Sunday, December 23, 2012

The Facts About The Blood Type Diet


Penulis buku “Eat Right 4 Your Type”, Peter D’Adamo, menegaskan bahawa jenis darah (O, A, B dan AB) menentukan jenis makanan (diet) dan senaman yang diperlukan untuk sihat.
Makanan boleh dibahagikan kepada 3 kategori, iaitu:
1. Makanan sangat bermanfaat – berfungsi sebagai ubat.
2. Makanan neutral – berfungsi sebagai makanan biasa untuk sumber tenaga.

3. Makanan dihindari – menjadi toksik kepada badan.

Apa kaitan antara jenis darah dengan makanan (diet)?
Darah Jenis O
Orang yang mempunyai darah jenis O ini sepatutnya menjalani senaman atau aktiviti fizikal yang lasak dan mengambil diet berprotein tinggi.
Darah Jenis A
Orang yang mempunyai darah jenis A ini sepatutnya makan lebih banyak sayuran (atau sesuai menjadi vegetarian) dan melakukan aktiviti fizikal yang sederhana.
Darah Jenis B
Orang yang mempunyai darah jenis B ini sepatutnya makan produk tenusu dan menjalankan aktiviti fizikal yang tidak lasak dan perlahan.
Darah Jenis AB
Darah jenis ini adalah campuran antara darah jenis A dan B. Orang yang mempunyai darah jenis AB ini sepatutnya menjalani aktiviti fizikal harian yang sederhana perlahan.
Berikut dipaparkan jadual yang mengaitkan jenis darah, cirinya, jenis makanan yang terbaik, dan jenis makanan yang perlu dihindari.
blood-type-diet
Namun begitu, terdapat juga pakar pemakanan lain yang mempertikaikan cadangan diet mengikut jenis darah. Kesimpulannya, terpulanglah kepada anda sama ada hendak mengikut saranan ini atau tidak, mungkin boleh dicuba dulu kemudian nilai sendiri kesannya.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...