Monday, August 12, 2013

7 Cara mudah datangkan lebih banyak traffic ke blog anda


7 cara mudah untuk datangkan lebih banyak traffic ke blog anda
Traffic merupakan satu perkara yang sangat penting bagi setiap pemilik blog. Ini kerana tanpa traffic, blog mereka ibaratkan sebagai sebuah rumah tinggal! Jadi dalam artikel kali ini saya akan berkongsikan sedikit sebanyak 7 cara mudah untuk menaikkan traffic ke blog anda setiap hari.
extra-traffic
Cara #1 – Menulis artikel yang berkualiti dan menulisnya setiap hari.
Ya, salah satu cara adalah menulis artikel dengan berkualiti. Gaya penulisan, content serta material yang digunakan di dalam artikel memainkan peranan penting untuk memikat hati pembaca. Selain itu, artikel yang unik dapat menarik minat “bot” untuk meng-indexkan post anda sekaligus memberikan kedudukan yang tinggi mengikut “relevent”nya artikel anda pada keyphrase carian di search engine.
Jangan bataskan topik penulisan di blog anda. Sebetulnya anda punya banyak “resource” atau sumber rujukan untuk menulis artikel di blog anda. Contohnya newspaper, majalah, “google”, serta bahan bacaan lain. Sekali sekala anda juga boleh rujuk Google Trends untuk merujuk topik apa yang terhangat sedang dibincangkan sekarang.
Saya juga menyarankan anda kerap update blog anda dengan artikel-artikel yang baru. Semakin kerap anda update blog anda, semakin berpotensi menerima ramai kunjungan dari visitor. Tidak percaya? Cuba anda tulis 4 artikel setiap hari selama 2 bulan tanpa “fail” dan anda lihat resultnya…
Cara #2 – Ping artikel anda dan gunakan juga platform social bookmarking.
Anda juga boleh menggunakan platform ping yang terkenal untuk ping artikel anda. Dengan proses ini akan menyebabkan artikel anda diindex dengan lebih cepat. Makin cepat ia diindex, makin berpotensi anda berada di page utama, dan makin besar exposure untuk mendapatkan visitor dari search engine. Antara laman web ping yang biasa saya gunakan adalahhttp://pingomatic.com/ , http://pingler.com/ dan jugahttp://www.feedping.com/
Selain itu anda juga digalakkan menggunakan platform social bookmarking seperti http://www.stumbleupon.com/ , http://www.delicious.com/ dan juga http://digg.com/
Cara #3 – Comment di blog orang lain atau blog yang sama niche
Dengan cara ini anda akan dapat backlink dan juga traffic kunjungan kembali. Selalunya dengan komen di blog orang lain, ada juga visitor dari situ memberikan “kunjungan balik” ke blog kita. Anda juga boleh meninggalkan comment di “shoutbox”-”shoutbox” mereka. Pastikan anda tidak buat spam. Tinggalkan comment yang menarik dan bernas agar mereka merasakan anda seorang blogger professional!
Cuba amalkan cara ini setiap hari. :)
Cara #4 – Update status di Facebook & Twitter
Der… sekarang zaman dah canggih. Gunakan platform “microblogging” ini sebagai tempat untuk anda update post terkini di blog anda. Apa tujuaannya?
  1. Anda dapat Fast Visitor
  2. Anda ada Ping post anda
  3. Anda dapat indexkan cepat post anda di Search Engine
Menarik kan teknik ini? Ia nampak simple, tetapi berkesan. So rajin-rajin lah update post anda di status facebook anda dan juga twitter anda.
Cara #5 – Bertukar-tukar link atau banner
Cuba cari 10 blogger yang anda kenal dan mempunyai traffic yang tinggi, kemudian tawarkan untuk bertukar-tukar link atau banner (letak di sidebar blog). insyaAllah traffic akan mudah naik secara consistant ke traffic anda. Amalkan perkara ini setiap minggu untuk melihat impactnya.
Cara #6 – Jadi ghost writer di blog orang lain
Cara ini memerlukan anda menulis di blog orang lain. Di akhir artikel letakkan profile anda beserta link URL anda. Cuba lihat contoh akakAshikin Hashim yang menjadi Ghostwriter di I LUV Islam.
Anda perlu cari blog-blog atau forum-forum yang memerlukan post dari ghostwriter la. :)
Cara #7 – Video Marketing
Buat satu video, watermarkkan dengan url blog anda kemudian upload diYoutube atau Metacafe. Anda mungkin berbakat buat video tutorial, atau video kelakar atau video yang anda capture menggunakan handphone anda. Yup, kemudian edit sedikit menggunakan window movie maker (cuba cari dalam window anda), watermarkan dengan url blog anda. Seterusnya upload video tersebut di website Youtube atau Metacafe. Lihat keberkesanannya… :)
Kesimpulan
Di atas ini mungkin sebahagian kecil cara untuk promosikan blog anda. Mungkin anda ada idea bernas lagi untuk dikongsikan bersama saya, tinggalkan comment anda di bawah  dan ia mungkin boleh menjadi rujukan rakan-rakan yang lain.
Jangan lupa click like dan sharekan di facebook anda ye!

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...