Secara fisiologi, susu ibu adalah cecair yang terhasil secara semulajadi khas untuk bayi. Pakar kesihatan bersetuju bahawa susu ibu memberikan nutrisi yang terbaik buat bayi. Sehingga kini, para saintis masih lagi melakukan pelbagai penyelidikan dan menemui manfaat susu ibu. Oleh itu, syarikat-syarikat yang menghasilkan susu formula tidak seharusnya bongkak dengan menyatakan produk mereka hampir sama dengan susu ibu. Hakikatnya, sebanyak mana pun wang yang digunakan oleh syarikat-syarikat ini untuk tujuan penyelidikan, kebaikan susu formula takkan menghampiri susu ibu. Senang cerita, susu lembu takkan sama dengan susu manusia!
Di samping mengandungi antibodi dan kesan imunisasi untuk menghalang jangkitan kuman, komposisi SUSU IBU boleh berubah-ubah bergantung kepada keperluan bayi.
Kandungan susu ibu berubah dengan usia bayi: susu ibu untuk bayi pra-matang mempunyai kandungan protein yang tinggi manakala susu ibu untuk bayi 8 bulan adalah tinggi kandungan kalorinya berbanding bagi bayi 1 bulan.
Susu ibu berubah dengan cuaca: susu ibu mempunyai lebih banyak kandungan air apabila cuaca panas dan tinggi kandungan lemak apabila cuaca sejuk.
Rasa susu ibu berubah-ubah bergantung kepada makanan yang dimakan ibu: anak anda didedahkan kepada rasa yang berbeza-beza pada peringkat awal usianya lagi.
Khasiat serta kandungan yang dimiliki di dalam susu ibu tidak perlu dipertikaikan lagi. Susu Ibu mempunyai nutrisi yang lengkap untuk bayi termasuk kandungan karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga mempunyai segala khasiat seperti vitamin, mineral, hormon dan antobodi yang diperlukan oleh bayi untuk proses pembesaran.
Tuntutan agar ibu menyusukan anak turut tertulis di dalam Al-Quran, antaranya;
yang ingin menyempurnakan penyusuan itu” – surah Al-Baqarah, ayat 233
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung
hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua
tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan
(ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan.
(Surah Luqman : 14)
upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika
kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” – Surah At-thalaq, ayat 6
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan
menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.
(Surah al-Ahqaf: 15)
Sama ada kita sedar atau pun tidak susu ini sebenarnya mempunyai khasiat tersendiri
dan banyak membantu tumbesaran bayi. Tiada apa yang membahagiakan ibu bapa
apabila melihat anaknya sihat dan cerdas.
Penyelamat bayi
cara yang paling berkesan untuk menyelamatkan kanak-kanak dari penyakit
adalah dengan meningkatkan penyusuan susu ibu. Kesedaran melalui kempen nyata
tidak memberi kesan apabila seramai 40,000 orang kanak-kanak dianggarkan mati
setiap hari di negara- negara membangun kerana kekurangan zat.
Kadar kematian bayi dan kanak-kanak yang tidak menyusu badan pada usia 3 bulan pertama juga telah direkodkan meningkat 10 hingga 15 kali bagi negara membangun.
Kebanyakan kes kematian ini dipercayai berpunca daripada penyakit cirit birit yang serius.Bahkan di negara barat seperti Amerika dan Eropah, banyak kes Sudden Death of Unknown Cause (Sids) atau Cot Death telah dilaporkan akibat daripada pengambilan susu botol. Oleh demikian kempen penyusuan ibu amat digalakkan di negara mundur sebagai pilihan untuk tidak menyusu botol kerana sistem bekalan air di negara tersebut tidak bersih. Walaupun penyusuan botol di negara kita selamat dan terjamin, penyusuan ibu tetap yang terbaik.
hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang
betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini
dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda
melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.
Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema
dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu
digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan
kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada
bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan
kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.
Teknologi moden cuba meniru merumus susu formula agar menyamai susu ibu. Namun
sehingga kini khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat
disamai apalagi untuk ditandingi. Antara kebaikan susu ibu adalah ia mengandungi zat
makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi
membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia
mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.
melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang
membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan
penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri.
Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut
akan hadir di dalam susu ibu.
kemungkinan perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada usia
tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang
bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit. Selain diare, susu ibu berjaya
menentang jangkitan penyakit biasa seperti enzema, lelah dan sembelit.
masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak
menyusu beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan
bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan
kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia
membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap
tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.
dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk
pertumbuhan sistem tumpuan nervous.
Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan
asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung.
badan dibantu dengan sedikit senaman.
mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser buah dada juga ovari. Penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Andai berhubungan dengan suami ketika itu 98 peratus kehamilan dapat dielakkan. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan merancang keluarga. Selain kebaikan daripada segi fizikal dan kesihatan, penyusuan badan menawarkan kebaikan lain yang lebih istimewa. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin. Di dalam proses menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan. Sewaktu menyusu juga bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si ibu. Anak akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu. Kalau kita melihat si ibu terpaksa bersusah payah menyediakan peralatan membancuh susu ketika berjalan, ibu yang menyusu badan hanya perlu membawa diri mereka sahaja. Mereka juga tidak perlu bimbang kehabisan air untuk membancuh susu andai terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Susu badan sedia ada, bersih dan terjamin selamat. Susu badan dapat menjimatkan kos belanja, masa dan tenaga.
Tanggapan banyak buah dada jatuh atau melendur kerana menyusu badan juga kurang
tepat. Bentuk buah dada berubah semasa hamil dan mungkin mereka tidak bercoli,
diikuti tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut. Untuk itu pastikan ibu-ibu memakai coli sesuai sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu menyusui bayi
No comments:
Post a Comment