setiap orang sekarang ini. Amat terasa sukarnya jika tiada telefon bimbit di tangan kita sepanjang masa.
Kesan buruk telefon bimbit ke atas pengguna boleh dikurangkan jika kita tahu faktor yang menyebabkan masalah tersebut. Kesan buruk atau kesan tidak sihat ini boleh diminimumkan dengan 4 cara mudah, iaitu:
1. Jangan gunakan telefon bimbit apabila bar frekuensinya kurang daripada 4 atau apabila telefon memberi isyarat kerana semasa ini banyak jum;ah radiasi frekuensi-radio yang terhasil. Tunggu sehingga 4 bar, barulah buat panggilan.
2. Kurangkan bercakap tapi lebihkan teks pesanan ringkas (SMS). Lebih selamat jika telefon bimbit berada jauh dari badan.
3. Gunakan headset tanpa wayar atau pembesar suara (speaker) telefon bimbit kerana jaraknya dengan badan adalah jauh dan lebih selamat.
4. Letakkan bahagian depan telefon bimbit (bahagian pad nombor dan huruf) ke arah badan kerana radiasi telefon bimbit terpancar dari bahagian belakangnya.
Terdapat juga beberapa kesan radiasi dari telefon bimbit ke atas kesihatan kita, di antaranya ialah:
1. Mengurangkan fokus untuk buat kerja lain kerana selalu ingin melihat skrin kalau ada isyarat masuk SMS, email, facebook, twitter, atau lain-lain.
2. Menyebabkan sakit kerana skrin sentuh adalah terdedah kepada penyebaran virus/kuman yang membawa penyakit. Sebaik-baiknya skrin dilap dengan kain lembab yang mengandungi cairan pembunuh kuman yang terdapat banyak dalam pasaran. jangan sesekali menangis sambil menaip di skrin kerana kuman di skrin mudah berjangkit semasa menyapu air mata.
3. Menyakitkan mata terutamanya apabila membaca teks pada skrin terlalu dekat, tambahan pula jika hurufnya kecil-kecil. Ini akan menyebabkan mata menjadi strain dan letih, sakit kepala, mata kering, dan penglihatan kabur. Bagi mengatasinya, gunakan font yang lebih besar dan jarak antara mata dan skrin telefon bimbit ialah lebih kurang 40 cm. Setiap selepas beberapa minit membaca, eloklah rehatkan mata sekejap dalam 20 saat, kemudian baru sambung baca semula. Cara ini akan mengurangkan tekanan kepada mata.
4. Menyebabkan stres (tekanan) kepada kita kerana selalu diganggu dengan bunyi, isyarat atau getaran jika ada teks atau email yang masuk. Bagi mengatasinya, cuba padamkan telefon satu atau 2 jam sehari dan semasa tidur. Jika telefon bimbit digunakan untuk kejutkan tidur, sebaik-baiknya jangan letak berhampiran dengan kepala kita. Letakkan jauh sedikit asalkan boleh didengar bunyinya.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...