Sunday, November 4, 2012

Wachooo....kenapa bersin??


Kenapa kita perlu bersin?
Bersin merupakan satu daripada mekanisme dalam badan bagi membantu sistem imun melawan kuman. Selain itu, bersin juga membantu badan membersihkan hidung yang dipenuhi oleh bakteria dan virus. Oleh itu, semasa bersin kita perlu menutup hidung dan mulut supaya kuman yang keluar dari hidung dan mulut tidak terkena secara langsung pada orang di hadapan kita. Ini sangat bersesuaian dengan hadis yang berbunyi:
Daripada Abu Hurairah r.a.,“Apabila Rasulullah s.a.w. bersin, beliau meletakkan tangannya atau kain bajunya ke mulutnya untuk menutupnya sambil memperlahankan bunyi bersin itu.” (HR Abu Daud)
Secara saintifiknya, bersin terjadi disebabkan oleh beberapa saraf dirangsang oleh sesuatu yang meransangnya (stimulus) seperti habuk, bahan kimia tertentu, debunga, alergi kepada sesuatu benda, dan lain-lain, semasa kita jaga. Selalunya bersin tidak berlaku semasa tidur. Orang yang ada resdung pun sering bersin, terutamanya jika ada keadaan atau sesuatu yang merangsangnya.
Bersin selalunya kuat dan dapat melegakan kepala yang berat dan melegakan laluan hidung dalam.
Apa yang patut dilakukan jika bersin?
Mari kita amalkan seperti yang disarankan oleh Rasulullah SAW dalam hadis berikut:
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jika seseorang itu bersin, maka hendaklah dia memberi pujian kepada Allah dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ” [Alhamdulillah] (Segala puji untuk Allah). Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin hendaklah mendoakannya dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” [Yarhamukallah] (semoga Allah memberi rahmat kepadanya). Dan jika orang yang bersin mendengar saudaranya menyebutkan “يَرْحَمُكَ اللهُ” [Yarhamukallah], maka hendaklah dia mengucapkan “يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ” [Yahdikumullah wayus-lihu balakum] (Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki keadaanmu).” (HR al-Bukhari)

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...