Tuesday, August 13, 2013

Sejarah Kasut Fung Keong






Anda masih lagi boleh mendapatkan kasut keluaran Fung Keong, dipasarkan dengan jenama yang lebih trendi seperti All America, Fleks, FKS dan Pennylane, di kedai runcit mahupun di department store di bandar-bandar kecil di sluruh Malaysia.

Daripada asal pengeluar bot kanvas hitam yang sederhana kepada pengeluar produk kasut dan selipar yang terkemuka – TAN LEE KUEN sangat memahami evolusi kasut bola tempatan.

Kasut Nike dan Adidas tidak wujud pada tahun 50-an di Malaysia. Jadi, apakah penduduk tempatan pakai pada masa tersebut untuk bermain bola sepak ?

Jawapan : Kasut Fung Keong, itu pun sekiranya mereka mampu berbelanja untuk membeli kasut.














Diperbuat dari kanvas dengan tapak getah, kasut Fung Keong dijual dengan harga yang murah dan sangat mampu milik. Asalnya, dia digunakan oleh penoreh getah untuk melindungi kaki dari terpijak duri semalu ketika menoreh, dari memijak selut dan tanah ladang yang lembab dan lecah – ia kemudiannya turut digunakan oleh penduduk kampung sebagai kasut bola.

Kasut Fung Keong memiliki sejarah yang panjang. Asalnya dia dikilangkan di Guangzhou, China kemudiannya dikilangkan di negara ini.

Sebuah kilang dibina di Klang pada 1939, menghasilkaan kasut getah untuk kegunaan umum. Antara peneraju pertama yang meneroka pasaran kasut kanvas di Malaysia, Fung Keong akhirnya menjadi jenama sebutan isi rumah. Kasut ' kung-fu ' keluaran Fung Keong amat popular dikalangan peminat Bruce Lee dan aktiviti lasak seni bela diri.





Pada 1984, fung Keong dibeli oleh GCB Trading, dan kilang mereka di Malaysia ditutup,manakala kilang mereka di China terus beroperasi. Siri kasut general purpose Fung Keong yang sebelumnya laris ditamatkan bagi memberi tumpuan kepada penghasilan kanvas kanak-kanak.

Imej Fung Keong juga mengalami perubahan, mengalami penjenamaan semula dan jenama-jenama baru yang lebih universal seperti All America, Fleks, FKS and Pennylane diperkenalkan.









“ Kami dikenali karena siri kasut untuk seragam sekolah, “ kata T.F Lim, pengurus besar GCB Trading. “ Tapi kami tak boleh bergantung sangat pada produk kasut sekolah dan kasut kanak-kanak, dan sekarang ada pasaran untuk kasut sukan.. ”

Kasut sukan terbaharu keluaran Fung Keong diperbuat dari kulit tiruan (sintetik) dengan kemasan termo-plastik. Ianya dijual murah, dengan harga rat-rata bawah RM50. Kasut futsal juga turut dihasilkan mereka.











Jadi untuk generasi lama yang tertanya-tanya tentang kasut Fung Keong yang popular di zaman kanak-kanak mereka, maka ketahui lah yang jenama fung Keong masih bernafas hinga kini walaupun dengan nama baru. Kasut Fung Keong duduk sebaris dengan kasut keluaran syarikat lain di kedai runcit dan mini market, di pekan dan bandar seperti Tampin, Segamat dan Kluang.

Di Kuala Lumpur, kasut warisan Fung Keong masih dijual di Summit, Globe Silk Store, Mydin, Fajar dan Kamdar. 







GCB Trading Sdn Bhd 

http://www.allamerica.com.my/



A Member Of FKR Group Companies

http://www.fkr.com.my/


Sumber

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...