Saturday, October 26, 2013

Petua melambatkan Inzal (Pancutan Mani)


Petua Melambatkan Inzal Lelaki
Pancutan mani sebelum masa adalah berkait rapat dengan faktor-faktor yang disenaraikan di bawah:


1. Kesihatan fizikal suami

2. Suhu udara sekeliling semasa jima’ berlangsung.

3. Berapa lama jarak masa berjimak kini dan sebelumnya.

4. Lama masa yang diambil untuk melakukan jima’.

5. Posisi jima’

6. Kelajuan atau tempo serta cara dan gaya dayungan.

7. Kesihatan psikologi lelaki.

8. Jenis makanan, minuman dan cara bernafas.


Masyarakat Cina kuno telah menemukan cara yang baik bagi menghalang mani dari terpancut terlalu awal. Mereka mendapati bahawa perkara-perkara yang di atas tadi mendatangkan kesan terhadap buah zakar. Maka mekanisma yang menjadi rahsia cepat atau lambatnya pancutan mani berada di situ, iaitu dengan membelai dan memegangnya. Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Mulakan proses ini bila zakar suami kelihatan tegang dengan pertolongan pasangan. Anda diingatkan supaya tidak melakukan istimta’ terlalu lama, ini akan menjadikan anda terlalu ghairah.

2. Isteri menggenggam buah zakar suami dengan lembut dan hati-hati. Jangan terlalu kuat, kerana menyakitkan suami.

3. Jangan sekali-kali isteri memegang batang zakar suami disepanjang masa jima’.

4. Dengan gerakan perlahan, isteri memasukkan zakar suami ke dalam farajnya dengan menggunakan buah zakar suami sebagai pemegangnya.

5. Mulakan dayungan dengan menusuk perlahan dan menarik dengan cepat.

6. Paling baiknya buah zakar suami hendaklah selalu dipegang oleh isteri sepanjang masa dayungan.

7. Apabila anda berasa geli atau ngilu tanda mahu inzal, suruh isteri mengeluarkan zakar dengan memegang buah zakar sambil menarik sedikit buah zakar itu ke bawah. Lakukan dengan agak perlahan dan lembut.

8. Anda menarik nafas panjang dan dalam-dalam dan menunggu sehingga perasaan anda kembali tenang.

9. Apabila anda sudah kembali tenang, maka isteri memasukkan semula zakar itu ke dalam farajnya sebagaimana cara di atas.

10. Apabila inzal mahu dicapai serentak dengan isteri, maka dayungan itu diteruskan sahaja.

Jika cara ini dilakukan dengan betul, maka anda akan dapat menahan mani hingga 30 minit lamanya, bahkan lebih sehingga 1 hingga 2 jam barulah inzal. Petua ini baik dilakukan sekiranya suami mempunyai masalah cepat inzal, terutama bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga kerana keghairahan amat tinggi waktu itu.

Mungkin kelemahan cara ini ialah anda menghadapi kesulitan untuk mencumbui dan mendayung dengan bebas lantaran buah zakar dipegang oleh isteri. Walau bagaimanapun sekiranya cara ini berkesan untuk mengatasi masalah cepat terpancar mani, silakanlah diamalkan. 

Jangan lupa baca ayat penghalau syaitan sebelum anda dan isteri anda melayari bahtera kenikmatan dunia.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...