Monday, December 10, 2012

How to Decrease Shedding and Eliminate Bacteria


Rambut gugur adalah perkara biasa tapi bukan gugur yang terlalu banyak. Umumnya, jumlah rambut gugur yang normal ialah antara 50-100 helai sehari. Rambut yang gugur melebihi jumlah tersebut dianggap rambut gugur yang berlebihan, yang mungkin disebabkan oleh diet, stres, pil perancang keluarga dengan androgen yang tinggi, selepas bersalin, menopause, gangguan masalah tiroid dan penyakit autoimun.
Penyebab utama keguguran rambut ialah bakteria dan fungus (kulat). Dalam persekitaran yang lembab, mikroorganisma ini cepat membiak di atas kulit kepala menyebabkan folikel rambut menjadi lemah dan rambut mudah gugur.
Faktor yang menggalakkan pembiakan mikroorganisma di atas kulit kepala, di antaranya ialah:
1. Kurang peredaran angin di kulit kepala menyediakan persekitaran lembab yang mana menggalakkan pembiakan bakteria. Kekurangan oksigen di kulit kepala melemahkan folikel rambut. Ini biasa terjadi di kalangan wanita yang memakai tudung yang ketat dan diperbuat daripada kain yang tidak masuk angin serta dipakai sepanjang masa tanpa membukanya pada waktu rehat atau di rumah. Sebaik-baiknya pakai tudung yang diperbuat daripada kain kapas.
2. Produk rambut yang boleh menyumbat pora di kulit kepala menyebabkannya menjadi lembab dan menjadi tempat pembiakan bakteria dan fungus (mikroorganisma).
3. Jarang membasuh rambut juga menyebabkan habuk berkumpul di kulit kepala yang berminyak. Ini juga menyediakan tempat pembiakan mikroorganisma. Oleh itu, rambut perlu dibasuh dua kali seminggu sehingga sekali sebulan.
Cara alternatif bagi menghindari, merawat dan mencegah mikroorganisma daripada membiak
1. Bawang putih
Bawang putih memang terkenal dengan sifat anti-fungus dan anti-mikrob semulajadi. Oleh itu, bawang putih boleh digunakan bagi memusnahkan mikroorganisma di kulit kepala dan memperbaiki peredaran darah di kulit kepala bagi menguatkan semula folikel rambut. Kulit kepala yang sihat diperlukan untuk pertumbuhan rambut.
hair garlic
Caranya:
a. Bawang putih dikisar dan dicampur dengan perapi rambut (conditioner) dalam bentuk paste, kemudian disapu pada kulit kepala hingga rata, ditutup dengan plastik, biarkan selama 1 jam, kemudian syampulah rambut seperti biasa.
b. Ambil suplemen bawang putih, amalkan sehingga 1 bulan dan lihat perubahannya.
2. Minyak kelapa
Minyak kelapa mengandungi kandungan asid laurik yang tinggi. Asid laurik bertindak melawan tindakan mikrob yang membiak daripada persekitaran yang berhabuk dan kotor di kulit kepala.
hair minyak kelapa
Caranya:
Sapu minyak kelapa di kulit kepala sehingga rata, biarkan 20-30 minit dan kemudian syampu seperti biasa.
3. Cuka epal
Cuka epal berupaya membunuh fungus dan membantu mensaimbangkan pH rambut, serta membantu membuang sisa daripada produk yang tertinggal di kulit kepala. Gunakan cuka epal untuk membilas rambut.
hair cuka epal
Caranya:
Campurkan 1/3 cawan cuka epal dalam 1 liter air, dan kacau hingga sebati, kemudian simpan dalam botol plastik bertutup untuk digunakan apabila diperlukan. Gunakan campuran air cuka epal ini untuk membilas rambut 1 atau 2 kali sebulan.
4. Minyak pokok teh
Gunakan minyak pokok teh ini untuk menghapuskan pertumbuhan fungus di kulit kepala.
hair tea tree
Caranya:
Campurkan 2 sudu makan minyak pokok teh dengan 2 cawan air dalam botol penyembur. Sembur campuran minyak ini ke kulit kepala bagi menghindari pertumbuhan fungus di samping membuang bau rambut yang busuk.
5. Ekstrak biji limau bali (grapefruit)
Ekstrak biji limau bali ini boleh digunakan bagi membunuh fungus di kulit kepala.
hair grapefruit-seed-liquid-extract-source-naturals
Caranya:
Campurkan 20 titik ekstrak biji limau bali dengan 2 cawan air dalam bekas penyembur. Sembur campuran ini pada kulit kepala untuk membunuh fungus.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...