Tuesday, September 17, 2013

Kelemumur

Artikel tentang kelemumur dan kutu rambut/kepala serta rawatan bagi kedua-duanya ini diterima melalui email, dan saya paparkan di sini untuk manfaat semua. Saya percaya maklumat yang diberikan di sini adalah betul….

Kelemumur
Masih menghadapi masalah kelemumur, walaupun anda telah menggunakan banyak jenis syampu ?
Kelemumur tidak ada kena mengena dengan penjagaan kesihatan seseorang. Orang yang bersih pun ada juga yang menghadapi masalah ini.
Apakah penyebab utama kelemumur?
Kelemumur disebabkan oleh fungus (kulat) yang dinamakan P. ovale. Kulat ini sentiasa ada di permukaan kulit kita dan ia tidak menyebabkan sesuatu yang merbahaya. Sekiranya kulat ini menjadi banyak, selalunya sehingga 10 – 20 kali daripada keadaan normal, kelemumur akan terjadi. Kulat ini menyebabkan inflamasi di akar rambut yang menyebabkan terjadinya kelemumur.
Perkara-perkara yang tidak benar mengenai kelemumur:
1 – Kelemumur boleh dijangkiti melalui sikat dan bantal.

2 – Kebersihan diri berkaitan dengan kelemumur.
3 – Pemakanan yang buruk menyebabkan kelemumur.
4 – Stress, kebimbangan dan ketegangan menyebabkan kelemumur.
5 – Kepanasan dan kelembapan menyebabkan kelemumur.

Faktor-faktor di atas mungkin memburukkan lagi kelemumur, tetapi bukanlah penyebabnya.
Ubat yang efektif untuk kelemumur
Perubatan yang paling berkesan ialah ubat yang mengandungi anti-kulat. Tanyakan ahli farmasi atau doktor anda tentang shampu yang mengandungiketoconazole. Anda tidak perlu menggunakannya setiap hari. Gunakannya dua kali seminggu sehingga kelemumur anda hilang. Selepas itu, anda masih lagi perlu menggunakannya sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk mengawal pertumbuhan kulat di kulit kepala anda.
Anda juga boleh menggunakan ubat yang mengandungi selenium sulfide. Cara penggunaannya adalah lebih kurang sama dengan ubat yang mengandungi ketoconazole. Jenama produk ini ialah Selsun (Ada dua jenis Selsun – yang pertama yang lebih kuat – ini hanya boleh didapati daripada farmasi, dan yang kedua yang kurang kuat, lebih dikenali sebagai Selsun Blue).
Kutu kepala
Kutu kepala adalah sejenis parasit yang menghisap darah. Kutu betina mengeluarkan lebih kurang enam telur setiap hari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari.
Kutu kepala tiada kaitan dengan kebersihan. Orang yang bersihpun mengalami masalah ini. Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang bermasalah. Ia juga melompat ke kepala melalui berus atau sikat rambut, topi, bantal dan tuala.
Tanda-tanda berkutu
* Gatal yang kuat pada permukaan kepala. Ini disebabkan oleh bahan yang ada di dalam air liur kutu kepala.

* Tanda-tanda merah pada permukaan kepala, leher dan belakang telinga. Dalam kes yang teruk, tanda-tanda bengkak berlaku di belakang telinga.

* Terdapatnya telur-telur kutu yang kecil. Ia selalunya bersinar dan berwarna putih. Ia kelihatan seperti kelimumur tetapi ia tidak mudah dikeluarkan.
Apa yang boleh anda lakukan?
1. Gunakan sikat kutu. Sikat ini hendaklah direndam dalam cuka terlebih dahulu supaya telur-telur mudah dikeluarkan.
2. Rendam sikat-sikat dan barangan kegunaan kepala seperti pengikat rambut dsb. dengan ubat kutu atau alkohol untuk beberapa jam.
3. Basuh cadar dsb dengan air panas.
4. Gunakan alat vakum untuk membersihkan karpet, tempat duduk kereta dsb.
5. Gunakan ubat untuk membunuh kutu dan telurnya.


No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...