Friday, September 20, 2013

Empat fasa ketika melakukan hubungan seks

Berikut adalah empat fasa yang bakal terjadi kepada diri anda ketika melakukan hubungan seks:

Fasa pertama : Keinginan melakukan hubungan  seks

Ketika fasa ini, hati anda hanya teringin untuk lakukan hubungan seks. Ketika ini juga, kadar hormone seksual di dalam badan kian meningkat dan anda akan mula terangsang untuk melakukan seks dengan pasangan anda.

Fasa kedua : Fasa teruja

Selepas anda rasa ingin lakukan seks, anda akan masuk ke fasa teruja iatu fasa permulaan hubungan seks berlaku. Salur darah di kemaluan mula di isi dengan darah dan bagi lelaki zakarnya akan menegang dan bagi perempuan, vaginanya mulai basah. Apabila anda sudah cukup teruja untuk lakukan hubungan seks, badan anda akan bersedia untuk lakukannya.

Fasa ketiga : Fasa orgasm

Fasa orgasm adalah fasa persetubuhan berlaku di mana anda dan pasangan anda akan berusaha untuk alami orgasm. Ketika ini, anda berdua akan tenggelam dalam lautan nafsu anda sendiri dan masing – masing akan cari kepuasan masing – masing. Pernafasan dan aliran darah semakin laju kerana tenaga banyak di gunakan ketika ini.

Fasa keempat : Fasa resolusi

Pada fasa terakhir ini iaitu selepas alami orgasm,  badan anda akan mula kembali normal. Zakar akan mula mengecut dan pernafasan akan kembali pada kelajuan yang normal.
Pengetahuan mengenai keempat – empat fasa ini boleh membantu anda untuk melakukan hubungan seks dengan lebih nikmat. Ini kerana anda tahu anda sedang berada di fasa yang mana. Jika isteri sudah alami orgasm, anda mungkin perlu bangkitkan nafsu dia kembali dengan memasukkan dia kembali ke fasa  kedua.
Artikel : Hubungan Seks

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...