Wednesday, October 10, 2012

Heart Disease: Exercising for a Healthy Heart


Walaupun anda seorang pengidap penyakit jantung atau arteri koronari, namun senaman atau aktiviti fizikal harian adalah penting dilakukan bagi mengurangkan risiko mendapat serangan sakit jantung secara tiba-tiba. Senaman yang dilakukan sedikit setiap hari lebih baik daripada tidak melakukan senaman langsung.
Apa yang harus dilakukan oleh pesakit jantung?
Sebaik-baiknya rancanglah jenis senaman atau aktiviti fizikal yang harus dilakukan mengikut kesesuaian masing-masing. Aktiviti ini hendaklah dilakukan setiap hari, dengan jumlah masa sekurang-kurangnya 2 jam seminggu.
1. Sebelum memulakan aktiviti fizikal ini, anda perlulah mendapatkan nasihat doktor, dan jika perlu lakukan elektrokardiogram dan ujian stres bagi mengetahui paras kekuatan jantung anda.
2. Mulakan program aktiviti fizikal ini dengan berjalan, kemudian berbasikal dan diikuti dengan jogging. Jika keadaan membenarkan boleh lakukan senaman aerobik, regangan, dan lain-lain bagi melengkapkan program ini. Lakukan aktiviti fizikal ini dengan sederhana, jangan streskan badan anda kerana ia akan memberi kesan kepada jantung.
3. Jika semasa melakukan senaman/aktivit fizikal, anda terasa sakit dada, rasa pening, nak pitam atau sesak nafas, hendaklah hentikan aktiviti tersebut serta merta.
Berapakah jumlah senaman (Ex) yang dilakukan?
Selain menggunakan digital pedometer, kita boleh mengira jumlah senaman yang dilakukan dengan menggunakan formula berikut:
Jumlah senaman (Ex) = Intensiti aktiviti fizikal (MET) x Masa (jam)
di mana, MET = Metabolic Equivalent, iaitu unit bagi intensiti aktiviti fizikal.
Contohnya:

Intensiti aktiviti berjalan biasa= 3 MET; berjalan cepat = 4 MET.

Jadi, bagi mengetahui jumlah senaman yang dilakukan dalam masa 1 jam bagi berjalan biasa ialah 3 MET x 1 jam = 3 Ex.
Jumlah senaman bagi berjalan cepat dalam masa 1 jam pula ialah 4 MET x 1 jam = 4 Ex.
Berikut dipanjangkan, gambarajah yang menunjukkan jenis aktiviti fizikal harian serta intensiti masing-masing sebagai panduan.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...