Wednesday, March 20, 2013

Top 10 iron-rich foods.


Kenapa kita perlukan zat besi?

Zat besi atau ferum yang terdapat dalam hemoglobin darah berperanan mengikat oksigen kepada hemoglobin untuk membentuk darah beroksigen (oksihemoglobin) yang diperlukan oleh sel dan tisu badan untuk berfungsi. Oleh itu kekurangan zat besi ini akan menyebabkan anemia atau darah kurang zat besi. Ini boleh membawa kepada kegagalan organ untuk berfungsi dengan baik.
Zat besi dalam badan tentunya diperolehi dari makanan yang dihadamkan. Zat besi yang banyak terdapat dalam makanan semulajadi mampu memulihkan anemia, di antaranya ialah dalam:
1. Kerangan-kerangan (kepah, tiram, kerang, udang)
2. Hati (ayam, lembu, dsb.)
3. Biji labu.
4. Kekacang (kacang tanah, almond, buah berangan, gajus)
5. Daging tanpa lemak lembu dan biri-biri.
6. Sayuran jenis kekacang (kacang panjang, kacang buncis, peas)
7. Bijirin (termasuk cereals, bran)
8. Sayuran berdaun hijau tua (bayam)
9. Coklat hitam dan coklat serbuk.
10. Tauhu (Tofu)

Bagi menghindari anemia, nikmatilah makanan semulajadi yang kaya dengan zat besi daripada makan pil zat besi.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...