Thursday, September 19, 2013

Petua 'menyingkirkan' toksik dalam badan

Setiap hari berbagai jenis makanan yang kita makan, tanpa memikirkan sumber makanan tersebut, sama ada bebas daripada bahan kimia berbahaya, bahan beracun, pengawet yang berbahaya, pewarna kimia, dsb yang akhirnya akan meninggalkan dan mengumpulkan bahan toksik dalam badan kita.


Oleh itu, pengumpulan bahan toksik dalam badan perlu dikurangkan untuk membolehkan kita hidup sihat di samping meringankan beban kerja hati (hepa) yang berfungsi mengeluarkan bahan toksik tersebut daripada badan.
Petua ini bolehlah dicuba sekurang-kurangnya untuk mengurangkan pengumpulan bahan toksik dalam badan tanpa perlu berbelanja besar membeli produk nyah-toksik yang sangat mahal di pasaran.
BAHAN:
1 biji epal
Daun seleri
CARA:
1. Kisar epal hijau dengan daun seleri untuk dijadikan jus.
2. Amalkan meminum jus ini setiap pagi sebelum memulakan sarapan.
NOTA:
Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Juga sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman.
Sumber gambar: Google

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...