Selepas bertunang, anda dan pasangan anda terus daftar kursus perkahwinan. Dalam kursus perkahwinan, anda akan di ajar bagaimana hendak daftar nikah dan prosuder – prosudernya. Secara tidak langsung, anda akan nampak hala tujunya.
Selepas selesai kursus perkahwinan, anda terus cari tempat untuk ujian HIV pula. Untuk peringatan, keputusan ujian HIV hanya valid selama enam bulan. Oleh itu, eloklah anda lakukan ujian HIV tiga atau empat bulan sebelum tarikh perkahwinan anda supaya anda boleh gunakan keputusan ujian HIV pada hari nikah.
Dalam masa yang sama anda terus pergi ke pejabat pendaftar nikah dan fahami prosuder yang di tetapkan pejabat agama tersebut. Anda ada dua pilihan iaitu pergi ke pejabat agama negeri asal anda atau pergi ke pejabat agama di negeri anda bermastautin iaitu bekerja. Ambil dan isi borang yang perlu. Bagi lelaki, biasanya anda perlu dapatkan sijil kebenaran nikah lelaki.
Apabila anda dapat sijil kebenaran nikah, anda berikan pada pihak wanita. Pihak wanita perlukan sijil tersebut untuk dapatkan sijil kebenaran nikah untuk di beri pada imam ketika majlis nikah berlangsung. Surat kebenaran nikah ini biasanya valid sebulan sehingga tiga bulan mengikut syarat yang di tetapkan pejabat agama negeri masing – masing. Jadi, pastikan surat kebenaran nikah anda boleh di gunakan pada tarikh anda akan menikah nanti.
Jika wali anda iaitu ayah anda mahu tok imam yang nikahkan anda, dia perlu buatkan penyerahan (berwakalah) pada imam tersebut.
Selepas semuanya selesai, anda hanya perlu hari pernikahan sahaja. Pastikan anda bawa semua dokumen ketika majlis nikah kerana biasanya jurunikah akan periksa semua dokumen. Apabila semuanya ok, majlis nikah akan di teruskan.
Semoga berjaya.
No comments:
Post a Comment