Friday, December 14, 2012

Coffee ground scrub can fight cellulite


Sentalan campuran serbuk kopi boleh mengurangkan selulit
Umum mengetahui bahawa kafein dapat meningkatkan aliran darah, oleh itu ia dapat membantu mengurangkan kesan pengumpulan sel lemak di bawah kulit. Ujikaji yang dilakukan oleh Vicky DeRosa mendapati serbuk kopi (serbuk kopi jauh lebih murah berbanding krim yang menghilangkan selulit yang dijual di pasaran) merupakan salah satu bahan yang boleh digunakan bagi mengurangkan selulit (lemak keras yang berkumpul di bawah kulit). Selain itu, sentalan campuran kopi ini juga dapat membantu melicin dan melembutkan kulit.
kopi
Bahan sentalan campuran kopi ialah:
* 1 cawan serbuk kopi
* Minyak zaitun dara (secukupnya)
* 1 sudu makan garam kasar
* Kain span (jenis sarung tangan) atau kain alas tangan untuk menyental

Caranya:
1. Campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun dara dalam satu bekas besar. Gunakan minyak zaitun yang secukupnya bagi membentuk pes kopi yang tebal, kemudian taburkan garam kasar di atasnya.
2. 35 minit sebelum mandi, dengan menggunakan sarung tangan yang diperbuat daripada kain/span, ambil pes yang secukupnya bagi menyental selulit di kaki, punggung atau bahagian lain badan yang mempunyai selulit.
3. Bungkus badan dengan kain yang agak tebal dan biarkannya selama 30 minit.
4. Bilas atau mandi dengan air suam.
5. Ulang 2 atau 3 kali seminggu selama 6 minggu, dan lihat hasilnya.
Bagi sesiapa yang berminat untuk menghilangkan atau mengurangkan selulit yang tidak dikehendaki, bolehlah mencuba cara ini. Cara ini selain menjimatkan kos dan menggunakan bahan-bahan semulajadi, ia juga terhindar daripada menggunakan bahan kimia seperti yang terdapat dalam krim-krim yang dijual di pasaran.
Selamat mencuba….

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...