UniFi adalah servis jalur lebar berkelajuan tinggi yang baru diperkenalkan di Malaysia. Buat masa sekarang servis ini masih belum ditawarkan ke seluruh Malaysia. Hari ini kami akan memberikan serba sedikit tutorial menggunakan sistem mencari liputan unifi. Diharapkan dengan tutorial ini pelanggan dapat menggunakan sistem yang disediakan untuk memeriksa kawasan liputan unifi dengan lebih efektif.
1) Pergi ke laman pencarian liputan UniFi seperti di bawah (Klik untuk terus ke laman carian servis UniFi)
2) Seperti yang anda lihat ada 3 pilihan untuk pencarian iaitu street name, building name danaddress keyword
3) Cara yang paling mudah untuk memeriksa liputan servis UniFi bagi kawasan anda adalah dengan menggunakan address keyword. Sebagai contoh kita akan memeriksa samaada kawasan shah alam ada dalam liputan servis UniFi atau tidak. Taip Shah Alam pada kotak address keyword dan kliksearch.
4) Anda akan mendapat keputusan carian seperti gambar di bawah.
5) Sekarang anda bolehlah memeriksa sendiri sama ada kawasan anda sudah tersedia atau belum dengan servis UniFi.
No comments:
Post a Comment